CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 16 Mac 2020

Perbezaan Sour Cream Dan Yogurt

PERBEZAAN SOUR CREAM DAN YOUGURT

Assalammualaikum wbt ,



Syukur diberi kelapangan dan semangat untuk menulis sedikit perkongsian ilmu dapur. Kini semakin ramai surirumah , online baker mahupun netizen-netizen yang aktif mencuba pelbagai menu dan jenis hidangan mahupun baking. 

Dengan terdedahnya kepada media dengan pelbagai rancangan masakan tempatan mahupun luar negara , perkongsian video melalui youtube , whatsapp dan sebagainya lagi. Ilmu masakan itu sedikit sebanyak sampai kepada komuniti , walau bukan 100% ianya tepat.


Pagi ini Chef Obie Hanya ingin berkongsi Info Perbezaan Sour Cream Dan Yogurt . Yang pasti dikalangan kite telah biasa mendengar atau menggunakannya . Malah ada yang menganggap Sour Cream Dan Yogurt adalah sama dari segi fungsinya. Yang pasti " Sour Cream "  ini kebiasaannya ada dalam masakan barat  dan eropah . Terutama sebagai dressing salad, sebagai perasa masam dalam masakan mahupun dalam baking dan yang berkaitan. Manakala " Yogurt " atau dadih pula terdapat pelbagai jenis dipasaran , ada yang plain ( rasa asli ) dan ada yang berperisa .

Sebagai contoh - Dalam membuat cheesecake dalam resepinya itu memerlukan penggunaan " Sour Cream " , tetapi anda tidak ada " Sour Cream " ketika itu ,maka anda pun membuat keputusan untuk menggantikan bahan lain selain " Sour Cream " iaitu Anda ganti kepada " Yogurt " . Adalah sama sekali kesilapan dalam penggunaan atau penggantian " Sour Cream kepada Yogurt " - Dari segi kemasaman juga ketara berbeza apatah lagi teksturnya.

Mengapa Chef Obie kata begitu ?



Sour Cream atau dikenali dengan Krim Masam

Ciri-cirinya ialah rasa masamnya yang ringan berbanding yogurt , tekstur pekat agak kental sedikit. ia dihasilkan dari tenusu , Penghasilannya yang kaya dengan lemak susu antara 20 hingga 35 %  . Penghasilan melalui proses fermentasi atau penapaian bersama bakteria asid lactic . Bakteria ini secara semulajadi akan menjadikan ia pekat dan rasa yang masam. Selain tu ada bahan lain dalam sour cream ini seperti enzim sayur sayuran , renin dan gelatin.Yang bagusnya penghasilan secara semulajadi sour cream ia tiada Lemak trans ! Kepada yang menitik beratkan kesihatan dalam pemakanan ia juga sesuai. Biasa digunakan dalam masakan dan penyediaan baking bangsa eropah dan barat.

Penggunaan Sour cream juga aktif dalam resepi baking . Terutama dalam penghasilan cheescake yang sedap !

Anda boleh cuba resepi daripada Chef Obie yang meggunakan Sour Cream klik link dibawah

" NEW YORK CHEESECAKE "



 

Yogurt atau dikenali dengan Dadih 

Ciri-cirinya ialah dari segi rasa lebih masam berbanding sour cream . testkstur tidak sepekat dan sekental sour cream tetapi ia juga dihasilkan dari tenusu dan istimewanya ia boleh dihasikan dari  susu lembu , kambing mahupun kerbau.Penghasilan juga melalui proses fermentasi atau penapaian bakteria lactobacillus , proses ini semua yang dipanggil cultured milk. Penghasilan yogurt ada yang berperisa asli dan ada yang berperasa buah-buahan yang telah ditambah gula .Yang pasti banyak kebaikan khasiat yogurt ini seperti jika mereka yang alergik dan alah kepada lactose dalam susu ia boleh menikmatinya kerana lactose telah ditukar kepada asid lactic. Malah pengambilan yogurt juga boleh membantu merawat penyakit usus dan yang berkaitan. Tidak kira anda dewasa ataupun kanak-kanak yougurt memnag sesuai untuk anda , dan pastikan juga pengambilan air kosong untuk membilas. Biasa digunakan dalam masakan greek , indian mahupun eropah yg lain.

Jika dalam baking , yogurt tidak sesuai untuk digantikan dengan sour cream kerana tektur dan rasa yang jauh masam dan ringan berbanding sour cream , ia akan memberi effect kepada hasil baking anda dan tidak menepati standard resepi.

akan Yougurt sesuai untuk dressing , dalam aneka masakan mahupun untuk salad-salad sihat selain sebagai minuman yang telah diproses seperti , yakult , vitagen dan lain-lain lagi. 

Anda boleh cuba resepi daripada Chef Obie yang menggunakan Yogurt !

" TILAPIA PANGGANG TAZIKKI "


Hidangan untuk 2 orang 

Bahan

2 ekor ikan talapia ( dibersihkan )
1 sudu besar Serbuk Cayyene
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbul lada hitam
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa

Bahan Tazikki

1 batang mentimun jepun ( dipotong dadu kecil-kecil )
4 sudu besar yogurt
1 sudu besar perahan lemon
1 biji bawang kecil ( dicincang )
Herba Dill sedikit
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :

1.Ikan tilapia yang telah dibersihkan, dilumurkan dengan semua bahan kering termasuk minyak zaitun , tidak perlu diperap.Terus panggang ikan sehingga masak.


2.Penyediaan tazikki , dalam mangkuk satukan ke semua bahan termasuk mentimun dipotong dadu sebagai asas kepada tazikki.Gaul sebati dan akhir sekali perasakan dengan sedikit sahaja garam.simpan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Sebelum dihidang bersama ikan tilapia panggang.

Semoga perkongsian kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Kepada anda yang mencari KELAS MASAKAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI  

Hubungi MGJ CONSULTANCY


Antara Testimoni-testimoni pelajar kelas masakan perniagaan popular chef obie




KITCHEN LOLA'S MEE REBUS JOHOR

Berhadapan Pasar Alor Gajah , Alor Gajah Melaka



MAI SHAH D' SEMPALIT ( Seafood Ikan Bakar )

Raub , Pahang 
Kampung D'Sempalit.



FOODJAM

Bukit Rahman Putra

Sungai Buloh, Selangor

SAFHYD STEAK HOUSE
Jalan kubur tanah merah,berdekatan masjid ismail petra , Kelantan

SAFHYD STEAK HOUSE
No 48 , Jalan Nova u/5 ,
Subang Bestari 
Shah Alam

PAK MAON KITCHEN , Yan Kedah Darul Aman


MANGROOVE CAFE WESTERN FAMILY

370 , Jalan Tai Shin Jar

Kuching , Sarawak


RESTAURAN RONEY
Pusat Perniagaan Adnium
Bandar Bukit Beruntung , Bukit Sentosa & Klang

MAKAN SHACK
2186,G floor, Jln Bukit Minyak

Kawasan Perniagaan Asas Murni
Bukit Mertajam, Seberang Prai

SNOW BALL DANCE
Chef Pak Di, Melaka 

DESARU VIBE LOUNGE
No 19,Jalan Dato Jaafar 24/1 Taman Mutiara Desaru Bandar Penawar, Johor

MEEN PITSTOP 

Ulu Pulai, Gelang Patah , Johor ( Berdekatan Legoland Malaysia )
TAT NASI AYAM 
Desaru Bandar Penawar, Johor


DAPUR AISHAH

Wisma Central , Kuala Lumpur



THE GRINDER

Kajang, Selangor ( kiosk mengikut events )



FISH TAKE AWAY muhammadrauffnc
Tasek kenyir, Terengganu

NEVER BACK DOWN
Kedah Darul Aman

STEAKHOUSE
Kelantan

STEAKHOUSE WESTERN 
Penang

WESTERN BROTHERS
Johor

RESTORAN KUNING KUNYIT
Damansara Height , Kuala Lumpur

MALAYSIA CATERER
Texas, United State Of America

HOR RESTAURANT
Hong Kong , Republik Of China

DEE HOUSE RESTAURANT
Taman Bukit Rambai , Melaka

MERCIK CHAR KUEY TEOW
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

BEST CHAR KUEY TEOW
Petaling Jaya , Selangor

CHAR KUEY TEOW
Kg baru, Kuala Lumpur

DAPUR LAILII
Kajang, Selangor

SATAY xxxxxx
Kajang, Selangor

SATAY MUADZAM
Pahang Darul makmur

CAKOI
Ipoh, Perak

Dan Banyak lagi testimoni-testimoni pelajar yang telah berjaya membuka perniagaan western food , juga katering , restauran milik sendiri di seluruh Malaysia , Sabah & Sarawak.


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign