Halaman

Selasa, 14 April 2020

#StayAtHome : RESEPI AYAM MASAK MERAH CHEF OBIE - penggunaan bahan yang terhad ( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )

#StayAtHome : RESEPI AYAM MASAK MERAH CHEF OBIE - penggunaan bahan yang terhad 
( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP ) 


StayAtHome protect your community agains COVID 19


Syukur Alhamdulillah , hari ini berkesempatan Chef Obie menaip satu lagi resepi yang sesuai juga waktu MCO/ PKP ini , Iaitu " Pasangan kepada Resepi Nasi Minyak Hujan Panas Chef Obie - apa dia tu... RESEPI AYAM MASAK MERAH CHEF OBIE " .Sama Istimewanya kali ini gambar-gambar adalah dari photographer daddy cool , walau berusia  70an tetap sempoi suka support apa aje yang anaknya buat. Chef Obie kalau maemasak atau baking , daddy cool lah orang pertama akan ambil gambar...daddy cool atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Jamil , Instagram daddy - @_abg_jamil . Instagram daddy cool lebih kepada diari personalnya , simpan setiap moments yang ada untuk dikongsikan kepada anak cucunya satu hari nanti.

Berbalik kepada resepi , ia dicipta bersesuaian dengan Perintah Tinggal / Duduk Di Rumah . Kerana tidak semua bahan atau bekalan mentah complete didapur tu. Jadi chef sharingkan apa yang ada tapi masih juga mampu membuat nasi Ayam Masak Merah dengan baik dan sedap !



 Bahan Utama ( Makan 6 orang )

1/2 ekor Ayam Daging  Potong 6 yang telah digoreng dengan garam & kunyit 
1 biji Ubi Kentang dipotong wedges dan digoreng 
1/3 cawan Minyak Masak
1 cawan Bawang Merah kisar
3/4 cawan Cili Kisar ( jika tiada cili kering boleh guna cili merah segar )
1 cawan tomato kisar + 3 sdb Tomato sos
1 biji Tomato merah potong wedges
1 sdt serbuk kunyit
1 btg Kulit Kayu Manis
2 biji Bunga Lawang
1/2 cawan gula
1/2 sdb Garam
1 sdb Chicken Stock ( jika tiada boleh abaikan , kalau korang suke guna perasa aji terpulang boleh gunakan )
Sedikit kacang peas tin ( jika tiada boleh abaikan , gantikan daun bawang atau daun sup )
* kalau ada daun pandan , sila guna daun pandan tua dalam 4 helai dan diikat - chef tak ade daun pandan waktu menyediakan masakan . Malah tidak sama sekali menggunakan serai untuk ayam masak merah ini.

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak , Masukkan kulit kayu manis , bunga lawang dan tumiskan bahan kisar seperti bawang merah , cili kisar dan tomato kisar + 3 sdb Sos Tomato.


2.Kacau mesra sehingga pecah minyak , masukkan serbuk kunyit kacau sebentar , diikuti ayam goreng dan kentang goreng.


3.Setelah dikacau mesra bahan-bahan tadi , masukkan gula dan bahan perasa yang lain. Kemudian masukkan hirisan bawang holland , tomato wedges dan diakhiri dengan kacang peas .




4.Lebih kurang 3-4 minit matikan .


5.Ayam masak merah yang telah siap dimasak , boleh di hidangkan letak dalam mangkuk atau plate pilihan anda. Boleh nikmati bersama NASI MINYAK HUJAN PANAS CHEF OBIE .

6.Chef harap korang semua boleh mencuba memasak menu Ayam Masak Merah sendiri , jangan takut untuk mencuba , cubalah sehingga hasil yang memuaskan . Waktu PKP sebenarnya banyak membentuk sesiapa sahaja mampu berdikari lagi-lagi hal masak memasak ni , cubalah resepi yang mudah dan terbaik.

Kalau nak mencuba memasak yang lebih profesional dan berat , Korang boleh belajar atau menuntut ilmu dengan Chef Obie / MGJ CONSULTANCY. 

Chef obie berpengalaman menyediakan hidangan-hidangan berat termasuk penyediaan aneka nasi sebanyak 20 ,000 pax untuk pelbagai lapisan masyarakat , tetamu VIP mahupun VVIP .So jangan segan hubungi Pihak Chef Obie.





KELAS MASAKAN KATERING 
YURAN /FEE : RM3000 
Pesara / Ibu Tunggal / Penjaga memiliki Anak OKU : RM2500

*PILIHAN untuk setiap satu kategori menu adalah 1

Nasi Minyak Mewangi Raja Sehari  / Hujan Panas atau
Nasi Beriani atau
Nasi Tomato atau Nasi Kabuli

Ayam Masak Merah atau Ayam Hijo atau
Ayam Beriani atau
Ayam Rendang Minang atau Ayam Masak Kuzi

Daging Masak Hitam Manis atau 
Daging Kurma Berkentang atau
Rendang Daging

Kambing Beriani atau
Kambing Kuzi atau
Kari Kambing India Selatan atau 
Kambing Vindaloo

Dalcha Sayur Mahameru
Dalcha Sayur Melayu
Dalcha Sayur Peranakan

Pajeri Nanas atau 
Pajeri Terung atau 
Pajeri Mentimun

Jelataah Mentah ( Percuma )

Intipati :

1.M.E.P Untuk ke semua Menu
2.Standard resepi Untuk Perniagaan Katering ( Buku Standard Resepi )
3.Tips-tips menyediakan hidangan katering untuk 10-1000 pax
4.Pelajar belajar secara hands on 1 to 1
5.Tips membeli bahan mentah dari pembekal dan cara membuat tempahan.


TESTIMONI PELAJAR *** Pelajar Kelas Masakan Katering #chefobie mampu melaksanakan katering perkahwinan 1000pax.



  
 


Wow , Chef Obie nak ucapkan Tahniah kepada anak didik chef iaitu akak Zura #kateringemas ,menyediakan hidangan katering kepada tetamu seramai 1000pax..lauk-pauk mengancam cepatlah surutnya..nice...
Kepada warga Klang & Shah Alam yang Memerlukan perkhidmatan katering
boleh hubungi
Akak Zura & KATERING EMAS by Rich 3 siblings hotline 0166349717 berpengkalan di Kota Raja ,Klang Selangor

Hubungi MGJ CONSULTANCY



Tiada ulasan:

Catat Ulasan