Halaman

Isnin, 17 Oktober 2016

KALENDAR 2017 : BEE HOON GORENG 30 PAX





RESEPI BEE HOON GORENG SEMPOI chef obie ( Mudah & Sedap )
Hidangan 25-30 orang

Bahan

3 Paket Bee Hoon ( Direndam dahulu supaya lembut )
1 cawan cili kering kisar ( dibuang biji& direbus )
2 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar ( tidak digunakan juga boleh )
1/2 cawan udang kering 
Udang basah aaiz sederhana atau kecil secukupnya( sekiranya anda suka boleh letak lebih dalam masakan )
Sedikit potongan isi ayam ( potong dadu )
3 paket Fish Ball ( belah tengah )
1 audu besar serbuk kunyit
1 senduk gula
4 1/2 sudu besar garam
4 sudu besar stok ayam
2 sudu besar Sos Tiram
Daun kuchai secukupnya
Taugeh secukupnya
Sawi secukupnya
Lobak merah secukupnya
Air mengikut keperluan
Minyak utk menumis

Bahan hiasan- Hirisan Daun Sup atau Daun ketumbar,bawang goreng dan hirisan cili merah


Cara Penyediaan :
1.Panaskan minyak pada api sederhana.
2.Tumiskan cili kisar dan bawang , sehingga pecah minyak masukkan fishball, udang kering, udang basah , isi ayam ,serbuk kunyit dan 2 cawan air .Kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan bee hoon, kacau mesra bersama bahan tumisan.
4.Masukkan gula,garam,stok ayam( sekiranya bee hoon anda agak kering sila tambahkan air mengikut keperluan )
5.Masukkan semua sayuran.
Kacau sehingga lembut dan masak.

6.Siap untuk dihidang dan taburkan bahan hiasan.
( Resepi Standard utk hidangan breakfast / petang - katering mahupun hotel )


Follow my IG: chef_obie_official
FB: chefobie untold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan