Sebelum ni macam cendawan tumbuh..pelbagai nama dan branding yang yang muncul tapi tidak ramai yang mampu bertahan sehingga hari ini...kepada usahawan burger bakar janganlah mudah putus asa,
bangun dan bangkit....
muncul dengan lebih friendly customer okay !
maklumlah permintaan terhadap...
burger bakar tetap ada.. walau tidak sehangat beberapa tahun yang lepas,
tapi ...bila ada burger bakar yang unik & sesuatu yang dimata & ditekak mula ingin mencuba.. pasti laku kembali.
Hari ni chef obie nak berkongsi sedikit ilmu memasak..sekadar resepi utama..yang penting tau untuk menghasilkan "Patties"
daging burger bakar yang power! kepada anda yang ingin mencuba dan tercari-cari resepinya, boleh try okay.. kepada blogger masakan dan kaki share resepi di FB dan whatsapp...please kalau cedok resepi ni jgn lupa-resepi created by chef obie.
Resepi Daging "patty" Burger Bakar !
Bahan
1 kg Daging kisar @ minced beef ( pastikan ada campuran lelemak daging lembu )
2 sudu besar Serbuk Lada Sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
6 ulas bawang kecil cincang
Sedikit
garam sebagai perasa
2 sudu kecil Westershire sos ( jika tiada tidak mengapa )
Cara
Membuat
- Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, uli sehingga sebati, kemudian timbangkan patties daging burger bakar 166gm setiap satu, anda akan dapat 6 keping.Kepalkan dengan membentuk bulat danleperkan sedikit, simpan dalam plastic atau dalam bekas container pastikan freezer dahulu, sekiranya ingin terus grill juga boleh.
Anda ingin tahu lebih lanjut macam mane untuk anda menghasilkan dalam kuantiti yang banyak ( productions ) - resepi diatas tidak relevan untuk diguna pakai boleh hubungi pihak chef obie- whatsapp atau telegram !
017 2260719
017 2260719
Tiada ulasan:
Catat Ulasan