Halaman

Rabu, 29 Jun 2016

Resepi Kuih Raya : Resepi Kuih Tiram Atau Kuih Lidah Buaya Popular





“RESEPI KUIH TIRAM atau 

KUIH LIDAH BUAYA popular ”

Bahan

500gm tepung gandum

1 biji telur

2 sudu margerin atau mentega

sedikit garam
160ml air ( air sejuk lebih baik untuk kuih lebih rangup )
**6 sudu tepung jagung** ( Bahan Batter pelincir )
**6 sudu minyak**
gula aising secukupnya atau gula kastor


Cara Penyedian :

 1. Uli semua Bahan Menjadi Doh,Canaikan. Kecuali yg bertanda** 

2.bahan bertanda ** disatukan kacau sebati untuk dijadikan pelincir.

3.bahagikan doh kepada 4 bahagian.

4.Setiap bahagian dicanai lebar , kemudian sapukan bahan pelincir dipermukaan doh yang telah dicanai.Kemudian gulung doh seperti anda membuat karipap pusing.

5.Potong kepada 5 bahagian , canaikan memanjang.

6.Gorengkan dalam minyak yang panas , bolak balikkan kuih tiram, apabila kekuningan dan rangup sila angkat dan toskan.

7.taburkan atau mesrakan gula aising atau gula kastor pada kuih tiram yang telah digoreng. 

Selamat mencuba.!

resepi ini chef obie telah kongsikan kepada program komuniti di lembah pantai KL.






ebook masakan PERCUMA