BAKING SODA VS BAKING POWDER
Bagaimana anda pastikan baking powder dan baking soda anda masih dalam keadaan baik ?
Baking powder
Baking powder bertindak bila adanya kombinasi haba dan lembapan . Cara menguji baking powder yang relevan ialah dengan mencampurkan 1 sudu teh baking powder bersama 1/3 cawan air panas . Jika baking powder masih berada dalam keadaan baik reaksi yang dapat diperhatikan ialah kejadian berbuih yang banyak akan berlaku . Ini sebagai penanda bahawa baking powder tersebut masih elok dan boleh digunakan lagi , jika tiada apa-apa berlaku bermakna baking powder tadi sudah tidak boleh digunakan lagi .
** Pastikan ujian dibuat menggunakan air suam atau air panas jika menggunakan air sejuk tiada sebarang reaksi berlaku .
Baking soda
Baking soda pula bertindak ke atas bahan yang bersifat beracid . Ujian mudah yang boleh dilakukan ialah dengan menitiskan larutan seperti cuka atau jus limau ke atas 1/4 sudu teh baking soda . Kejadian berbuih yang banyak akan berlaku dan menunjukkan baking soda tersebut masih berada di dalam keadaan baik , jika sebaliknya anda sudah boleh menggantikan baking soda yang baru .
Cara penyimpanan
Baking powder dan baking soda perlu diletak di tempat yang kering dan tidak lembap . Kadar kelembapan yang tinggi akan menyebabkan jangkahayat agent penaik ini semakin menurun dengan lebih cepat . Penggujian di atas adalah baik dilakukan sebelum menggunakannya , ini adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya masalah pada resepi yag anda gunakan ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan