Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera ,
kepada pembuat biskut raya pasti dah kelam kabut sejak bulan lepas, masing-masing tak nak ketinggalan membuat dan mencipta biskut-biskut baru..
hari ini chef obie kongsikan biskut yang dicipta pada tahun lepas untuk anda
pembuat biskut..senang kata usianya baru lagi la...
dan masih ramai yang tidak tahu nak buat Styles Cookies ni...
kat bawah ni resepinya.. selamat mencuba!
Resepi Biskut Rainbow Styles
Bahan
250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Tepung Susu
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising
1 sudu kecil Esen Vanila
Pewarna – Ungu Violet,,Biru,kuning,jambu,merah,hijau epal
Cara Membuat
1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan- dan satu bahagian tanpa warna .
2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.
3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik
5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.
Rainbow Styles Cookie ini boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.Rainbow Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun ini, anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!
Doh Rainbow Styles Cookie sebelum dibakar.
Semoga kehadiran Rainbow Styles Cookies ini memberi variasi kepada biskut-biskut raya tempatan yang sedia ada dipasaran .Kepada anda juga jangan ketinggalan untuk Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik
nak tanya , untuk doh tu tak perlu masukkan air ke ?
BalasPadam@amalina shukriTerima kasih bertanya ,
BalasPadamjawapan
TIDAK PERLU MASUKKAN AIR
whatsapp / Telegram
0172260719 chef obie