Halaman

Khamis, 10 Mac 2022

Apa Itu Kanvas | Canvas ?

 


Seni Itu Universal - Pelukis Upahan

Apa itu Kanvas | Canvas ?
Kanvas adalah sejenis kain tenunan kosong tahan lama yang digunakan untuk membuat layar kapal, khemah, beg galas dan benda-benda seumpamanya yang bersifat kukuh.
Ia juga kerap digunakan oleh pelukis sebagai permukaan lukisan yang biasanya diregangkan atas bingkai kayu.
Selain digunakan dalam barang pakaian seperti beg tangan, alat elektronik dan kasut.
Kanvas moden biasanya dihasilkan daripada kapas atau linen, walaupun pada asalnya ia diperolehi daripada tumbuhan ganja. Ia berbeza daripada jenis kain kapas berat yang lain seperti denim dari segi anyamannya yang biasa .

Kanvas datang dalam dua jenis asas:
1.Biasa
2.Duck (Istilah duck berasal dari perkataan bahasa Belanda doek iaitu 'kain') di mana kanvas duck cenderung ditenun dengan lebih ketatnya berbanding kanvas biasa. Kain kanvas yang dihasilkan di Amerika Syarikat dikelaskan melalui dua cara: secara berat (auns per ela persegi) mahupun melalui sistem pengredan bernombor. Nombor gred mengikut urutan yang terbalik daripada peningkatan berat produk, jadi kanvas bergred "nombor 10" dianggap lebih ringan berbanding kanvas gred "nombor 4".






Sumber ini dari Wikipedia

Semoga bermanfaat
Sebarang Tempahan Lukisan | Berkaitan Seni Lukis
017 2260719
Pelukis Upahan - Kuala Lumpur
emai : gunawan.jamil@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan