CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 30 Oktober 2016

Nota Hari Ini : Tak Makan Nasi Ganti Yee Mee


Masih dalam landasan yang betul,
balance lauk masak lemak cili api ayam masih ada..
dipanaskan dan terbuka untuk ahli family yang berminat
makan pedas-pedas untuk dinner...

Apa pun chef teringin makan awal sikit ,
tengok bahan-bahan untuk
Menu Yee Mee ada dalam peti sejuk mak abah ,
Apa lagi.. masak lah !
Sukatan chef 1 senduk aje , bersama ais kosong dan air sarsi kurang manis..
bolehlah..

Bolehlah layan gegar vaganza..


 

Terima Kasih

Resepi Maruku Cheese Mixed Meletop


 
MARUKU CHEESE MIXED MELETOP !

Bahan Utama

1 Bungkus@paket TEPUNG PULUT
100 gm cream cheese/cheedar kraft / cheese block
100 gm Gula Aising
3 biji Telor
2 sudu besar Serbuk Stok Ayam @ perasa
180 gm Air sejuk

*1/2 paket kacang hijau goreng
Suku cawan Kacang Tanah goreng 

Cara Penyediaan :

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk,Uli sehingga sebati dan menjadi doh.

2.Masukkan doh maruku ke dlm acuan maruku dan goreng dgn api sederhana.

3.Siap goreng toskan,campurkan dengan kacang hijau goreng dan kacang tanah goreng.

4.Siap untuk dinikmati..nak guna untuk berniaga pun boleh.
Selamat Mencuba & Happy Depavali utk Anda yg menyambutnya.

Tips chef - Untuk menggoreng maruku sebaiknya menggunakan kuali India.Suhu kepanasannya setara & standard mengikut kemahuan tukang masak




FOLLOW MY IG : chef_obie_official

Terima Kasih

Nota Hari Ini : Mencuba Mendisiplinkan Makan Tengah Hari


Nampak tak hidangan dalam gambar di atas ?
Chef selesai masakan menu request dari mak dan abah .
Dugaan seperti biasa..masakkan penuh lemak , dan cukup rasa yang enak !
* Apa yang perlu chef ambil nasi sesenduk , sedikit kuah masak lemak cili api , 1 ekor ikan kembong goreng, seketul cendawan goreng , dan sedikit sayur sawi batang putih.


Menu tengah Hari ni..

1. Nasi Putih

2.Ayam Masak Lemak Cili Api
+ Belimbing Buloh + Cendawan Tiram 

3.Ikan Kembong & Ayam goreng Kunyit

4.Sayur Sawi Batang Putih

5. Sambal Belacan , Sambal Kicap

Side lain- adik ipar ada masak Cendawan Goreng,
ikan tenggiri pekasam goreng bawang dan cili serta
Ais Krim Paddle Pop ( dalam peti ais )

*chef tak jadi masak telur dadar...dah macam-macam ado...



Paling melampau , adik chef ada buat Air sirap bandung Ais krim Soda..

Sadiskan...

chef masih mampu mengawal makannya , aiskrim paddle pop satu sudu besar aje , secubit ikan tenggiri pekasam , dan segelas air sirap bandung ais krim soda....huuuu..
Tengah hari tak apa lagi... jangan makan malam sudah..nampak gaya senaman pemanas badan petang ni perlu dilakukan...



Terima Kasih

Nota Hari Ini : Mula Mengambil Makanan Mengikut Sukatan Diet Sihat

Mula Mengambil Makanan Mengikut Sukatan Diet Sihat

Pagi hari ini chef di rumah mak abah 
@telokpanglimagarang 


Pagi-pagi masakkan bee hoon goreng tak pedas untuk mak dan anak buah ,
adik chef pula beli tambahan menu pebretnya- Roti canai , Kuih keria dan donut.

730 pagi - Masak Bee Hoon Goreng bersama Chicken meatball dan udang saiz sederhana, Dan air Teh O panas kurang manis.
Tambahan Roti Canai , Kuih Keria Dan donut.

* chef ambil satu senduk bee hoon goreng , sebiji kuih keria , setengah biji donut dan 1 cawan air teh o kurang manis.
Dan chef cuba minum air kosong lebih sedikit.

chef mula mengemas bilik tidur belakang , sebelum memulakan untuk masak tengah hari.
Mak abah request menu

- Nasi Putih
- Ayam Masak Lemak Cili Api
- Sayur Goreng Sawi Batang Putih
- Telur Dadar
- Sambal Belacan 
- Sambal Kicap

Nampak gaya ujian chef untuk cuba tidak mengambil masak lemak cili api ayam yang boleh bikin diet chef rosak ni....

kite tunggu aje tengah hari ini...

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign