CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 1 April 2014

Tepung Kek Istimewa : Tepung Hairan Bin Ajaib


Assalammualaikum wbt,

Semoga korang sihat dan enjoy selalu.
tak salahkan hari ni bie nak sharing sedikit info yang agak menarik, terutama kepada korang semua peminat kek coklat moist dan usahawan online.
Sila ambil perhatian..ape yang akan bie kongsikan ini merupakan salah satu cara yang mudah untuk membuat kek tanpa mengabaikan rasa sedap aslinya!
??? okaylah..biar bie ringkas kan sedikit info ini-,

Tepung Istimewa Untuk Membuat Kek-
Lebih dikenali dengan nama " TEPUNG HAIRAN "

TEPUNG HAIRAN IANYA MUDAH DIGUNAKAN - DENGAN HANYA MENGGUNAKAN AIR DAN MINYAK SAHAJA SUDAH BOLEH MENGHASILKAN KEK YANG SEDAP DAN CANTIK
MALAHAN BAHAN TOPPING KEK JUGA DISEDIAKAN.



Inilah die produk mesra pengguna...

"TEPUNG HAIRAN "

Testimoni Pengguna Tepung Hairan



Kepakaran Kami Adalah Menghasilkan Tepung Kek Coklat Moist Dengan Formula Yang 'Tak Masuk Akal'. Ramai Yang Telah Mencuba & Berjaya! Anda Bila Lagi?

Kami merupakan sebuah syarikat yang sedang berkembang pesat bermula dari perniagaan kecil-kecilan dalam seni rekaan resepi kek dan adunan bahan yang berkualiti tinggi dengan dibantu chef terkenal.

Kepada yang berminat untuk membeli produk Tepung kami, sila Hubungi Kami d talian dibawah .

Produk Kami Terkini :
1) Tepung Hairan Choc Moist
2) Tepung Hairan Choc Moist With Cream Cheese
3) Tepung Hairan Choc Moist Twith Tiramisu
4) Tepung Hairan Red Velvet
5) Tepung Hairan Oreo Lemon Cheese Kek
6) Tepung Hairan Marble Kek



Puan Roazura
019-2912915
Call | SMS | WhatsApp
Email: order@tepunghairan.com



Kepada korang semua..
yang manis-manis dan tersenyum simpul tu..
jangan terlepas merasa kek dari Tepung Hairan ni...

Recommend by Chef Obie


Terima Kasih

Nostalgia di Marrybrown dan Resepi Ayam Goreng Rangup


Bersama staff MB dari Tampoi dan Taman Cendana Pasir Gudang


Bersama staff MB Taman Cendana


Gambar kiri - Bie ,Restaurant manager- Puan Zuraidah & Boss Mr Lee , mase tu supervisor name die encik azri, manager asal name die encik nizam..ingatan bie masih kuat juge rupenye heeee... maaf yea gambar dulu ni bukan mcm dlm smartphone sekarang ni, gambar menggunakan kemera canon dan berkodak filem lagi!

mmmm saje mengimbas kembali nostalgia dulu heee, bukan ape apebile makan di marrybrown fast food restaurant pasti secare tak sengaje akan teringat waktu mude remaje dulu- bie pernah bekerja dan menimbe pengalaman di fast food restaurant ni sebagai krew aje- merangkap kitchen krew , floor krew dan counter...waktu tu sementara menunggu keputusan SPM 1998.ahaks... kire dalam gambar tu chef obie - Lokasi Marrybrown tu kat Taman Cendana Pasir Gudang.Boss bie mase tu nama die Mr Lee, adik beradik name same..merupakan tauke marrybrown cawangan taman cendane dan pasaraya Maslee...memang baik la sesangat boss bie mase tu...

manakale gambar dibawah ni,kelmarin bie singgah
di pudu sentral- Marrybrown Fast Food Restaurant


Istimewanya menu marrybrown dari dulu sampai sekarang ...
" Nasi Marrybrown " macam nasi lemak- ayam pilihan ( Hot Touch @ Original ), sambal tumis , acar dan Pappadom...
tapi kelmarin bie tak makan nasi marrybrown tapi bie nak try pulak nasi ayam marrybrown... seperti gambar diatas ni..
Ayam goreng marrybrown yang pedas ( hot Touch ) pilihan bie samapai sekarang, manalaka ayam goreng original pilihan bie KFC..
ape pun asal yang sedap memang menjadi pilihan... layan ...

Dalam pada tu bie sharing resepi ayam goreng istimewa untuk korang...


Resepi Ayam Goreng Rangup chef obie


ayam goreng ni sempat chef obie gigit nyummm..nyummm..

Bahan-bahannya:

4 Sudu Besar Nestum//
2 Sudu Besar Oat//
200 gm Tepung High Protein//
1 Sudu kecil Lada Hitam ( blender halus )//
1/2 Sudu kecil Lada Sulah ( blender halus )//
1/2 Sudu Jintan Manis ( blender halus )//
1/2 sudu kecil Ketumbar ( blender Halus )//
1 sudu besar Tepung Jagung//
1 Sudu besar Stok Ayam//
Garam Vakum secukup rasa//
2 biji Telur//
Ais Batu//
Sos Tiram//
1/2 Ekor Ayam Daging
// Minyak Masak//
Shortening//



Cara Membuat :


1. Bersihkan ayam terlebih dahulu mandikan ia...heee maksud Bie bersihkan ayam tu betul-betul, kemudian..marinate ayam dengan sos tiram, pastikan jangan terlalu banyak digunakan, 2 sudu besar sahaja cukup dan satu sudu kecil rata garam vakum, gaul hingga sebati.kemudian biarkan seketika ( 5 minit aje cukup ).

2.Sediakan untuk bahan kering- satukan ke semua bahan kering seperti tepung high protein, tepung jagung, lada hitam,lada sulah,jintan manis, ketumbar, stok ayam ,garam secukup rasa,nestum dan oat, gaulkan mesra ok... senang aje.. kalau anda suka masin lebih sikit, bolehlah ditambah garam vakumnya mengikut citarasa anda... ( ketepikan bahan-bahan ini apabila telah siap mesra )

3. Sediakan pula bahan untuk merendam ayam sampai lemas heeeee.... tak r... sediakan bahan yang penting sekali..ok la ini rahsia yang dah tidak rahsia lagi bila Bie dah berkongsi dengan anda..., telur dipecahkan dan di campur pula dengan ais sejuk atau air batu,pastikan telur benar-benar sejuk.. ( tujuannya ialah untuk ,memastikan kerapuhan kerangupan ayam goreng kita ini boleh bertahan selama 30 minit selepas digoreng... walau ayam goreng tu kita letak atas meja makan aje...dengan keadaan terdedah gitu...Choi.. jangan la terdedah..gunakan tudung saji ok tutup makanan kita supaya tidak dihinggapi makhluk yang tidak diingini iaitu lalat soprano! )

4.Masa yang ditunggu-tunggu.. iaitu panaskan minyak terlebih dahulu di atas kuali...

5.Setelah bahan-bahan diatas telah disediakan ,anda perlu pastikan ayam marinate dihadapan anda, disebelahnya pula telur dan air batu, sebelahya lagi adalah bahan kering . Ini adalah untuk memudahkan anda untuk menggoreng ayam kentaki ini dengan betul dan bersistem.

6.Ambil ayam seketul dahulu yang telah di marinate, dengan menggunakan kedua belah tangan anda macam angkat kain jemuran heee...ayam direndam sekali sahaja ke dalam telur berais, kemudian angkat toskan..., kemudian bawa ayam ke dalam bahan kering anda terbalik balikkan ayam itu dalam bahan kering kemudian angkat dan toskan lagi, kemudian gaulkan lagi dengan bahan kering dan toskan ia lagi..penat? tak mungkin penat tangan anda itu... ok sekarang masukkan ayam yang telah disalut itu kedalam minyak yang tersedia untuk digoreng...

7.haaa.... anda jangan lupa masukkan 4 sudu besar shortening ke dalam miyak masak yang sedang panas ..., proses ini membantu merangupkan juga ayam yang akan kita goreng itu. Ok senangkan..anda lakukan lah sehingga selesai ayam-ayam itu digoreng.Selamat menjamu ayam goreng rangup ala chef obie cuba baru tau..r...


Kepada yang tercari-cari resepi Ayam golek boleh dapatkan :




Cara Pembelian Resepi Ayam Golek Popular Chef Obie : 

Tajuk ebook : Resepi Ayam Golek Popular Chef Obie
Harga : RM10
Penulis : Chef Obie
Jenis : Buku Masakan / Cooking Book
Bahasa : Bahasa Melayu
Pembelian/ pembayaran : oneline-
Maybank2u.com atau Bank In ke Akaun MBB
151409098193
atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Bukti pembayaran sila SMS : resepi ayam golek, jumlah,masa , tarikh dan email kemudian sila msg ke 017 2260719
Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima .






Terima Kasih

Hasil Kerja Pelajar Kelas Memasak Persendirian Chef Obie


Assalammualaikum wbt,
Alhamdulillah berkesempatan hari ni bie sharing sedikit info, dari
pelajar-pelajar kelas memasaka dan baking chef obie
yang diadakan di merdeka villa.

sekadar cuci mata yea,gambar pelajar bie tidak boleh sharingkan kerana ianya
persendirian, hanya hasil kerja dan gambar tangan aje boleh disharingkan.

selamat melayan yea,


okay tak creation pelajar persendirian chef obie, kelas ni merupakan kelas- coklat palstik @ coklat pastillage ( gambar bunga coklat )
manakala yang atas merupakan pelajar kelas persendirian baking- kelas cheesecake dan cupcakes
manakala gambar dibawah antara hasil creation pelajar


antara gambar yang dapat chef kongsikan, insyaAllah akan dikongsikan lagi gambar hasil pelajar yang lain.

Untuk booking kelas persendirian sila hubungi : 017 2260719

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign