CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 8 Jun 2017

RESEPI KUIH KOCI POPULAR CHEF OBIE




Masih dalam bulan penuh keberkatan ni , bie ingin beramal jariah dengan berkongsi sedikit ilmu berniaga di bazaar ramadhaan mahupun pasar malam .
Korang boleh cuba yea..Tapi kalau korang nak share resepi ni sama ada dalam group masakan korang tu mahupun dalam blog dan website sendiri jangan lupa sila kredit pada chef yea..hahaha...


RESEPI KUIH KOCI POPULAR CHEF OBIE


Bahan

110gm Tepung Pulut
110gm Tepung Pulut Hitam
Air secukupnya
1sudu kecil Garam

Bahan Inti


1 biji Kelapa Parut
1 ketul Gula Melaka
2 sudu besar Gula Pasir
1 cawan Air
3 helai Daun Pandan
1 sudu besar tepung gandum

Cara Penyediaan :

1-Masak gula melaka sehingga menjadi karamel ,masukkan air sedikit demi sedikit kemudian masukkan kelapa parut + daun pandan , kacau sehingga kering.Akhir sekali masukkan tepung gandum.sejukkan dan bulat2kan.

2-Satukan bahan tepung pulut,tepung pulut hitam dan air,kepalkan sehingga menjadi bebola,masukkan inti dan bungkus dengan daun pisang yg telah dilayur dan diletakkan sedikit minyak,bungkus seperti nasi lemak.

3-kukus sehingga masak , resepi ini telah dikongsikan dalam MAJALAH SAJI 











Terima Kasih

RESEPI GADO GADO DAN KUAH PECAL CHEF OBIE


Masih dalam bulan penuh keberkatan ni , bie ingin beramal jariah dengan berkongsi sedikit ilmu berniaga di bazaar ramadhaan mahupun pasar malam .
Korang boleh cuba yea..Tapi kalau korang nak share resepi ni sama ada dalam group masakan korang tu mahupun dalam blog dan website sendiri jangan lupa sila kredit pada chef yea..hahaha...

RESEPI GADO-GADO & KUAH PECAL CHEF OBIE
Bahan-bahan perlu disediakan dahulu, kisar dan simpan. Bila hendak makan boleh campurkan air panas, garam, gula dan air asam jawa Iaitu

Bahan kuah pecal :

2 1/2 cawan kacang tanah - digoreng 10 tangkai cili kering - digoreng
1 genggam ikan bilis atau udang kering - digoreng garing
1 sudu besar udang kering tanpa kulit - digoreng garing
1 inci belacan - digoreng
1 bunga bawang putih - digoreng
2 sudu besar bawang goreng
Air asam jawa secukupnya
1/2 inci sedikit CEKUR
Air Panas
Garam dan gula pasir @ gula merah secukupnya ( boleh lebihkan gula )
Cara Penyediaan :
Kisar cili kering goreng, cekur ,bawang goreng,bawang putih, ikan bilis goreng, udang kering goreng kemudian dikisar sehingga halus.( guna pengisar bahan kering ) Campurkan dengan kacang tanah yang telah kisar dan gaulkan rata. apbila nak makan, campur air panas secukupnya dan tambah air asam jawa sedikit dan letak garam dan gula secukup rasa. Masak atau panaskan seketika diatas api sehingga mendidih dan pekat.mudah kan..

Bahan untuk Gado-gado


Sayur Kobis - dipotong dan dicelur Kacang Panjang - dipotong dan dicelur Telur rebus
Taugeh- dicelur
Tempe- dipotong dan digoreng ( option- jika ada )
Tauhu - dipotong dan digoreng Sengkuang @ mangkuang cina - dicuci bersih dan dipotong halus
Sayur Kangkong - dicuci bersih dan dicelur
Nasi Impit - ( option jika ada )

Boleh cuba resepi chef obie ini , resepi diatas biasa digunakan chef obie di hotel untuk salah satu menu lunch buffet & dinner !

Selamat Maju Jaya Follow chef obie di IG : chef_obie_official FB : chefobie untold Pagechefgunawanmalaysia.blogspot.com

#takhensemmanistuade #lelakipunnakscrub#kelipkelip #ebookmasakankekpastridanbakeri#kelaswesternfood #kelaskek #kelaspastri#kelasbakeri #resepimudah


Dapatkan ebook masakan , kek , pastri dan bakeri popular Sekarang ! Pelanggan ebook kami global termasuk Dari Brunei , Indonesia & Singapore 

Whatsapps / Telegram / Line
0172260719
chef obie



Terima Kasih

RESEPI LAMB BLACK PEPPER BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE


Masih dalam bulan penuh keberkatan ni , bie ingin beramal jariah dengan berkongsi sedikit ilmu berniaga di bazaar ramadhaan mahupun pasar malam .
Korang boleh cuba yea..Tapi kalau korang nak share resepi ni sama ada dalam group masakan korang tu mahupun dalam blog dan website sendiri jangan lupa sila kredit pada chef yea..hahaha...

LAMB BLACK PEPPER BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE

Bahan 

5 kg Lamb shoulder
100 gm Black Pepper Corn ( dikisar )
2 liter Air Rebusan Ayam
3 kiub Pati Lembu @ Ayam
1 helai Daun Bay
1 bunga Bawang putih ( dikisar )
1 senduk Mentega @ Marjerin
1 senduk Tepung Gandum
5 sudu besar Kicap Karamel
3 sudu besar gula
1 sudu bedar garam
1/2 cawan jus lemon @ lime
4 biji Capsicum dimayang kasar ( option )
4 biji Bawang Hollang potong dadu besar ( option )

* sediakan sedikit hirisan kobis atau coleslaw

Cara Penyediaan :

Masak Black Pepper Sos Bazaar -
1.Panaskan mentega @ marjerin , tumis bawang putih dan lada hitam , kemudian masukkan tepung dan kacau sehing berketul.* kalau nak HOT lagi boleh tambah penggunaan black pepper.

2.Masukkan Air Rebusan dan daun bay, kacau dan biar mendidih.Masukkan pati kiub, gula , garam & kicap karamel

3.Kacau mesra sehingga sedikit memekat.Matikan api dan masukkan jus.

Cara grill lamb - lamb di marinated terlebih dahulu dgn sedikit garam vakum. Dan panaskan grill pan dengan sedikit minyak , suaunkan lamb2 shoulder atas grill pan yg telah cukup panas. PASTIKAN korang grill dgn api yg kuat. LAMB perlu ade sedikit hangus di bahagaian lemak & tulang
Apabila korang dah bolak balikkan lamb, senduk dan curahkan blackpeper sos yg telah siap dalam 3@4 senduk ke atas lamb grill. Taburkan capsiccum dan bawang holland ( option - jika ade lg syok..jika korang kosting..tak payah letak )

Siap utk dijual - 1 bekas lamb blackpepper korang letak side hirisan kobis @ coleslaw .Korang boleh jual 1 bekas RM10.

#takhensemmanistuade #lelakipunnakscrub#kelipkelip #resepimasakan #kelaswesternfood#kelaskek #kelaspastri #kelasbakeri#ebookmasakankekpastridanbakeri#57resepimenubazaarramadhan2017


Dapatkan ebook masakan , kek , pastri dan bakeri popular Sekarang ! Pelanggan ebook kami global termasuk Dari Brunei , Indonesia & Singapore 

Whatsapps / Telegram
0172260719
chef obie

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign