CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 22 November 2012

Resepi Pop Corn Caramel

Salam obie hari ini ingin berkongsi resepi kepada anda, bagaimana membuat pop corn caramel, popcorn yang enak dimakan sewaktu menonton wayang.Mmmm obie baru minggu lepas menonton Skyfall 007 jame bond.. sambil makan pop corn..popcorn yang sedap MBO cinemas punye..,
kalau cinema pop corn obie memang suka Mbo Cinema, yang lain tu obie suka juga, selain pop corn mbo cinema, obie suka pop corn garret di klcc...pic ini adik obie - kamal & ayahanda...lepas melayan garret popcorn shops.
Kemas dan menarik packaging popcorn garret... ok lah, obie berkongsi resepi popcorn caramel kepada anda , semoga anda boleh buat dirumah yea.. RESEPI 1 cawan Mentega ( salted )// 2 cawan Gula Perang ( Brown Sugar )// 1/2 cawan Corn Syrup// 1/2 sudu kecil garam// 1/2 sudu kecil Baking soda// vanilla extract / essence// 5 quart Popped pop corn// Cara 1.Panaskan Oven pada suhu 250F ( 95'C ) letakkan popcorn dalam Bowl yang besar. 2. Gunakan saucepan medium , cairkan / masak mentega, gula perang,corn syrup dan garam kacau perlahan dan tanpa perlu mengacau selama 4 minit untuk memastikan bahan telah cair dan telah boil ( menggelegak ).Apabila telah menggelegak alihkan saucepan daripada api.masukkan Soda dan Vanilaa extract dan kacau. 3.Tuangkan perlahan-lahan, dengan memastikan caramel yang dituang dapat meliputi popcorn.Gaul mesra popcorn dengan caramel .Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan.Setiap 15 minit perlu keluarkan dari oven sebentar untuk mengacau popcorn.Masa masak 1 Jam. Apabila selesai, keluaarkan popcorn ke tempat sejuk dan pecah-pecahkan gumpalan popcorn, menjadi butir popcorn yang cantik. Selamat mencuba.
Pop corn caramel... jika anda ada resepi pop corn juga boleh la sharing juga..amat dialu-alukan..terima kasih

Terima Kasih

Cerita Seram -seram cemas

Salam, obie suka dengan cerita seram sebegini, semoga enjoy..selamat melayan...
Kawan aku nama dia Fauzi Solichin tinggal di Seri Alam , Masai, Johore..( tapi nama manja die Poji ).. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak pergi ke bukit seri alam nie.. then sampai kat satu tasik..tasik seri alam nama die.. depan tasik nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih & ada corak bunga matahari dan hello kitty lagi..pompuan tu tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai lepas bukit seri alam. So yang kawan aku Poji nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje ( wangi macam perfume avon )..Then Poji nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit , poji nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so Poji paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil. Esok tu Poji pegi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto poji nie.. Dalam keadaan seram sejuk poji nie teruskan aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit semalam.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu Poji , si Poji nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Poji cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini la...." heee.... Semoga terhibur yea... terima kasih kepada blogger yang memberi inspirasi idea kepada obie untuk buat cerita seram poyo-poyo ini mungkin lebih kurang sama , watak yang berbeza..., idea tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati, jika ada tu kebetulan aje sama.. wassalam

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign