DIY KEK MARJERIN PELANGI ( Sukatan Cawan )- Chef Obie
Salam ,
Dalam kesibukan aktiviti harian , pasti ada diantara kita yang sedang memikirkan aktiviti hujung minggu mungkin bersama anak-anak ,bersama teman-teman mahupun bersama rakan sekerja , Apa kata korang buat pilihan lain sedikit dengan mengadakan aktiviti berbaking dengan mudah , asalkan korang ada oven atau ketuhar dan mixer . Kalau tak ade mixer wooden spatula atau senduk kayu pun ok selain bekas bowl dan ayak atau penapis tepung .Sebab apa korang bolehlah memilih untuk Berbaking Kek Zaman dulu-dulu iaitu KEK MARJERIN PELANGI sukatan cawan aje...
Bahan
1 cawan Marjerin Pelangi FGV
3/4 cawan Gula
5 biji Telur
1 1/2 cawan Tepung Gandum ( korang boleh hingga 3/4 cawan tepung lagi jika inginkan kek sedikit padat dan gebu )
1 sdt Baking Powder
1/2 sdt Garam
1 sdt Vanilla essen
Pewarna - Merah ,Hijau , Kuning Telur
3/4 cawan Gula
5 biji Telur
1 1/2 cawan Tepung Gandum ( korang boleh hingga 3/4 cawan tepung lagi jika inginkan kek sedikit padat dan gebu )
1 sdt Baking Powder
1/2 sdt Garam
1 sdt Vanilla essen
Pewarna - Merah ,Hijau , Kuning Telur
Rim @ loyang saiz 7/8/9 yg telah digris Dan Kertas Minyak/partchment paper/silikon paper
Cara Penyediaan :
1.Pukul Marjerin & Gula dan Vanilla essen Sehingga berubah warna .
2.Masukkan telur satu persatu-satu. Pastikan adunan lembut dan kembang.
3.Giliran bahan kering yg telah di ayak bersama iaitu Tepung Gandum Dan Baking powder
4.Anda boleh guna teknik kaup balik , chef terus pukul sebentar sahaja.
5.Adunan dibahagi kepada 4. 1 bahagian tanpa pewarna Dan 3 bahagian mewakili warna yg Ada.
6.Sudukan satu demi satu adunan mengikut kesukaan anda ke Dalam loyang yg telah digris Dan diletak Kertas minyak sehingga adunan selesai. ( Klasik Tidak Guna piping bag )
7.Bakar pada suhu 165-170'c selama 40-45 minit.
Kek Marjerin atau kek sukat cawan dulu-dulu ini amat popular apabila tiba musim perayaan , hampir di setipa rumah membaking kek mudah ini .
Selamat Mencuba
& Boleh Follow Chef Obie Di Facebook : chefobie untold,
mahupun di Instagram.
Selamat Mencuba
& Boleh Follow Chef Obie Di Facebook : chefobie untold,
mahupun di Instagram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan