MAJALAH RASA NASI DAGING AIR ASAM UTARA Chef Obie
Salam Jumaat , sukacita Chef Obie kongsikan kembali resepi - resepi di scomed & Majalah-majalah masakan tempatan, resepi kali ini merupakan NASI DAGING AIR ASAM UTARA yang telah dikongsikan tahun 2016. InshaAllah semoga perkongsian ulangan kecil ini bermanfaat .
BAHAN-BAHAN:2 cawan beras Basmathi | rendam 1/2 jam
3 cawan air rebusan daging
BAHAN REBUSAN:
400 gram daging lembu
1 inci halia | hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 1/2 cawan air
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 helai daun Pandan | simpul
1 sudu makan rempah Kurma
1 batang serai | dititik
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan marjerin
3 sudu makan tomato puri
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Hirisan daging
Kismis hitam
CARA MEMASAK:
Daging rebus: Rebus daging bersama bahan rebusan yang lain hingga daging empuk.
Untuk nasi: Panaskan minyak sapi dan marjerin. Tumis bahan tumis hingga wangi.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian tuangkan dalam periuk nasi berisi beras dan air rebusan daging.
Kacau seketika dan masak seperti nasi biasa.
Akhir sekali masukkan kismis dan hirisan daging. Gaul rata dan biarkan lima minit lagi.
Nasi siap dihidangkan dengan air asam dan hirisan daging.
AIR ASAM:
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | hiris nipis
2 biji tomato, potong | dadu kecil
2 sdb Kerisik
7 biji cili merah | hiris
1 inci belacan | dibakar
1 sudu makan sos ikan Thai
1 cawan Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN :
Campurkan semua bahan, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula
INFO CHEF OBIE :
Hidangan ini popular di negeri utama Malaysia terutamanya di negeri Kedah.
Saiz Hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan mudah disediakan
Cara masak: Tumis dan reneh
Anggaran kos RM26.00
KURSUS MASAKAN KATERING DAN RESTORAN POPULAR OLEH CHEF OBIE 2023/24
Malahan aktif mengadakan Kelas-kelas Masakan Untuk Warga Jepun Di Malaysia.
Disini Chef Obie sebagai Chef Profesional mengajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menyediakan pelbagai menu hidangan untuk anda gunakan sebagai kemahiran peribadi dan untuk dikembangkan menjadi pilihan utama dalam perniagaan anda.Jangan berlengah tunggu dan tunggu ekonomi dunia pulih ekonomi negara pulih , kita sebagai rakyat - peniaga dan usahawan yang akan menghidupkan microekonomi negara .
Peri Pentingnya anda perlu menajamkan ilmu masakan perniagaan , baking dan komersial bersama Chef Obie Pada Tahun 2023/24 ini !
Lebih 100 pilihan kursus sebelum ini , terkini pihak Chef Obie telah mengecilkan skop kursus mengikut permintaan paling ramai sejak mula di anjurkan tahun 2012. Malah yuran juga telah di pertimbangkan dan disesuaikan dengan kos dan permintaan hari ini.
Anda juga diberi pilihan subjek adds on ( tambahan ) untuk kursus tertentu seperti kursus western food , kursus mee kari nyonya ,kursus masakan katering dan restoran ianya diwujudkan sekiranya anda ingin menambah menu mengikut keperluan dan kepentingan anda.
InshaAllah KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2023/24 membantu dan memudahkan anda yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan makanan mampu untuk turut serta dan ikuti kursus ini sama ada jauh mahupun dekat dan seterusnya terus bersaing dalam pasaran offline mahupun online.
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan