CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 17 Februari 2014

Apa Itu Pulled Sugar atau Pulling Sugar

haaa...
kepada korang yang ingin tahu ape itu..
pulled sugar atau pulling sugar..

Bagi mereka yang berada dalam industri pastri , bakeri dan konfeksionari..
biase la die orang dengar atau pun tahu untuk membuat pulled sugar ni...
Kebiasaannya ia hanya digunakan untuk hiasan table buffet di hotel,pada hiasan kek mahupun pastri atau pun untuk pertandingan.
Ia nya dihasilkan dalam pelbagai bentuk , dan kebiasaannya hanya pastry chef atau eksekutif pastri chef akan membuat pulled sugar ni.

yup... ianya memerlukan minat dan ade seni dalam pembuatan pulled sugar ni, teknik membuat pulled sugar juga agak merbahaya,
dan memerlukan tempat yang betul-betul safety untuk membuatnye, maklumlah ianya dihasilkan daripada gula pasir yang di masak
bersama dengan sugar syrup dan air serta bahan tertentu..
jadi korang boleh bayangkan jika terkena serpihan pulled sugar ni pada kulit... tak dapek r den nak nolong!
Bie sempatlah menuntut ilmu ni pada sifu golden hands executive pastry chef mahmood... 10 tahun yang lalu...
terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menurunkan ilmu ni pada bie yang agak kehingusan pada waktu tu...
Semoga Allah swt sentiasa memberkati chef mahmood.


pulled sugar @ pulling sugar...


sebahagian gambar courtesy google


Terima Kasih

Sejarah Salad atau Lettuce

Assalammualaikum wbt,

waaa...sukenye bile bie nak citer cket pasal salad @ lettuce.
penggemar salad korang perlu take noted..
kepada yang kurang gemar pun perlu juge take noted..
sebabnye? korang sendiri baca la.... banyak kebaikannya pada tubuh badan kite..

selamat melayan...


Salad @ lettuce nama saintifiknya- Lactuca sativa

Merupakan dalam keluarga daisi Asteraceae. Salad selalunya tumbuh sebagai sayur sayuran berdaun. Di kebanyakan negara, salad dimakan sejuk dan mentah di dalam hidangan salad, hamburger, taco, lain lain hidangan. Di beberapa tempat, seperti di China, salad selalunya dimakan dengan memasak dan pentingnya batang pada sayuran sama seperti pentingnya daun. Nama Inggeris dan nama Latin bagi genusnya asalnya diambil daripada perkataan lac, perkataan Latin untuk "susu",[1] merujuk kepada jus tumbuhan tersebut yang "bersusu". Salah dijelaskan sejak berabad yang lalu sebagai sejenis tumbuhan penyejuk yang seimbang kepada bahan-bahan lain yang dicampurkan dalam salad.

Jenis- jenis Salad @ lettuce

Lettuce memiliki beberapa variasi atau jenis dengan bentuk yang berbeza-beza. Beberapa jenis lettuce ialah :
head lettuce atau orang-orang dapur hotel panggil ' iceberg lettuce',
butterhead lettuce,
leaf lettuce,
romaine lettuce
dan celtuce.


Head Lettuce @ iceberg lettuce... ni biase korang jumpe dalam burger!


Butterhead Lettuce juga boleh didapati dalam bentuk yang comel - babybutter lettuce


Leaf Lettuce atau korang biase jumpe kat pasaraya dengan panggilan crispy lettuce ( campuran beberape jenis lettuce antaranya rocket lettuce , rolla rossa red & green )


Romaine Lettuce yang biase korang jumpe dalam caesar salad


Kebaikan Makan Lettuce

1.Zat besi yang membantu mengurangi lemak dengan cepat.

2.Mengandungi beta karoten yang berfungsi melawan Kanser (kolon dan ektum), penyakit jantung dan penuaan .

3.Mengandung vitamin B kompleks untuk mempertahankan kesihatan rambut, kuku, dan kulit.

4.Lettuce juga dapat digunakan sebagai penawar sembelit.( pelawas )

Daun salad @ lettuce bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.
Peranannya bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Salad lettuce yang kita lihat hari ini sebenarnya datang daripada rumput-rumpai yang dijumpai disekitar Mediterranean. Dihidangkan sejak lebih daripada 4500 tahun dahulu, daun salad sememangnya telah tercatt dalam sejarah- seperti yang dilihat pada lakaran-lakaran makam di Mesir sehinggalah kepada penggambaran beberapa jenis dalam bahan peninggalan sejarah Greek.
Christopher Columbus telah memperkenalkan daun salad kepada dunia moden...

Ilmu Penggunaan Lettuce semakin meluas dan pelbagai variasi telah muncul...
dari teknik membuat salad dirumah hinggalah ke dapur professional...

peace yo!

Kredit :
Ensiklopedia , gambar courtesy google & pengalaman

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign