Halaman
▼
Jumaat, 30 November 2012
Yasmin Sanusi Penulis Buku Kraf Gula,Iham Reka Kek Fondant dan terbaru Sugarcraft.
Memang teruja dan seronok obie melihat dan membelek-belek buku terbaru dari Yasmin Sanusi atau biasa obie panggil nama mesranya " Kak Min ".. Terima Kasih kerana memberi obie Buku terbaru Kak Min " Sugarcraft- dalam bahasa Inggeris ",.. Obie dengan Kak Min ni memang rapat la... Kak Min pemilik " Bakingproject ",bukan calang-calang orangnya..Pakar dalam Fondant & Gumpaste.. sama minat dengan obie..suka bermain dengan fondant dan gumpaste... sambil tu , kak min ada mengadakan kelas personal,kek kelas deko, menerima tempahan kek dan kelas baking bersama obie...
Kak Min atau Yasmin Sanusi orangnya yang comel ..kat tengah-tengah.. masa ni di CIMB Aviva, Jalan Tunku Abdul Rahman.
Inilah dia hasil buah tangan Kak Min yang terbaru, buku Sugarcraft-edisi bahasa Inggeris terbitan Utusan...Obie dah ada...
student-student yang ceria menghadiri kelas-kelas Kak min.
Seronoknya...
Inilah dia semalam,,kek terbaru dari kak min..kek untuk perokok tegar.. obie sempat la mengacau ketenteraman kak min jap masa tengah siapkan tempahan ni..memang keelass...
contoh-contoh Hasil tangan Kak Min.... Layaaan..
Menarikkan...memang kreatif dan berseni Kak min.. kepada anda yang ingin tahu lebih mengenai insan yang bernama Yasmin sanusi ini boleh layari blog- bakingproject.com , facebook : yasmin sanusi ... atau boleh add obie kat facebook : obie wan kenobie .. tetiba..pulak ea... sebab apa,anda boleh cari kak min dalam fb obie..
Chef Junaidi Melonman Malaysia Fruit Carving
Salam, obie ingin memperkenalkan teman chef & teman sekerja yang lebih 10 tahun obie kenali iaitu Chef Junaidi Md Sabri, seorang chef di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur dan pakar mengukir buah-buahan, beliau biasa menerima undangan untuk membuat demo ukiran buah dan beliau juga mengadakan kelas-kelas mengukir buah-buhan, Kepada mereka yang mencari guru untuk menambah ilmu seni kulinari ini bolehlah berguru dengan beliau. Beliau juga dikenali sebagai melonmanmalaysia... kalau di United Kingdom Melonman Ialah Chef David Loh,.. Di Malaysia Chef Junaidi... Orangnya segak lagi bergaya.. dan masih bujang trang..tang..tang..
Chef Junaidi Md Sabri memakai chef jacket berwarnan putih, No 3 dari kiri bersebelahan melonman u.k chef david loh.
Tidak hanya pada kayu dan batu saja yang boleh di ukir. Buah-buahan pun menjadi sangat cantik dan menarik jika chef junaidi-seniman fruit carving yang mengukir. Chef Junaidi akan menjadikan buah-buahan berubah menjadi suatu hasil seni yang tinggi.
nilainya.
Inilah Fruit Carving, sebuah seni dalam menghidangkan makanan dengan keindahan, biasanya media yang digunakan adalah buah-buahanan yang berbentuk bulat serta memiliki tekstur yang lembut/ tidak terlalu keras. Dalam seni Fruit Carving, seseorang akan memahat dan mengukir sebuah buah menggunakan alat-alat yang cukup sederhana yaitu, cutter, pisau bergerigi dan toothpick jika diperlukan. Berikut beberapa hasil seni Fruit Carving yang mempesona dan langkah seni ukiran buah oleh chef junaidi.
Kepada anda yang memerlukan perkhidmatan Fruit Carving-untuk pelbagai jenis majlis, anda sedang mencari guru untuk mengajar fruit carving atau anda memrlukan chef untuk membuat demo carving , hubungi Hotline 0127144840
atau layari melonmanmalaysia.blogspot.com