#kuihkeria
Petang-petang ni apa kata hakak-hakak yg ada masa boleh ke dapur buat kuih keria...sempoi punye..makan kuih keria panas-panas bersama dengan kopi O sambil menikmati pemandangan Jerebu diluar...😄😄😄😄
Cancel program nak jogging petang ni..udara x sihat kt luar tu..konon !
Resepi Kuih Keria Sempoi chef obie
Bahan-bahan
500 gm Ubi keledek
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Cara Membuat
1.Rebus keledek keledek hingga empuk
kemudian lenyek .
2. Masukkan garam,tepung gandum, uli hingga sempurna dan tidak lekat di tangan, senagkata menjadi doh yang cantik,jika doh agal lembik jangan risau,chef tidak galakkan anda menambah tepung terlalu banyak, kerana ia akan menjadikan kuih keria kurang sedap...( optional - jika anda ingin mudah membuat doh keria tambah lagi tepung gandum sehingga ia tidak melekit di tangan )
3.Apabila telah siap menguli doh keria, bahagikan doh dengan menimbang doh seberat 35-45 gm setiap satu-atau mengikut suka dan kreativiti anda,kemudian
bulatkan ,leperkan dan bentukkan lubang bulat di tengah-tengah doh keria anda.
4.Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan minyaknya . Biarkan sejuk
Untuk Gula Kuih Keria
150 gm gula pasir
5 sudu besar air
1.Gunakan kuali, masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
2.Kemudian Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api.
3.Teruskan mengacau sehingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.Siap untuk hidangkan segera
Boleh follow my ig : chef_obie_official
chefgunawanmalaysia.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan