Halaman

Rabu, 4 Jun 2014

Resepi Kuih Lompat Tikam Untuk Peniaga Baazar Popular


Assalammualaikum wbt,
semoga anda semua sihat..dan ceria hari ini.., chef hari ni Alhamdulillah confirm sihatnye..
dah 2 hari ni  bila breakfast mesti singgah kat kedai Nasi Lemak Saleha.. tapi chef tak makan nasi lemak..chef makan kuih lompat tikam... aje itu pun dah lebih memadai..memang sedap dan lembut.Jadi tergerak kat jati nak sharingkan resepi kuih lompat tikam dalam blog kesayangan chef obie ni.


Bahagian  Hijau :
8 helai daun pandan
3 cawan air
3 sudu besar gula pasir
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil pewarna hijau epal

Cara membuat :
1.Kisarkan  8 helai daun pandan dgn 3 cawan air, kemudian tapiskan ambil airnya sahaja, 2.Campur air pandan yang telah ditapis dengan 1 cawan tepung beras , 3 sudu besar gula pasir dan 1 sudu kecil pewarna hijau epal. Kacau bagi sekata menggunakan whisk,tujuan menggunakan whisk supaya tidak menjadi ketul-ketul. 
3.Panaskan dengan api sederhana dan kacau 

Bahagian Putih : 
1 biji  kelapa parut
4 @ 3 1/2  cawan air suam
1 sudu kecil garam
1 mug tepung beras

Cara membuat :
1.Kisar  kelapa parut dgn 4 cawan air suam dan tapiskan. 
2.Kemudian campurkan 1 cawan tepung beras dan 1 sudu kecil garam ,kacau supaya sekata. 
3.Panaskan dengan api sederhana dan kacau sehingga kelihatan pekat dan masak.Kemudian tuangkan ke dalam bekas yang telah diisi bahagian hijau.

* Boleh gunakan Gula Kabung atau gula melaka.Makan sejuk memang sedap...
semoga sedikit perkongsian resepi daripada chefe obie ini dapat membantu anda..kepada yang ingin berniaga untuk baazar ramadhan ni boleh gunakan resepi diaats yea..senang aje kos penyediaan bahan juga mudah dan murah, jika ingin macam-macam lagi resepi kuih mahupun masakan untuk berniaga dibaazar bolehlah dapatkan ebook daripada chef obie Harga hanya RM10 sahaja dan diberi 4 lagi ebook secara percuma seperti ebook cara buat ketupat bergambar( palas & satay ), ebook menu open house , ebook variasi kuih tat dan ebook asas buat kek & tips!

hot!
Pelbagai menu hidangan bazaar ramadhan dikongsikan dalam ebook ini, pasti anda tak menyesal kalau milikinya, dari hidangan minuman seperti Air Katira, Air Soya, kuih muih , masakan ayam dari yang percik hingga digolek, daging, ikan dan macam-macam lagi.Dapatkan sekarang hanya RM10.00

Cara Pembelian ebook :

Maybank2u.com atau Bank In ke Akaun MBB

Muhamad Gunawan Jamil

151409098193

 SMS:  ebook masakan baazar ,RM10,masa , tarikh dan email kemudian sila hantar ke 017 2260719

Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima .


sambil tu kite layan klip video cats love babys.. 





4 ulasan:

  1. Salam chef obie,
    Saya azman, nak tanya jika saya cuba buat guna resepi diatas tapi dalam kuantiti yang besar bolehkan,perlu saya gandakan 5x,saya perlu pendapat & cadangan dari chef

    Terima kasih sudi membantu berkongsi resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm encik azman..
      terima kasih bertanya dan melawat blog chef,
      - encik azman boleh gandakan hingga 10x untuk resepi ini.
      -pastikan cara memasak follow yg chef beri.

      selamat mencuba

      Padam
  2. Chef halalkan resepinya..
    Best la

    BalasPadam