Halaman

Isnin, 27 Oktober 2025

Fish And Chips !

🍽️ Jom Ulang Kaji & Ulang Siar Bersama Chef Obie!

Hari ni Chef Obie nak kongsi sikit cerita asal usul menu kegemaran ramai — Fish & Chips! 🐟🍟

Kita rakyat marhaen kat Malaysia memang dah biasa dengan hidangan ni. Biasanya mesti ada isi ikan tanpa tulang yang digoreng rangup dengan bancuhan tepung, atau digrill, kemudian dipadankan dengan kentang goreng dan sos tartar.

Hidangan Fish & Chips ni asalnya dari England dan pernah direkodkan sekitar tahun 1830. Tapi masa tu, rupanya tak sama macam versi moden sekarang. Dulu, ia cuma isi ikan goreng yang ditabur bersama kentang — tanpa sos, tanpa salad, tanpa hiasan pun.

Pada zaman tu, laut di bahagian utara England memang kaya dengan hasil laut. Jadi, ikan jadi sumber protein utama mereka, selain pelbagai hasil perikanan lain.

Chef Obie sendiri pernah ada pengalaman menarik masa zaman muda dulu, hujung belasan tahun — Alhamdulillah diberi peluang kerja atas kapal. Waktu tu, kapal singgah di kawasan Biss Kay, selepas siap cuci dan “warm up” di Rotterdam City, Belanda — tak jauh dari perairan England.
Kat situlah Chef belajar mengail ikan mackarel dengan isteri Chief Officer kapal — wanita hebat yang juga pandai memancing! Tak guna pun umpan busuk, cuma plastik guni saja. Tapi hasilnya, setiap kali joran dijatuhkan, mesti sangkut ikan! Dua baldi penuh Chef dapat waktu tu — hasilnya, siap terus grilled mackarel untuk minum petang atas kapal. πŸ˜‹

Berbalik pada topik asal — Fish & Chips mula diterima masyarakat England dan jadi sensasi dengan cepat, terutamanya lepas wujudnya rangkaian pengangkutan seperti kereta api dan kapal (macam dalam filem Fantastic Beasts dan Harry Potter tu). Dari situ, hidangan ni mula masuk ke meja-meja keluarga Inggeris.

Hidangan ni diperkenalkan secara komersial di Kota London sekitar tahun 1860 oleh seorang peniaga bernama Joseph Makin, yang hanya menggunakan batu pemanas untuk menggoreng dan memanggang ikan.
Beberapa tahun kemudian, sekitar 1870, seorang pendatang Belgium bernama Edward De Gerber pula buka gerai Fish & Chips di Greenmarket City — dari situlah popularitinya meledak ke seluruh England!

Lama-kelamaan, Fish & Chips mula tersebar ke seluruh Eropah, Amerika dan akhirnya ke Asia.
Setiap negara ada versi masing-masing — contohnya:
πŸ‡¨πŸ‡¦ Kanada – dengan sos tartar dan hirisan lemon.
πŸ‡¦πŸ‡Ί Australia & New Zealand – suka tabur garam atas ikan.
πŸ‡ΊπŸ‡Έ Amerika Syarikat – lengkap dengan coleslaw sebagai sampingan.

Banyak inovasi muncul dari masa ke masa. Fish & Chips mula betul-betul popular sekitar awal tahun 1980-an, dan sampai hari ini masih jadi kegemaran ramai — termasuk rakyat Malaysia!

Cuma bezanya, di Malaysia ikan dory lebih popular digunakan. Malah sekarang saiznya pun makin besar — dari versi “ikan patin” dulu, kini muncul pula versi “keli Afrika”! ❤️🐟


πŸ“² Follow Chef Obie untuk lebih banyak perkongsian menarik!
πŸ‘‰ Facebook: Bazaar Chef Obie
πŸ‘‰ YouTube Channel: OBtv
πŸ‘‰ TikTok: @chefobie

Chef Obie aktif mengajar kelas masakan perniagaan sejak tahun 2012 hingga kini - lebih 300 pilihan dan jenis kelas termasuk " Kelas Set Fish And Chips " , Kini dikenali Mobile Cooking Class Chef Obie - Jauh mana lokasi anda , InshaAllah Chef Obie pasti akan sampai & datang mengajar .



Chef Obie MGJ CONSULTANCY
email : gunawan.jamil@gmail.com

Terima kasih semua atas sokongan! πŸ™
#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultamcy #fishandchips #fishery #fish #chips


Tiada ulasan:

Catat Ulasan