CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 13 April 2020

#StayAtHome : RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS CHEF OBIE - penggunaan bahan yang terhad ( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )

#StayAtHome : RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS CHEF OBIE - penggunaan bahan yang terhad 
( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP ) 


#StayAtHome protect your community agains COVID 19


Syukur Alhamdulillah , hari ini berkesempatan Chef Obie menaip satu lagi resepi yang sesuai juga waktu MCO/ PKP ini , Iaitu " Nasi Minyak Hujan Panas Chef Obie " Istimewanya kali ini gambar-gambar adalah dari photographer daddy cool , walau berusia  70an tetap sempoi suka support apa aje yang anaknya buat. Chef Obie kalau maemasak atau baking , daddy cool lah orang pertama akan ambil gambar...daddy cool atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Jamil , Instagram daddy - @_abg_jamil . Instagram daddy cool lebih kepada diari personalnya , simpan setiap moments yang ada untuk dikongsikan kepada anak cucunya satu hari nanti.

Berbalik kepada resepi , ia dicipta bersesuaian dengan Perintah Tinggal / Duduk Di Rumah . Kerana tidak semua bahan atau bekalan mentah complete didapur tu. Jadi chef sharingkan apa yang ada tapi masih juga mampu membuat nasi minyak hujan panas dengan baik dan sedap !



 Bahan Utama ( Makan 4-5 orang )

1 1/2 - 2 cawan Beras Basmathi ( kalau tak ade jenis basmathi beras biasa pun boleh - jasmine , cap rambutan , cap masjid dan sebarang brand )
Air secukupnya ( korang guna nisbah 1 beras : 1 air - paras air dan beras mesti sama banyak tanak seperti nasi biasa ) 
1 biji bawang merah dimayang
2 inci Halia Tua
1 sdb Minyak Ghee Sapi ( kalau tiada boleh ganti marjerin atau butter )
1/3 cawan Minyak Masak
1 btg Kulit Kayu Manis
3 biji Buah pelaga
5 biji Cengkih
3/4 sdb Garam ( boleh kurangkan jika suka )
2 sdb Gula 
1 sdb Chicken Stok ( Jika tiada boleh abaikan )
Pewarna - Kuning Telur , Hijau epal & Merah ( chef kali ni warna merah tiada so chef abaikan ) - boleh juga guna pati sirap rose jika tiada pewarna merah yea...chef pati sirap pun habis..kat rumah carbonate drinks yg banyak tau...takelok tu.

Cara Penyediaan :

1. Panaskan minyak - goreng bawang yang dimayang bersama minyak ghee , kayu manis , buah pelaaga , cengkih dan halia tua, ini bukan tumis tapi goreng bawang hingga garing ( seperti bawang goreng ). Matikan api. ( Chef tidak gunakan daun pandan kerana bekalan simpanan kehabisan ) tapi still boleh hasilkan nasi minyak yang wangi so anda sila follow proper seperti yang chef kongsikan ini.Ia Mudah


 2. Cuci beras bersih , masukkan air , guna nisbah 1 beras : 1 air - paras air dan beras mesti sama banyak tanak seperti nasi biasa . Masukkan bahan gorengan tadi -


3.Perasakan dengan gula ,garam dan chicken stock , kacau mesra sebelum on cook. Kemudian tanak seperti menanak nasi putih , just on rice cooker . Simple..


4. Apabila rice cooker berbunyi menandakan telah masak , segera buka dan gemburkan nasi berhati hati , gunakan garfu atau spatula sesuai dimulai dari bahagian bibir tolak ke tengah.


5. letak 2 titis pewarna + 1 sdb air panas ( setiap warna asingkan ) , tuangkan atas nasi.


6. Tutup kembali rice cooker biarkan dalam mode warm , 10minit kemudiansiap untuk dihidang bersama dengan lauk pilihan Ayam Masak Merah mahupun lauk pilihan anda sendiri .


 7.Mudah kan cara penyediaannya , Goreng garing bawang dan bahan ,kemudia tanak terus bersama nasi , tiada penggunaan serai , daun pandan , susu cair bagai...jimat dan elegant hasilnya. Ini Chef harap korang semua boleh mencuba masak nasi minyak sendiri , jangan takut untuk mencuba , cubalah sehingga hasil yang memuaskan . Waktu PKP sebenarnya banyak membentuk sesiapa sahaja mampu berdikari lagi-lagi hal masak memasak ni , cubalah resepi yang mudah dan terbaik.

Kalau nak mencuba memasak yang lebih profesional dan berat , Korang boleh belajar atau menuntut ilmu dengan Chef Obie / MGJ CONSULTANCY. 

Chef obie berpengalaman menyediakan hidangan-hidangan berat termasuk penyediaan aneka nasi sebanyak 20 ,000 pax untuk pelbagai lapisan masyarakat , tetamu VIP mahupun VVIP .So jangan segan hubungi Pihak Chef Obie.






KELAS MASAKAN KATERING 
YURAN /FEE : RM3000 
Pesara / Ibu Tunggal / Penjaga memiliki Anak OKU : RM2500

*PILIHAN untuk setiap satu kategori menu adalah 1

Nasi Minyak Mewangi Raja Sehari  / Hujan Panas atau
Nasi Beriani atau
Nasi Tomato atau Nasi Kabuli

Ayam Masak Merah atau Ayam Hijo atau
Ayam Beriani atau
Ayam Rendang Minang atau Ayam Masak Kuzi

Daging Masak Hitam Manis atau 
Daging Kurma Berkentang atau
Rendang Daging

Kambing Beriani atau
Kambing Kuzi atau
Kari Kambing India Selatan atau 
Kambing Vindaloo

Dalcha Sayur Mahameru
Dalcha Sayur Melayu
Dalcha Sayur Peranakan

Pajeri Nanas atau 
Pajeri Terung atau 
Pajeri Mentimun

Jelataah Mentah ( Percuma )

Intipati :

1.M.E.P Untuk ke semua Menu
2.Standard resepi Untuk Perniagaan Katering ( Buku Standard Resepi )
3.Tips-tips menyediakan hidangan katering untuk 10-1000 pax
4.Pelajar belajar secara hands on 1 to 1
5.Tips membeli bahan mentah dari pembekal dan cara membuat tempahan.



TESTIMONI PELAJAR *** Pelajar Kelas Masakan Katering #chefobie mampu melaksanakan katering perkahwinan 1000pax.



  
 


Wow , Chef Obie nak ucapkan Tahniah kepada anak didik chef iaitu akak Zura #kateringemas ,menyediakan hidangan katering kepada tetamu seramai 1000pax..lauk-pauk mengancam cepatlah surutnya..nice...
Kepada warga Klang & Shah Alam yang Memerlukan perkhidmatan katering
boleh hubungi
Akak Zura & KATERING EMAS by Rich 3 siblings hotline 0166349717 berpengkalan di Kota Raja ,Klang Selangor


Hubungi MGJ CONSULTANCY





Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign