Halaman

Isnin, 2 Mei 2016

Resepi Berasaskan Ubi kentang : Bergedil Belanda



RESEPI BERGEDIL BELANDA

Bahan

500gm Daging Hancur @ minced Beef
200gm Kentang dipotong kiub dan digoreng
1batang cili merah dibuang biji dan dicincang
Sedikit daun bawang dihiris
1 sudu besar Serbuk Rempah Sup
Sedikit Garam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :

ebook PERCUMA

1. Satukan ke semua bahan dalam satu mangkuk dan uli sehingga sebati dan bentukkan bebola dan leperkan sedikit ( telur dan minyak jangan dimasukkan )Saiz mengikut kesukaan anda.
2. Panaskan minyak pada api sederhana.
3. Telur dikacau seperti telur dadar.

4. Celupkan bergedil dalam telur dan toskan kemudian goreng sehingga masak.

senangkan resepi bergedil belanda ni...bila sebut belanda pasti kenangan bekerja di Negara Belanda tidak akan chef obie lupakan... semuanya bermula disana... 14 tahun yang lalu...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan