Halaman

Sabtu, 11 April 2015

Resepi Bechamel Sauce atau White Sauce chef obie


Assalammualaikum wbt,


Hari ni bie nak sharing resepi asas bechamel sauce, apa tu bechamel sauce?

bechamel sauce ni lebih mudah kite panggil die sos putih, sos yang creamy diletak atas pelbagai jenis pasta,



lasagna, macaroni baked dan pelbagai lagi..memang lazat den menyelerakan , apatah lagi bile dicampur dengan keju terttentu...perrrrghh..



Resepi Asas Bechamel Sauce



Bahan 



120 gm Mentega

1/2 cawan Tepung Gandum

800 ml @ 1 liter Susu Segar

180gm Keju Parmesan ( diparut )

1/2 sudu kecil Garam

1 sudu kecil Serbuk Buah Pala @ Nutmeg

Cara Membuat

1.Cairkan mentega dalam pan atau pot dengan api kecil ( pastikan jangan sampai hangus ), Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga bercampur ( dipanggil Roux )

2.Alihkan daripada api,( gunakan whisk untuk mengacau ) Masukkan perlahan - lahan susu segar kacau sebati, dan kelihatan bahan bercampur mesra.Letak kembali diatas api dan panaskan dengan api sederhana.

3.Gunakan spatula pula jika korang gunakan pan, jika gunakan pot terus gunakan whisk macam bie.Kacau perlahan selama 8-10 minit. Matikan api.

4.Akhir sekali baru masukkan serbuk pala , garam dan keju parmesan, kacau sebentar dan siap!

senangkan.. lepas ni dah bolehlah digunakan untuk lasagna dan pelbagai pasta lagi ( boleh gunakan dalam resepi pasta alfredo- jadikan asas krim alfredo )

ps/ boleh tambah sedikit cooking cream atau whipping cream dalam resepi ini



Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan