RESEPI HOLLANDAISE SAUCE
Bahan :
2 Biji telur Kunng Segar
1 sudu besar Air
Mentega
Serbuk Cayene
Garam
Jus lemon
serbuk Black Pepper
Cara Penyediaan Langkag Demi Langkah :
1.Dalam mangkuk yang besar ( boleh juga gunakan mangkuk stainless steel atau mangkuk kaca )
kuning telur segar dan air disatukan.
2.Gunakan whisk kacau telur kuning dan air sehingga mesra dan warna kekuningan.
3.Gunakan teknik Bain Marie atau Double Boiled ( didihkan air terlebih dahulu )
apabila mangkuk telah panas masukkan telur kuning yang telah dipukul mesra tadi.Pastikan api telah ditutup terlebih dahulu sebelum kuning telur didalam mangkuk.Pastikan kacau menggunakan whisk sehingga sos memekat dan kental, jangan sampai ia masak.
4.Setelah sos memekat , keluarkan dari pot , biar sebentar diluar.
5.Sediakan Mentega secukupnya , dalam resepi ini kita gunakan dalam 2 potongan @ 2 sudu besar mentega.
6.Masukkan mentega , kacau perlahan-lahan jangan sampai berbuih , sekiranya telur kuining tadi telah sejuk , anda boleh panaskan kembali dengan cara selamat- gunakan teknik bain marie, pastikan sebentar sahaja.
7.akhir sekali masukkan serbuk cayene ( serbuk cili benggala ) serbuk lada hitam , garam secukup rasa dan perahan jus lemon 1/2 biji , gunakan whisk kacau mesra.
8.Hollandaise sauce yang sempurna telah siap untukl digunakan.
Ia sesuai digunakan untuk hidangan yang dikukus , dibakar atau panggang sama ada untuk sayuran , kentang , ayam , pasta , steak mahupun ikan dan hidangan laut.
Saja chef obie berkongsi resepi dari negara Hollland @ Netherlands ini atau lebih dikenali dengan negara Belanda , antara lokasi awal chef obie dalam membina karier sebagai seorang chef..chef obie tinggal di Belanda ketika seusia 19 tahun... Di Rotterdam City , Spkghneis & Amsterdam pada awal tahun 2001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan