Halaman

Ahad, 20 Mei 2018

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : SERI MUKA

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : SERI MUKA

Salam Ramadhan Salam beribadah..Salam penuh keberkatan..InshaAllah, cewah macam ustaz lah pulak chef obie cakap...

Sekarangni anda dah tak perlu susah hati sangat kalau nak buat kuih " SERI MUKA" ni sebab..chef obie kongsikan cara yang simple..dan cun kejadiannya InsaAllah, Semoga Anda yang tercari-cari resepi Kuih tradisional ini dapat membuat dengan cantik dan sedap !
Doakan..kesihatan & kemurahan rezeki chef obie yea...kecil sahaja perkongsian ini, tapi mengharap manfaat yang berterusan kepada yang memerlukannya.
Jom kite terus ke resepi Seri Muka chef obie...
**Guna loyang 10 x 10
Lapik dgn plastik







Bahan Utama

500gm Beras Pulut Susu
900ml-1 liter Air
1 paket Santan Emma
4 sdb Minyak Kelapa Medetop
1 sdt Garam Kasar
Seiikat daun pandan

Cara Penyediaan:










































1.Masukkan dlm pot rice cooker,masuk semua bahan.tanak seperti nasi Putih,simple Tak payah Kukus pulut.ni Cara bizz.Cara chef Obie

















2.Setelah Masak ,pindahkan pulut ke Dlm loyang yg tlh dilapik dgn plastik Dan sapuan Minyak, Padatkan permukaan pulut.

Bahan Atas
















160gm Tepung Gandum
6 sdb Tepung Ubi
4 biji Telur
800ml Air kisar daun pandan ( 8 helai daun pandan tua )
2 paket Santan EMMA
180gm Gula Pasir
1 sdt Garam

Cara Penyediaan:

















1.Satukan ke semua bahan diatas dlm blender,blender sebati.Kemudian Masak dlm pot & kacau konsisten sehingga adunan memekat matikan api.( gunakan whisk ).

















2.Tuang adunan ke atas permukaan pulut dlm loyang yg telah diletak dlm pengukus yg mendidih.
3.Tutup pengukus,Kukus selama 20 minit shj.buka penutup & matikan api.





















4.Biar sejuk sebentar,sebelum dipotong..kalau and Buat masih fail..walau dah diberi resepi chef yg simple ni...chef no Komen la..mau kena berguru jugak dgn chef...okay selamat mencuba..semoga Ade happy diwajah anda Hari ini..
#talam #serimukapandan
#serimuka
#resepiserimuka
#chefobie
#santanemma #medetopmalaysia #mgjconsultancy








chef obie 

Profesional , Selebrity chef ,Gastronomy Consultant , Food Stylish ,
Properties Advisor For Hotel & Resorts



RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA

Assalammualaikum wbt, Salam beribadah di Bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan Al Mubaraq.
Kepada anda yang tercari-cari resepi Pau Sambal atau Burger Malaysia ini ( budak-budak sekarang tak kenal nama ni ) Bolehlah mencuba resepi daripada chef obie.

Semoga sedikit perkongsian ini, walau ia tidak segah mana tapi harapnya dapat membantu anda yang bermasalah membuat pau sambal yang cantik dan sedap.

Chef obie terharu juga apabila ada akak-akak, makcik mahupun abang long yang telah hubungi chef untuk semata-mata mengucapkan "Terima Kasih" kepada chef kerana sudi berkongsikan resepi kecil ini yang telah membantu mereka mengatasi masalah mereka sebelum ini, ada yang berniaga kecil-kecilan - menjual aneka kuih muih dan nasi lemak , ada juga untuk hidangan keluarga .So sweet...

Anda Doakan Chef Obie sihat, Makmur serta murah rezekinya.. .itu cukup membahagiakan..

Okay..kite terus kembali kepada resepi...



















Bahan

700 gm Tepung Gandum
2 cawan Air Sejuk
4 sdb Marjerin
1 sdt Garam
1 sdb Gula Pasir
1 paket Yeast ( mauripan )
Chef Tidak menggunakan pelembut.kerana teknik simple chef ini sudah cukup menjadikan Pau Sambal anda..baik punye.

Cara Penyediaan :
















1.Satukan ke semua bahan dlm bowl atau mixer, Dan uli sehingga sempurna Menjadi doh.( Jika uli dgn tgn selepas 5 mnt uli doh & restkan sebentar 2 mnt,kemudian sambung uli )

















2.Keluarkan doh dari mixer atau bowl, tutupkan dgn plastik 15mnt,biar saiznya berganda.( Bile tutup dgn plastik doh lebih cepat besar )

















3.Cutter doh kpd 30gm sebiji,Dan bebola doh susun tepi,anda Akan dapat 40 biji .doh akan kembang sekali lagi ,dlm pd itu anda telah panaskan Minyak masak- jgn terlalu panas ( 160-170' )

















4.Goreng sehingga kuning keemasan. Sejukkan dahulu,kemudian baru anda potong bahagian tengah sebelum diisi 1 sudu besar dgn ibu Sambal tumis Dan hirisan mentimun.

















Selamat Mencuba..
























Ini dia setelah 40 biji Pau sambal disiapkan..untuk Ramadhan kali ini, untunglah warga merdeka villa yang dapat menikmati Pau Sambal dari chef obie, asisstant chef hari ini ialah Esma Faris,
4 Ramadhan 1439Hijrah , Ahad


#chefobie
#4ramadhan #resepiberbuka #resepibazaar #resepipau #resepipaumalaysia#resepiburgermalaysia #burgermalaysia #mgjconsultancy#kelasmasakanpopularchefobie #1439




















chef obie 

Profesional , Selebrity chef ,Gastronomy Consultant , Food Stylish ,
Properties Advisor For Hotel & Resorts