Salam Lebaran
Masih dalam mood berhari raya?
Inginkan menu menarik untuk open house hari araya rumah anda?
cuba salah satu menu yang wajib ada..kalau open house hari raya namanya..janganlah bee hoon goreng aje..laksa penang aje..apa kata cuba resepi solok ikan ni...sesuai dimakan bersama nasi putih dan nasi kerabu.
cuba jangan tak mencuba
Resepi Solok Ikan Popular
Bahan
12 ekor ikan kembung buang perut dan kaut isinya sahaja guna sudu
3 biji bawang besar kisar
6 ulas bawang putih kisar
1 sudu besar lada hitam kisar
1 biji kelapa parut
1/2 inci Halia kisar
1 batang cili merah kisar
8 batang cili api kisar
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk rempah kari ikan
1 biji telur
3 helai Daun limau Purut atau sedikit daun Kesom dihiris halus
garam dan gula sebagai perasa
Cara Penyediaan
1. Satukan ke semua bahan dalam mangkuk besar menjadi satu adunan yang telah mesra.
2.Sumbatkan adunan ke dalam ikan kembung yang telah dibelah bahangian belakang sehingga selesai.
3.Panaskan minyak dan goreng sehingga masak, pastikan api sederhana sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan