Syukur masih diberi peluang menikmati sisa-sisa hidup..semoga diberkati.
Chef masih dikampung bersama abah , adik dan anak buah..kali ni beraya haji tanpa
Insan yang chef kasihi dan chenta peluk cium..iaitu Mak ...Al Fatihah untuk Arwah mak..
Pagi-pagi ni chef kongsikan Resepi dari kaum baba nyonya yang ramah tamah dan unik dari segi kombinasi budaya melayu dan cina.
Korang bolehlah mencuba RESEPI NASI ULAM NYONYA BERSAMA AYAM GORENG & SAMBAL BELACAN
Bahan
5 cwn Nasi Putih
1/2 kuntum Bunga Kantan di mayang
1 tangkai Daun Selasih di mayang
1 bth serai muda dimayang
1 sdt Udang kering tumbuk halus
3 helai daun kadok dimayang
1 helai daun limau purut( buang urat dan mayang)
1 tangkai Daun Kesom
2 helai daun pudina
1 sdt kerisik
Garam secukup rasa
Bahan kisar
1/2 inci lengkuas
1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 inci halia
1 btg cili hijau
1 sdb minyak masak
Cara Penyediaan :
1.Bahan kisar satukan dlm mangkuk ketepikan.
2.Nasi putih dalam mangkuk lain kemudian disatukan dgn bhn kering , garam dan bhn kisar tadi.Gaul mesra sebelum dihidang bersama ayam goreng dan belacan.
Bahan perapan Ayam Goreng- 1/2 ayam dipotong 6,2 sdb serbuk kunyit,1 sdt serbuk kari garam secukup rasa.minyak secukupnya - Perapkan ayam dgn bhn perapan dan goreng hingga keemasan dan garing.
Bahan Sambal Belacan Nyonya- 14 btg cili api,4 btg cili merah, 1 1/2 inci Belacan bakar, 1 sdb gula, 7 biji jus limau kasturi- Campurkan semua bahan, ditumbuk dgn batu lesung hingga lumat,masukkan jus limau kasturi.Siap dihidang.
Resepi ini pernah chef kongsikan dalam Majalah RASA terbitan Karangkraf...
Kepada korang yang tercari-cari menu dan kursus yang sesuai untuk perniagaan korang sila ke link
BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR 2017
Selamat Mencuba
Dan layan lah lagu Aishah dari Projector Band...
Sila ke Link chefobie untold
Insta: chef_obie_official
KELAS.BENGKEL.DEMO: 0172260719
BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR 2017
Selamat Mencuba
Dan layan lah lagu Aishah dari Projector Band...
Sila ke Link chefobie untold
Insta: chef_obie_official
KELAS.BENGKEL.DEMO: 0172260719
Tiada ulasan:
Catat Ulasan