Resepi
Ayam Kentang Siew Pow ( Masakan Cina )
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada anda semua yang melayan blog chef obie pagi-pagi ni..., siapa pernah makan kuih siew pow? kuih @ roti tradisional mereka yang berbangsa cina , ia amat istimewa, biasa berintikan kxxxr selain daripada ayam, hari ni chef obie sharingkan resepi yang Halal... daripada ayam dan kentang!
boleh lah cuba dan nikmati Siew Pow petang nanti!
Bahan
Doh Minyak :
220
gmTepung Gandum
100
gm Shortening/lelemak sayuran
Bahan
Doh Lembap :
220
gm Tepung Gandum
40
gm Shortening / lelemak sayuran
40
gm Gula aising
100
ml Air
Bahan
sapuan- 1 biji telur + bijan
Bahan
Inti-
100
gm Daging ayam ( potong dadu)
100
gm Ubi Kentang ( potong Dadu)
100
gm Sengkuang ( potong dadu )
1
sudu kecil lada sulah
Secubit
lada hitam
Garam
secukup rasa Dan sedikit air.
Cara
membuat Doh Minyak :
1.Satukan
kesemua bahan , uli sehingga menjadi doh yang lembut, rehatkan 30
minit.
Cara
membuat doh lembap :
1.Satuka
ke semua bahan , uli sehingga menjadi doh lembut , rehatkan 30 minit.
Cara
membuat kulit Siew Pow :
1.Bahagikan
kedua –dua jenis doh kepada 20 biji bebola.Masukkan doh minyak ke
dalam doh lembap ( seperti membuat kulit karipap pusing).
2.Canaikan
doh memanjang, kemudian gulung seperti membuat swiss roll.dirikan doh
canai lagi dari arah atas dan akan menjadi doh yang dicanai bulat (
jangan terlalu nipis biar sederhana sahaja) masukkan inti secukupnya,
bentukkan siew pow.
3.Lakukan
sehingga selesai doh minyak dan lembap, sapukan dengan telur dan
taburkan bijan atas permukaan siew pow.
4.Bakar
pada suhu 180’c 20=25 minit.
Cara
membuat inti-Rebus sekali kesemua bahan sehingga empuk, kemudian
sejukkan...mmm okaylah chef obie kongsikan video music dari shila amzah dgn lagu cina bertajuk Zheng Fu... nak sesuaikan dengan resepi hari ini lah katakan...heee layan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan