Halaman

Selasa, 14 Jun 2016

Marhaban Ya Ramadhan Muslimin Muslimat & DIY Resepi Udang Goreng Mentega Basah

Marhaban Ya Ramadhan
Fesbuker & netizen
Bersahur kite pagi ni πŸ’˜
Semoga Segala amalan & ibadah kite
Sepanjang Bulan Ramadhan Mulia Penuh Keberkatan ini diterima Allah swt


Dlm kesibukan.. chef obie baru berkesempatan updated aktiviti..
Chef obie Sempat berbuka bersama chef rahim ,walau tiada planing hee..Chef obie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Selebriti Chef Zaidah bersama anaknya yg menghidangkan menu untuk berbuka - Nasi Kerabu Tumis Istimewa Ayam & Daging serta manisan Buah Melaka & Kurma.
InshaAllah next time kite boleh berborak panjang.. thanks yea.. chef zaidah..yg sporting & cerewet bab2 hidangan ni..πŸ˜„
I like...chef obie juga ingin berkongsi resepi masakan yang boleh anda gunakan untuk waktu berbuka puasa mahupun untuk bersahur. Selamat mencuba


Share & LIKES

πŸ“ŒMenu Untuk Berbuka & Bersahur



RESEPI UDANG GORENG MENTEGA BASAH

Bahan

450 gm Udang Segar Saiz Sederhana
3 sudu besar Mentega 
6 ulas Bawang Putih dicincang
1@2 tangkai Daun Kari
5 biji Cili Akar @ Cili Padi
1/2 cawan Tepung Jagung
1 sudu kecil Serbuk lada sulah
1/2 cawan Susu Isian Sejat ( susu cair )
Gula & garam sebagai perasa
Minyak utk menggoreng udang

Cara Penyediaan : 

1.Udang yg telah dibersihkan dilumurkan sedikit garam ,serbuk lada sulah dan tepung jagung.

2.Goreng udang jangan sampai garing.Goreng sebentar sahaja diangkat dan ditoskan minyaknya.

3.Panaskan mentega-tumis bawang putih,sehingga keemasan dan masukkan cili dan daun kari.

4.Masukkan udang yg telah digoreng,Susu cair menyusul dan kacau mesra,akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk dihidang bersama nasi putih.

FOLLOW IG : chef_obie_official
Tumblr: smallplate

Tiada ulasan:

Catat Ulasan