Halaman

Selasa, 23 Jun 2015

Resepi Kuih Tako Dan Tepung Pelita



Shares & LIKES 

Resepi Kuih Tako vs Kuih Tepung Pelita Paling Popular
Hari ni chef obie nak sharing sedikit info-
ramai dikalangan kite suka makan kuih tako..tapi ramai menyangka kuih tako itu sama dengan kuih tepung pelita..
sebenarnya silap yea.. kuih tako dan kuih tepung pelita berbeza, rupa dan rasa hampir sama.
kuih tako asal dari negara thai.. manakala kuih tepung pelita asal dari sini..tanah melayu...tempias nya aje...
beza kuih tako dengan kuih tepung pelita hanya pada isi dalam bahagian hijau.
kuih tako perlu ada sengkuang cina atau pun buah pear, manakala kuih tepung pelita hanya ada gula dibahagian hijau dan ia perlu dikukus bersama bekas daun pandan kuih tepung pelita.
Kuih Tako- sarung dari daun pandan !
Jadi jelaskan sekarang.. semoga sedikit pencerahan daripada chef obie dapat membantu anda membezakan antara kuih tako dengan tepung pelita..
chef obie suke dengan kedua-dua jenis kuih ini...

kat bawah ni chef obie kongsikan resepi kuih tako yea...( anda boleh gunakan resepi ini juga untuk kuih tepung pelita hanya -bahan sengkung tidak digunakan, diganti dengan sedikit gula pasir dan tepung pelita perlu anda kukus bersama bekas daun pandannya )

Lapisan Bawah (hijau)


25g tepung hoen kwe (hijau)

1 1/2 cawan air
1/2 cawan Gula
1biji sengkuang cina @ 2 buah pear ( potong kiub kecil )


Lapisan Bawah (putih)


25g tepung hoen kwe putih

2 cawan santan
secubit garam + gula pasir
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil Garam

ebook masakan PERCUMA


Cara Membuat:


1.Semua bahan di campurkan dalam periuk atau pot.

2.Kacau perlahan dengan menggunakan whisk pada api sederhana sehingga adunan agak panas dan ada bubble,apabila ada bubble matikan api.
3.Pastikan anda telah meyediakan bekas tako terlebih dahulu dengan meyusun pada dulang.Taburkan sedikit sengkuang dalam bekas tako,Tuang lapisan hijau terlebih dahulupada paras setengah dalam bekas tako,kemudian biar ia sejuk sebentar sebelum anda tuang pula bahagian putih.Siap untuk dihidang...
jika anda ingin gunakan resepi diatas untuk berniaga sila gandakan yea...

As Salam , Anda Yang Budiman - sila lawati blog chef obie ada pelbagai perkongsian resepi kuih muih,biskut raya,pelbagai jenis kek & pastri juga roti.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan