Kali ini , giliran admin Smallplate Cooking Group S.C.G pula berkongsi resepi,
iaitu Cik Fara dari Sandakan Sabah .Muda lagi tapi amat berminat dengan masak memasak
walau amatur katanya. Yang penting minat dan suka mencuba sesuatu yang baru.
Cik fara kongsikan Resepi " BISKUT BATANG BURUK "
Bestnye... Hari raya Haji dah nak tiba..apa kata kite cuba pula
buat biskut tradisional ni...kepada anda yang ingin follow cik fara
boleh follow di IG - mt_shop & jangan lupa follow juga ig chef_obie_official
RESEPI BISKUT BATANG BURUK
Bahan-bahan
600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula kisar
3 biji telur
Minyak masak (utk menggoreng)
Cara buat -
biskut batang buruk
Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus, campurkan dengan gula dan ketepikan.Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli bahan tadi.Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulungkan dan biarkan ditengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng hingga kekuningan. Bila dah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut batang buruk yang mudah dan juga sedap, semoga perkongsian ini membawa satu manfaat untuk kita semua.
Senangkan resepi yang dikongsikan ..kepada anda yang ingin joint Group Masakan yang dikendalikan oleh chef obie sendiri . Anda boleh request melalui whatsapp - ke 0172260719.
group masakan private dan dibuka ubtuk mereka yang amateur / masih baru dalam dunia masakan , berminat berkongsi resepi , mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan yang penting sporting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan