Halaman

Selasa, 3 Mac 2020

RESEPI JUS KELADI ATAU JUS YAM BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE

RESEPI AIR JUS KELADI atau JUS YAM BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE

Assalammualaikum wbt , Tidak lama lagi Ramadhan bakal menjelma ,
Pasti ada yang cukup suka terutama anak-anak mahupun korang yang bekerja ni 
melayan mencari makanan pilihan untuk berbuka puasa nanti di BAZAAR RAMADHAN.

Ada yang mencari ayam percik ,ayam golek , kuih muih , nasi , lauk pauk dan sebagainya termasuklah minuman.



Bila cakap bab minuman pasti ada yang terbayang air blender , air katira mahupun air pelbagai jus dan kordial.Pasti ada yang suka dengan air bewarna ungu bersusu diatas ni ..iaitu AIR JUS KELADI.
Chef Obie nak share satu resepi air iaitu AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN yang sesuai sangat anda gunakan untuk berniaga dibazaar ataupun pasar malam.
Alhamdulillah sambutan anda yang mencari resepi air yam atau air keladi ini memberangsangkan juga dalam blog Chef Obie Ini jejak juga 7420 views pelawat  .Mungkin perkongsian chef ini kecil sahaja , tapi jauh harapan Chef Obie agar dapat membantu lebih ramai peniaga kecil menambah pendapatan.
Kalau anda ingin tahu sebalang AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE ini mampu menghasilkan pendapatan tidak kurang RM200 untuk 1 x balang sekiranya habis .Anda jual RM2 secawan plastik atau RM3 seplastik ikat mati.
Chef Obie juga pernah merasa 5 tahun berniaga air dan makanan di Bazaar Ramadhan Di Pandan Indah & Taman Mulia Ampang. Walau ketika itu masih terikat dengan Pekerjaan Tetap Di Salah Satu XXXX milik Petronas . Tetap steady..layan aje , hidup ni bukan tentang pangkat dan RM semata-mata  ,Tapi lebih kepada kepuasan , pengalaman dan perkongsian.

Harapan Chef Obie , Sukacita sekiranya Anda dapat bantu sharekan posting Info ini ke media facebook , whatsapp group mahupun medium lain yang sesuai - website anda , tweeter , instagram dan berkaitan. Terima kasih semoga ada kebaikan daripada perkongsian anda dan juga chef. " Sharing Is Caring " 



Bahan Utama

3 cawan Serbuk Perisa Keladi atau TAKO @ YAM FLAVOUR POWDER BAVARAGES ( Boleh dibeli dikedai pembekal bahan bakeri mahupun dipasaraya ) atau 1 botol pes
3 Tin Susu Pekat Manis ( Anda boleh tambahkan 2 tin lagi sekiranya anda guna air 20 liter )
2 kg  Gula Pasir
500 gm Coffemate ( option , boleh abaikan )
12 liter Air & Sedikit Air Panas ( Anda boleh tambah air mineral sehingga 20 liter )
6 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
 1 bag besar Ais sudah memadai )

Cara Penyediaan :

1.Campurkan serbuk minuman , gula , coffemate , susu pekat ke dalam satu bekas.

2.Masukkan air panas dan kacau sehingga semua bahan larut bersama.

3.Sediakan Ais separuh balang air.

4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar dan sipa untuk di jual.

5.Anda boleh tambahkan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim.

6.Ada pilihan air untuk anda niagakan , Dalam pada masa yang sama 

Sukacita Chef Obie  nak berkongsi informasi berkaitan dengan satu menu hidangan yang popular di Malaysia dan Singapore iaitu " Char Kuey Teow "
Sinonim dengan hidangan dari bangsa Cina. pasti dikepala otak korang terbayangkan mee putih nipis , leper bersaiz lebar dalam 1 sm.



Dari mana datangnya perkataan " Char Kuey Teow " ini ? Kalau korang nak tahu Ia merupakan loghat Bahasa Cina " Hokkien".Lebih tepat lagi, "炒粿條" disebut sebagai chha2-koe2-tiau5 dalam loghat Hokkien, dan cháo guǒtiáo dalam bahasa mandarin

Chef Obie cerita serba sedikit sejarah bagaimana datangnya menu masakan " Char Kuey Teow" ini .
Ia dicipta sebenarnya untuk pekerja-pekerja buruh ketika zaman buruh bermula, Di mana hidangan "Char Kuey Teow " ini asal basic dalam masakannya berasaskan lemak babi , ia dimasak dengan cara penggunaan lemak yang banyak untuk menghasilkan sumber tenaga dan nutrien ketika zaman itu. Selain ianya mudah dihidangkan.Yang pasti ia merupakan hidangan paling popular ketika itu kerana harga yang murah dan mengenyangkan.


Zaman buruh ketika itu , bahannya masih tidak tumpah seperti " Char Kuey Teow Hari ini " Iaitu kicap dan sos istimewa, cili, udang, kerang, telur, taugehh dan kucai cina. Kadangkala hirisan sosej cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat.
Zaman itu penjual " Char Kuey Teow " adalah terdiri daripada nelayan, petani dan pemungut kerang..apa ? Pemungut kerang ? Ya..Pemungut kerang..sebab tu korang pernah makan " Char Kuey Teow Kerang ! "sempoikan...Ia dihasilkan bersesuian dengan sumber alam yang terdekat dengan mereka.Iaitu kerang...selain pekerjaan mereka yang berconnection dan mudah menyemai kerang juga mendapatkan kerang secara semulajadi.
Di Malaysia , pemahaman berkaitan hidangan ini sering juga diperbahaskan . Kerana kebanyakan peminat-peminat " Char Kuey Teow " berpendapat -
Jika sebut Char Kuey Teow sahaja ....pasti mindset terbayang - Satu hidangan wok yang panas , Berkuah dan  Basah kicap sos udang , mee kuey teow , taugeh kucai , udang , telur dan kerang. jadi hidangan ini terbahagi kepada 2 rupa bentuk .

iaitu :


1. Kuey Teow Goreng

2.Char Kuey Teow ( Basah ) 

Sedia maklum maksud Char itu sendiri adalah goreng. Jadi sebenar-benar Char Kuey Teow adalah yang Goreng. Kena fahamlah sebab kite di Malaysia ini ada pelbagai bangsa seperti Melayu , India dan cina serta suku-suku kaum bumiputera yang lain.Selera dan tekak sentiasa memenuhi selera semua kaum ini. Itu terhasilnya Char Kuey Teow mestilah Basah dan berkuah .

Kalau nak order yang goreng kering atau garing..kena sebut Kuey Teow Goreng. Nampak tak di situ..istimewanya kita di malaysia. Maka terhasilah Char Kuey Teow Ipoh , Char Kuey Teow penang dan macam-macam transform yang kite jumpa. Yang jelas rasa Char kuey Teow tidak akan terlalu berlainan. Malah keaslian telah disesuaikan dengan biografi Malaysia yang majoriti rakyat beragama Islam. Maka tiadalah penggunaan minyak babi dalam hidangan ini sekiranya peniaga-peniaga di pasar malam mahupun restoren tertentu hidangkan. 

Manakala jika ia dimasak untuk hidangan rumah pasti versi pedas sebagai pilihan serta versi menumis turut digunakan dalam hidangan hotel versi buffet , gerai tepi jalan bawah pokok semua telah diubah dan disesuaikan citarasanya.Malah kombinasi hidangan ini juga tidak lengkap sekiranya ketiadaan Cili Jeruk dan Cili Potong berkicap !

Wujudnya kaki-kaki makan yang bijak dan pandai dalam menikmati sesuatu hidangan menjadikan " Char Kuey Teow " kembali muncul antara hidangan " PALING POPULAR" yang diterima ramai.

Walaweeeii....thats all..informasi yang sempoi disampaikan oleh Chef Obie , at least korang dah tahu serba sedikit sejarah asal usul hidangan popular ini ! Alang-alang dah berkongsi informasi yang berkaitan , sukacita Chef Obie nak sharingkan akan 


Iaitu antara Pilihan Bakal-bakal peniaga dan usahawan makanan tempatan Malaysia mahupun di Singapore. 
" CHAR KUEY TEOW "

Chef Obie & MGJ CONSULTANCY aktif menganjurkan dan mengadakan kelas masakan perniagaan ini sejak tahun 2012 hingga kini , beratus pelajar-pelajar telah mengikuti kelas-kelas kendalian chef yang berpusat di Bandar Baru Ampang, Selangor . Tidak jauh pun dengan Kuala lumpur 10 minit sahaja sampailah KLCC !

Sekiranya korang mungkin berminat tetapi ada sedikit kekangan masa , masalah kewangan mungkin , mahupun masalah lain yang sukar dijelaskan. Korang boleh cuba dahulu 

RESEPI CHAR KUEY TEOW CHEF OBIE untuk 2 orang makan 


Bahan Kicap Kuey Teow *

100 gm udang
2 cawan Air ( boleh extra 1/2 cawan lagi )
5 ulas bawang putih di ketuk
2 sbesar sos tiram
1 skecil kicap pekat
3 sbesar kicap manis
1 skecil petis
2 sbesar pati ikan bilis 
2 skecil garam 
1 sbesar gula

Bahan Kuey teow

180 gm kuey teow ( 2 orang makan , kalau nak lebihkan pun boleh selera korang nanti tak cukup lapor plak )
1 sb cili boh / cili giling 
Udang yang korang rebus tadi diguna balik
kerang kalau ada
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur , sorang satu biji
Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan :

Kicap Kuey Teow - Rebus udang dgn air.

Apabila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang

Campurkan semua bahan utk jadikan kicap kuey teow dgn air rebusan udang tadi,biar sehingga mendidih .Matikan api biarkan kicap kuey teow sejuk..



Masak Mee jika ada wok lebih bagus boleh try , jika tidak ada kuali tu pun bolehlah korang guna- Pertama sekali Tumis cili boh atau cili giling hingga garing. kemudian masukkan udang, Masukkan Kicap kuey teow, biar mendidih .



Kemudian masukkan Mee kuey teow , kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, didihkan lagi kacau dan bolehlah diangkat.

Proses memasak kuey teow ni dlm 4 minit kalau korang guna kuali biasa tapi kalau guna wok 1 minit adalah masa standard untuk masak, pastikan api yang agak kuat semasa memasak. Practice make it perfect ! 


Walau ia resepi yang kecil tapi ia boleh juga dijadikan panduan untuk newbie yang baru cuba-cuba nak memasak Char Kuey Teow dan memahirkan cara masak dan pandai merasa.Apabila anda pandai makan dan pandai memasak ia adalah satu BONUS untuk anda bermula sebagai peniaga dan usahawan Char Kuey Teow

" Perbezaan Resepi Sesuatu Jenis Masakan Untuk Perniagaan & Komersil Ianya Ada S.O.P -Standardize Resepi bersukatan tepat , Kuantiti Khas , Teknik , Penggunaan Bahan & Brand Yang Sesuai , Peralatan Yang Sesuai , Masa Penyediaan Yang Tepat Dan Banyak Lagi Ia memang berbeza dengan resepi-resepi yang dikongsikan dalam internet mahupun video youtube sedia ada - Sesuatu Yang Eksklusif Ianya Ada Nilai Dan Valuenya Tersendiri Ilmu Percuma Tidak Akan Sama Dengan Ilmu Berbayar " 


 

Hubungi MGJ CONSULTANCY




Tiada ulasan:

Catat Ulasan