( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )
#StayAtHome protect your community agains COVID 19
Syukur Alhamdulillah , hari ini berkesempatan Chef Obie menaip satu lagi resepi yang sesuai juga waktu MCO/ PKP ini , Iaitu " Nasi Minyak Hujan Panas Chef Obie " . Istimewanya kali ini gambar-gambar adalah dari photographer daddy cool , walau berusia 70an tetap sempoi suka support apa aje yang anaknya buat. Chef Obie kalau maemasak atau baking , daddy cool lah orang pertama akan ambil gambar...daddy cool atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Jamil , Instagram daddy - @_abg_jamil . Instagram daddy cool lebih kepada diari personalnya , simpan setiap moments yang ada untuk dikongsikan kepada anak cucunya satu hari nanti.
Berbalik kepada resepi , ia dicipta bersesuaian dengan Perintah Tinggal / Duduk Di Rumah . Kerana tidak semua bahan atau bekalan mentah complete didapur tu. Jadi chef sharingkan apa yang ada tapi masih juga mampu membuat nasi minyak hujan panas dengan baik dan sedap !
Bahan Utama ( Makan 4-5 orang )
1 1/2 - 2 cawan Beras Basmathi ( kalau tak ade jenis basmathi beras biasa pun boleh - jasmine , cap rambutan , cap masjid dan sebarang brand )
Air secukupnya ( korang guna nisbah 1 beras : 1 air - paras air dan beras mesti sama banyak tanak seperti nasi biasa )
1 biji bawang merah dimayang
2 inci Halia Tua
1 sdb Minyak Ghee Sapi ( kalau tiada boleh ganti marjerin atau butter )
1/3 cawan Minyak Masak
1 btg Kulit Kayu Manis
3 biji Buah pelaga
5 biji Cengkih
3/4 sdb Garam ( boleh kurangkan jika suka )
2 sdb Gula
1 sdb Chicken Stok ( Jika tiada boleh abaikan )
Pewarna - Kuning Telur , Hijau epal & Merah ( chef kali ni warna merah tiada so chef abaikan ) - boleh juga guna pati sirap rose jika tiada pewarna merah yea...chef pati sirap pun habis..kat rumah carbonate drinks yg banyak tau...takelok tu.
Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak - goreng bawang yang dimayang bersama minyak ghee , kayu manis , buah pelaaga , cengkih dan halia tua, ini bukan tumis tapi goreng bawang hingga garing ( seperti bawang goreng ). Matikan api. ( Chef tidak gunakan daun pandan kerana bekalan simpanan kehabisan ) tapi still boleh hasilkan nasi minyak yang wangi so anda sila follow proper seperti yang chef kongsikan ini.Ia Mudah
2. Cuci beras bersih , masukkan air , guna nisbah 1 beras : 1 air - paras air dan beras mesti sama banyak tanak seperti nasi biasa . Masukkan bahan gorengan tadi -
3.Perasakan dengan gula ,garam dan chicken stock , kacau mesra sebelum on cook. Kemudian tanak seperti menanak nasi putih , just on rice cooker . Simple..
4. Apabila rice cooker berbunyi menandakan telah masak , segera buka dan gemburkan nasi berhati hati , gunakan garfu atau spatula sesuai dimulai dari bahagian bibir tolak ke tengah.
5. letak 2 titis pewarna + 1 sdb air panas ( setiap warna asingkan ) , tuangkan atas nasi.
6. Tutup kembali rice cooker biarkan dalam mode warm , 10minit kemudiansiap untuk dihidang bersama dengan lauk pilihan Ayam Masak Merah mahupun lauk pilihan anda sendiri .
Kalau nak mencuba memasak yang lebih profesional dan berat , Korang boleh belajar atau menuntut ilmu dengan Chef Obie / MGJ CONSULTANCY.
Chef obie berpengalaman menyediakan hidangan-hidangan berat termasuk penyediaan aneka nasi sebanyak 20 ,000 pax untuk pelbagai lapisan masyarakat , tetamu VIP mahupun VVIP .So jangan segan hubungi Pihak Chef Obie.
Korang jangan lupa FOLLOW PAGE : BAZAAR CHEF OBIE untuk tidak terlepas dengan informasi-informasi menarik termasuklah pelbagai resepi dan hasil seni Chef Obie.
KELAS MASAKAN KATERING
YURAN /FEE : RM3000
Pesara / Ibu Tunggal / Penjaga memiliki Anak OKU : RM2500
*PILIHAN untuk setiap satu kategori menu adalah 1
Nasi Minyak Mewangi Raja Sehari / Hujan Panas atau
Nasi Beriani atau
Nasi Tomato atau Nasi Kabuli
Ayam Masak Merah atau Ayam Hijo atau
Ayam Beriani atau
Ayam Rendang Minang atau Ayam Masak Kuzi
Daging Masak Hitam Manis atau
Daging Kurma Berkentang atau
Rendang Daging
Kambing Beriani atau
Kambing Kuzi atau
Kari Kambing India Selatan atau
Kambing Vindaloo
Dalcha Sayur Mahameru
Dalcha Sayur Melayu
Dalcha Sayur Peranakan
Pajeri Nanas atau
Pajeri Terung atau
Pajeri Mentimun
Jelataah Mentah ( Percuma )
Intipati :
1.M.E.P Untuk ke semua Menu
2.Standard resepi Untuk Perniagaan Katering ( Buku Standard Resepi )
3.Tips-tips menyediakan hidangan katering untuk 10-1000 pax
4.Pelajar belajar secara hands on 1 to 1
5.Tips membeli bahan mentah dari pembekal dan cara membuat tempahan.
TESTIMONI PELAJAR *** Pelajar Kelas Masakan Katering #chefobie mampu melaksanakan katering perkahwinan 1000pax.
Wow , Chef Obie nak ucapkan Tahniah kepada anak didik chef iaitu akak Zura #kateringemas ,menyediakan hidangan katering kepada tetamu seramai 1000pax..lauk-pauk mengancam cepatlah surutnya..nice...
Kepada warga Klang & Shah Alam yang Memerlukan perkhidmatan katering
boleh hubungi
Akak Zura & KATERING EMAS by Rich 3 siblings hotline 0166349717 berpengkalan di Kota Raja ,Klang Selangor
boleh hubungi
Akak Zura & KATERING EMAS by Rich 3 siblings hotline 0166349717 berpengkalan di Kota Raja ,Klang Selangor
Hubungi MGJ CONSULTANCY
http://www.wasap.my/60172260719 Chef Obie
http://www.wasap.my/60169166010 PA Nesa
http://www.wasap.my/60137326939 Encik Fad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan