Halaman

Sabtu, 11 Julai 2015

Resepi Bergedil Daging Berkentang Gaya Holland

 RESEPI BERGEDIL DAGING BERKENTANG
Gaya Holland



Bahan

500gm Daging Hancur @ minced Beef
200gm Kentang dipotong kiub dan digoreng
1batang cili merah dibuang biji dan dicincang
Sedikit daun bawang dihiris
1 sudu besar Serbuk Rempah Sup
Sedikit Garam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng




Cara Membuat

1.   Satukan ke semua bahan dalam satu mangkuk dan uli sehingga sebati dan bentukkan bebola dan leperkan sedikit ( telur dan minyak jangan dimasukkan )Saiz mengikut kesukaan anda.
2.   Panaskan minyak pada api sederhana.
3.   Telur dikacau seperti telur dadar.

4.   Celupkan bergedil dalam telur dan toskan kemudian goreng sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan