CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 21 September 2015

Resepi Dessert Jepun : Mochi

Resepi yang pernah chef obie
sharing disalah sebuah majalah masakan tempatan..
boleh la korang mencuba..
dijamin sedap dan mudah!

Mochi kacang merah, pandan dan coklat



Bahan 


Tepung pulut 200gm ( atau anda boleh juga gunakan tepung pulut dari jepun mochiko @ shiratama ko )
Gula 4 sudu makan
Air 200-240ml 
Tepung katakuriko sedikit untuk menyaluti mochi 
Pewarna merah pink

Inti kacang merah
Kacang merah 200gm
Gula 100gm
Garam secubit





Cara membuat

1.adunkan tepung pulut bersama gula ,garamdan air, kacau sehingga rata dan masukkan sedikit pewarna merah pink dalam bekas Loyang.

2.Proses membuat mochi memerlukan anda menyediakan tempat mengukus, Panaskan kukusan, dan anda boleh kukus adunantepung tadi lebih kurang 15 minit.

3.Anda perlu menyediakan dulang, pastikan ianya kering atau anda boleh sediakan parchment paper kemudian taburkan tepung katakuriko.

4. Apabila tepung mochi telah masak dikukusan.angkat dari kukusan dan tuangkan tepung mocha kedalam dulang berisi tepung katakuriko.Ambil sedikit tepung katakuriko di tapak tangan anda supaya tidak melekat semasa proses membentuk mocha kacang merah.

5.Anda dinasihatkan berhati-hati semasa proses membentuk kerana tepung agak panas.Bagikan tepung kepada 16 bahagian atau 18 bahagian, masukkan initinkacang merah dan bentukkan bulat serta sapukan tepung katakuriko dibahagian luar mocha.lakukan sehingga selesai .

6.Manakala cara membuat initi kacang merah , anda perlu merendam kacang ,merah terlebih dahulu, sebaiknya semalaman, kemudian rebus dengan airsehingga lembut dan empuk , apabila kacang merah telah lembut ,baru anda masukkan gula, kerana jika anda masukkan gula dan air sekali, akan menyebabkan kacang merah lambat untuk lembut dan empuk.
Untuk membuat initi anda disarankan membentukkan bebola 20gm setiap satu.


Inti pandan.


Keledek putih 200gm
Gula 40gm
Daun pandan 2 helai( diblender ambil airnya sahaja)
Pandan essence


Cara membuat

1.Rebus keledek sehingga empuk dan lembut, masukkan gula dan air pandan juga pandan essence sehingga kering, gunakan api yang perlahan.Bentukkan bebola 20gm setiap satu sehingga selesai.


Inti Coklat


Dark Coklat Coin 200gm
Gula sirap 120ml

Caranya membuat

1.Panaskan gula sirap dalam pot, apabila telah mulan panas masukkan dark coklat dark coklat coin, kacau sehingga menjadi pekat dan agak kering. Bentukkan bebola 20gm sehingga selesai.




Terima Kasih

Untungnya Kehidupan di Malaysia Berbanding Jerman


Jom saya ceritakan mengapa orang yang tinggal di Malaysia lebih untung dari orang di Jerman. Saya akan senaraikan 10 perkara penting yang dinikmati oleh rakyat Malaysia dan memang orang Jerman tak boleh lawan. Untuk perbandingan ini memang Malaysia menang 10-0 ke atas Jerman. Cukup untuk membalut luka kekalahan bolasepak ke atas UAE dengan skor yang sama tempohari.
1. Membeli Belah
Orang di Jerman boleh membeli belah hanya 6 hari seminggu dan cuma setakat jam 8 malam sahaja. Lepas 8 malam kedai dan shopping complex semua dah tutup. Dah le 7 eleven pun takde, jadi kalau emergency nak beli apa tengah-tengah malam maka simpan sahaja lah niat anda tu. Tunggu lah kedai buka esok pagi yer. Itu pun kalau pagi esoknya tu hari Sabtu, kalau hari Ahad maka kena redhalah dan tunggu hari Isnin sebab hari Ahad semua kedai dan shopping complex tutup. Jadi terpaksalah orang Jerman menghabiskan cuti hari Ahad bersama keluarga dan anak-anak dengan pergi berkelah atau abermain di taman. Kesian kan diaorang tak boleh pergi shopping.
Kalau di Malaysia, boleh shopping 7 hari seminggu sampai jam 10 malam, kadang-kadang ada shopping complex atau supermarket bukak sampai jam 11 malam.Kalau taknak membeli belah pun boleh habiskan masa yang banyak tu dengan berjalan-jalan atau lepak layan facebook guna wifi free. Kalau nak beli barang jam 2 pagi boleh pergi 7 eleven atau banyak lagi kedai yang bukak 24jam. Atau pergi Uptown kalau teringat nak beli kasut jam 3 pagi. Jadi dengan membeli belah 7 hari seminggu maka kita rakyat Malaysia merancakkan ekonomi negara.
Jadi, untunglah orang Malaysia boleh shopping 24 jam dan negara bertambah maju. Orang Jerman pula peluk anak dan bini dan tidur memendam rasalah jawabnya. Malaysia skor 1-0 kat sini.
2. Makan Minum
Di Malaysia nak makan apa semua ada. Restoran bukak 24 jam, kalau lapar jam 3.48 pagi pun boleh start kereta atau motor dan menderum ke mamak. Kalau malas nak keluar boleh telefon dan order sahaja. Boleh makan 5-7 kali sehari bermula selepas subuh sehinggalah ke subuh keesokan harinya. Kalau tak nak masak di rumah pun tak apa sebab 365 hari setahun 24 jam sehari kita boleh dapat makan di mana-mana sahaja. Restoran makanan segera pun banyak, boleh beli fries dan coke kemudian duduk 6 jam sambil guna wifi free. Lepas dah habis boleh terus blah saja. Balik rumah terus boleh tidur sebab perut dah kenyang. Alhamdulillah, kita semua sihat dan cukup makan.
Di Jerman pula, kalau dah makan fries tu dah habis kena lap meja sendiri, kena susun kerusi sendiri dan kena buang sampah dan tray ke tempat yang disediakan. Dah ler bayar duit, kena kemas sendiri pulak. Apa ke hal. Restoran pula biasanya tutup pukul 10 malam. Kafe dan bar tutup sekitar 12malam dan kalau malam minggu diorang lajak sampai kul 1 atau 2 pagi. Itu pun takde makanan dah, setakat nak minum kopi boleh lah. Hari Ahad semua shopping complex tutup, restoran dan kafe pun separuh jer yang bukak, kadang-kadang dah muak makan di tempat yang sama, akhirnya balik rumah makan salad dan roti sahaja. Nak tidur pun awal lagi maka masing-masing pergi ke gym ataupun berjogging sekitar taman. Itu sebab lah orang Jerman kurus-kurus gamaknya. Tak berapa cukup makan.
Untunglah orang Malaysia, makan mewah. Malaysia mendahului dengan 2-0.
3. Anak-anak.
Kanak-kanak di Malaysia sangat beruntung sebab boleh tidur lambat. Pukul 9-10 malam boleh ikut mak bapak pergi shopping lagi. Boleh lepak-lepak kedai mamak atau gi tengok midnite cerita Transformers. Balik rumah jam 12 malam atau 1 pagi dan tidur kemudian esok bangun lambat takde hal punya. Setiap anak-anak sekrang ada gajet masing-masing. Semua pakat ada smartphone ataupun ipad atau tab atau apa saja yang canggih-canggih tu. Maka anak2 boleh main ipad atau tab sambil breakfast kat kedai mamak dan mak bapak boleh layan facebook tanpa gangguan. Kalau ada orang nak salam, anak tadi ada skill hulur tangan sebelah saja  sambil mata dan tangan sebelah lagi main ipad tu. Itu merupakan skill koordinasi yang bagus.
Kanak-kanak di Jerman pula malang sekali. Jam 8-9 malam semua dah kena tidur. Takde chance nak gi tengok midnite cerita Transformers. Kalau nak jugak maka kena tunggu pagi Sabtu maka barulah mak bapak bawak pergi tengok. Itu pun kalau cerita tu di label 12PG. Kalau tak memang melepaslah. Kalau bawak anak-anak gi makan atau minum kat restoran jam 9 malam memang kena jeling lah sebab memang takde budak2 lain kat dalam tu..awak sorang jer. Silap-silap mau kena tegur dengan makcik-makcik yang bermulut becok marahkan anda sebab bawak budak jalan malam-malam.
Lepas tu jangan harap lah nak berkepit dengan ipad atau tab atau phone dan sebagainya dan lepak kat kafe atau restoran atau di mana-mana kawasan public terutama ketika di meja makan. Biadap katanya kalau main benda alah tu kat meja makan, kena bersembang, kena jawab soalan pasal sekolah lah pasal itu lah pasal ini lah, memang takde chance lah nak main ipad bagai. Ada setengah tu umur dah 6-7 tahun, ipad pun tak pernah pegang. Kesiannnn.
Untunglah kanak-kanak di Malaysia. Malaysia terus mendahului dengan 3-0.
4. Pra-Persekolahan
Kanak-kanak di Malaysia sudah bijak pandai sekitar usia 4-6 tahun sebelum masuk sekolah lagi. Semua dah pandai membaca, mengira, menyelesaikan permasalahan matematik, menjawab pelbagai persoalan sains dan macam-macam lagi. Bila masuk darjah satu semua dah pandai. Ibu bapa kat rumah dah kurang beban mengajar sebab kat tadika semuanya dah diajar. Untunglah mak bapak semua sebab anak dah pandai, dan ada yang boleh speaking dah.
Di Jerman jangan kata speaking, dengar perkataan english pun belum tentu. Dah le rancangan tv semua dalam bahasa Jerman, kartun Spongebob pun dalam bahasa Jerman, macamana nak dengar perkataan English nyer kan? Mak bapak dah sah-sah berbahasa Jerman walaupun diorang tahu bahasa inggeris. Lepas tu di tadika belajar mengenal huruf, membaca dan mengira tu pun sikit sikit sahaja. Kalau yang boleh membaca dan mengira tu memang kira pandailah. Pegi tadika hari-hari main sahaja. Dah penat main, belajar hormat orang, belajar mendengar, belajar bercakap, belajar berdiam bila orang bercakap, belajar hormat orang yang lebih tua, belajar melintas jalan, belajar buang sampah, belajar kemas meja dan basuh pinggan mangkuk selepas makan dan pelbagai pelajaran sivik lain yang sungguh membosankan. Patutlah sampai dah besar panjang tak reti speaking English lagi.Hmmmm.
Nampak tak? Betapa untungnya kanak-kanak di Malaysia. Kita tambah skor lagi menjadi 4-0.
5. Memandu
Di Malaysia, hampir semua pemandu mempunyai deria ke-6 atau 6th sense. Ini kerana pemandu tak perlu bagi signal ketika membelok kerana kita tahu pemandu lain akan tahu atau kompom tahu yang kita akan membelok. Selain itu kalau nak cepat kita drive ikut emergency lane, kalau tak masuk situ rugilah lane tu besar dan membazir kalau tak digunakan. Nak potong que pun takde masalah sebab semua pemandu kita bertimbang rasa dan membenarkan kita potong que (kita tahu melalui deria ke-6 tadi yang pemandu lain tidak akan marah). Lepas tu lampu merah kita tak perlu berhenti, cuma perlu tengok-tengok sahaja kot-kot ada kereta lain, atau dengan gunakan deria ke-6 tadi dan kita pecut sahaja.
Pasal kadar kemalangan maut tu tak payah lah kita kira kan? Itu kan dah takdir dan ketentuan, kalau dah memang ajalnya mati eksiden, kita nak buat macamana kan? Kalau kita pakai seatbelt pun tapi kalau takdir nak mati, maka mati jugak kan?
Di Jerman, jangan harap nak jalan kalau lampu merah. Kalau langgar jugak maka anda kira alien lah sebab anda sorang jer yang buat. Lepas tu orang Jerman takde 6th sense macam orang Malaysia, maka semua orang bagi signal. Kalau jem maka semua terkedek-kedek jer, nak mencilok memang diaorang tak pandai langsung sebab kat sekolah memandu tak ajar semua tu. Kalau naik motor pun que jugak, apa ke pekdahnya naik motor tapi tak reti cilok dan que kat jem macam kereta? Bangang jugak orang Jerman ni. Diorang tak tau nak menggunapakai deria ke 6 tadi sebab tak pernah berlatih menggunakannya.
Kat Jerman pun ada kemalangan maut jugak, takde ler hari-hari. Jarang sangat dengar pasal mati eksiden ni. Mungkin sebab diorang tak pandai mencilok dan takde deria ke-6 tu gamaknya yang buat kurang eksiden. Tak thrill lah orang Jerman ni.
Nampak tak perbezaan yang ketara tu? Kalau anda duduk di Jerman memang hilanglah segala 6th sense atau deria ke-6 anda tadi. Sungguh saya tak tipu. Memang rugi duduk Jerman sebab dah hilang satu deria.
Oleh itu, Malaysia menang lagi 5-0
6. Remaja
Menjadi remaja di Malaysia jauh lebih best berbanding Jerman. Kalau tak nak belajar boleh berhenti sekolah dan mak bapak boleh belikan motor sorang satu. Dah ada motor boleh lah merempit. Merempit ni untung sebab boleh dapat awek. Malam minggu boleh ramai-ramai berkumpul di tepi highway atau dekat plaza tol Puchong tu. Disebabkan ramai maka kereta tak berani nak langgar diorang semua. Lepas tu pakat-pakat race, dapat duit, dapat awek. Kalau yang tak berani race boleh tunjuk skill buat willy ke wikang ke (eh betul ke saya eja tu?). Nanti ada awek tengok sure berkenan di hati dan terus boleh dapat.
Selain itu lagi untung jadi remaja ni, kalau malas macamana pun makan tetap ada, rumah tetap ada sebab mak bapak tanggung. Lepas tu boleh pakai handphone mahal-mahal. Boleh tackle awek kalau handphone canggih lepas tu boleh wechat, tukar-tukar gambar dan pakai bahasa rahsia yang orang lain tak faham seperti “aq xrse kt kn d2q sme stu smp tth woe x2 kke2 kaΓΌf sjs” yang entah apa orang lain susah nak decrypt.
Remaja di Jerman ni, sejak kalah perang dunia ke 2 memang dah tak pakai bahasa atau tulisan rahsia yang nak kena belajar 3 tahun untuk paham. Jadi skill diorang dah memang lemah sangat dah sejak kalah perang. Nak merempit? jauh sekali lah. Motor honda cup pun tak ada, apatah lagi Yamaha LC Demak. Mak bapak diorang pun jarang yang ada kereta, apatah lagi nak beli motor kat anak-anak, memang tak lah. Kalau nak merempit maka kena lah belajar racing, jadi professional kemudian barulah boleh tackle awek. Tu sebab orang macam Michael Schumacher, Sebastian Vettel, Nico Rosberg tu dah tua baru ada awek. Bagi yang tak nak jadi racer maka kena tunggu dewasa dulu lah dah ada duit baru beli motor Ducatti atau BMW tu buat merempit time musim panas.
Rugi, sungguh rugi jadi remaja Jerman ni. Memang remaja Malaysia terutama mat rempit menang besar bab ni. Dah 6-0.
7. Pengurusan Sampah.
Ada tak rakyat Malaysia yang asingkan 4-5 jenis sampah? Sampah bio (sisa makanan atau mudah reput) sampah plastik, botol plastik, botol kaca, kertas atau kotak dan sampah pembungkusan seperti kotak air, tin sardin dan sebagainya? Ada? Penat dan leceh tau nak asing semua sampah tu. Dah ler kat dapur tu kena ada 3-4 biji tong sampah kalau nak asingkan semua. Kita sumbat jer dalam satu tong sampah besar, nanti pandai-pandai lah abang kerja kutip sampah tu asingkan kalau dia nak recycle. kalau tak pun nanti bila sampai pusat pelupusan, ramai orang-orang yang kerjanya dok cari barang kat longgokan sampah tu. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka mencari rezeki, betul tak?
Lepas tu kadangkala kita tak perlu tong sampah pun, sambil pandu kereta makan rambutan boleh terus baling keluar tingkap jer kulitnya. Kalau makan kuaci kat hospital sambil tunggu isteri bersalin pun boleh jer buang atas lantai tu, nanti ada makcik cleaner tolong sapukan. Kalau kita tak buat sampah, nanti ramai orang hilang kerja pulak kan? Kesian makcik cleaner tu takde kerja.
Kat Jerman, semuanya nak kena asingkan. Leceh betul, kalau tak asingkan nanti abang angkut sampah tu tengok dia tak ambil, dia buat bodo jer. Jadi nak tak nak kena lah, kalau tak busuk pulak rumah nanti. Sisa makanan seperti tin sardin, kotak air semua nak kena bilas dulu kemudian baru boleh buang, botol kaca hijau lain tong, botol kaca coklat lain tong, botol kaca putih lain tong. Naik menyampah lah. Kalau ada sampah kecil, nak buang rasa bersalah pulak sebab orang tak buang jadi simpan lah dalam poket dan bawak balik rumah.
Nampak tak betapa tersiksanya menguruskan sampah harian di Jerman? Nak tengok lipas pun tak ada, susahlah saya nak tunjuk kat anak macamana rupa lipas yang sebenar. Kat Malaysia jugak yang best. Anak-anak dapat tengok secara live macamana rupa lipas, lalat, tikus mondok, tikus cencorot dan juga burung gagak. Kat Jerman jangan harap lah.
Maka kita bagi lagi satu skor untuk Malaysia. Kini sudah 7-0. Takde balasan nampaknya dari Jerman.
8. Waktu Bekerja
Ini bab paling best. Orang Jerman memang tak pandai berhenti atau break time kerja ni. Bukannya tak ada langsung tapi ada lah bebrapa orang yang bijak, yang lain tu agak sendu sikit lah. Masuk opis jer terus kerja dan kerja. Facebook pun diorang tak berani bukak tau. Kalau dahaga maka minumlah kopi bekal tu, takpun kalau nasib baik ada pantry kat opis boleh buat air free. Takde lah nak break minum kopi atau ngeteh jam 10 pagi atau jam 4 petang. Time lunch pukul 1 semua pegi lunch dan pukul 2 semua dah ada depan komputer masing-masing. Kalau yang kaki rokok maka berkejaran turun ke bawah hisap rokok sepantas kilat dan lari balik ke opis sambung kerja. Pukul 5 semua terus balik, takde nak dapat overtime dari boss.
Kita untung lah, masuk kerja punch in lepas tu pegi brekfast dulu. Lepas tu kul 9.30 ke 10 ke baru masuk opis. Duduk depan komputer bukak facebook dulu ye tak, nak update apa yang patut pastu baru start buat kerja. Pastu pegi lunch pukul 1, masuk balik ikut sedap lah, pukul 2.30 masih ok lagi. Nanti pukul 3.30 ke 4.00 ke boleh pegi minum petang pulak dan masuk balik sebelum pukul 5 dan duduk update facebook dulu. Dah pukul 5 atau 5.30 boleh balik dah. Kalau yang nak overtime sebab kerja tak siap sebab main facebook bolehlah sambung overtime. Kalau tak siap jugak kita buat overtime lusa pulak. Untunglah hari-hari dapat buat overtime, masyukkkk.
Jadi, nak kerja di Jerman? Tak payahlah, tak fleksible, takde overtime. Di Malaysia paling best. Kita skor lagi 8-0.



9. Temujanji Perkhidmatan
Untuk mendapatkan apa jua perkhidmatan di Malaysia, kita boleh terus saja pergi ke tempat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Nak servis kereta, maka pergi lah ke bengkel-bengkel berdekatan dan tunggulah. Kalau nak best sikit nak pergi ke Pusat Servis berjenama maka kena buat temujanji atau appointment. Kat Malaysia kalau nak ke klinik maka terjah sahaja mana-mana klinik dan tunggulah. Kalau yang ada appointment kat klinik atau hospital jam 10 pagi, kita ada masa 2 jam untuk berehat sambil menunggu jam 12 tengahari sebelum nama kita dipanggil. Sambil tunggu kita boleh main facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Masa 2 jam menunggu tu sangat berfaedah kan?
Kat Jerman ni merepek sungguh. Nak pergi klinik kena buat appoinment, diorang ingat sakit yang datang tu by appointment jugak kot. Kalau appointment pukul 10.00 pagi maka sampai saja dalam 10.05 pagi terus dapat jumpa doktor, tak sempat nak rilek-rilek atau main facebook dulu. Nak pergi servis kereta kat bengkel-bengkel biasa pun nak kena buat appointment, pun sama tak sempat nak main facebook jugak. Nak tunggu orang datang pasang internet pun appointment, tapi lojik lah yang ni. Yang paling tak lojik nak kena appoinment dan tunggu orang datang baca meter api dan air. Dah ler nak datang bagi bil, nak kena appointment jugak. Best tak? Sangat tak best kan? dah ler tak sempat main facebook.
Jadi Malaysia skor lagi di sini. Sudah 9-0.
10. Kediaman
Nak beli rumah agak mahal samada di Malaysia ataupun Jerman, jadi kita cerita pasal rumah sewa lah.
Kat Malaysia, nak sewa sangat mudah kan? Carilah iklan kat mana-mana, kat internet ada, kat tiang letrik ada, kat seven eleven ada. Dah jumpa, telefon tuan rumah, buat appointment pegi tengok rumah. Kalau ok bayar deposit 2+1 dan pindah masuk. Kadang-kadang takde agreement pun, main cakap mulut jer, kadang-kadang agreement satu mukasurat jer. Kalau taknak cari sendiri boleh suruh ejen carikan, lepastu tak payah bayar ejen, sebab tuan rumah yang akan bayarkan. Kalau nak untung sewa satu rumah, lepas tu sewakan pulak bilik-bilik lain kat orang lain dan naikkan harga sikit. Sewa rumah boleh bayar dan siap dapat untung lagi. Kalau geng Bangla atau Myanmar ke boleh ler kongsi-kongsi sewa satu apartment kecil dan duduk 10 orang. Bayar sorang RM100 jer sebulan. Natihjahnya, anda hidup harmoni dengan pelbagai bangsa dan budaya, ada bau kari, ada bau kucing panggang. Tompokan merah hasil ludahan air sirih pinang juga dapat menghiasi dinding koridor apartment kita. Seni tu.
Kalau rasa dah boring atau nak pindah maka bagitau tuan rumah dan pindahlah keluar. Tak nak bagitau pun tak apa, boleh lari jer keluar. Tuan rumah bukan boleh buat apa pun. Kalau sakit hati dengan tuan rumah, boleh longgokkan jer sampah sarap yang ada tu kat ruang tamu.
Orang Jerman ni seksa sikit lah nak sewa rumah. Ada law atau undang-undang penyewaan yang nak kena ikut. Nak jimat kena lah cari sendiri sebab kalau pakai ejen, penyewa yang nak kena bayar kat ejen. Mahal nak mampus pulak tu. Dah tu kalau berkenan kat rumah tu belum tentu boleh dapat lagi, kena ikut rules ditetapkan, kalau rumah tu ada 2 bilik dan muat untuk 3 orang sahaja maka hanya 3 orang dibenarkan duduk di dalam rumah tersebut. Kalau awak 4 orang, memang jangan haraplah. Jerman menetapkan yang setiap orang haruslah mempuyai ruang sekitar 500 kaki persegi untuk tinggal di dalam sesebuah rumah. Kalau dalam agreement kata 2 orang saja tinggal di situ maka kena 2 orang sajalah. Kalau dalam agreement kata pukul 12 tengahari sampai 3 petang tak boleh bising maka kena duduk diam-diam. Kalau bising jugak nanti polis ketuk pintu. Amboi polis Jerman ni tak ada kerja lain ke?
Kalaulah apartment kecil 650 kaki persegi, makanya seorang sahajalah boleh duduk di situ. Nak duduk 2 orang kena cari yang sekitar 900 kaki persegi. Sesetengah apartment kena interview dulu baru boleh masuk seperti yang saya kena. Macam-macam ditanyanya dan kalau tuan rumah puashati maka baru diberikan agreement 8-10 mukasurat untuk sign. Kalau dalam agreement kata tak boleh ada budak, maka tak bolehlah, kalau tak boleh ada binatang peliharaan maka tak bolehlah. Natijahnya, sunyi sepi dan aman damailah kediaman anda. Tiada jiran bangla atau myanmar, tiada bau kari maupun bau kucing panggang serta tompok seni hasil air ludahan sirih pinang.
Kalau nak keluar dari rumah, maka anda kena pastikan rumah tersebut kembali kepada keadaan asal pada hari pertama anda masuk. Kalau rumah tu kosong maka kena kosonglah, dia tak nak tengok ada perabut tinggal, ada lampu ada kipas dan sebagainya. Biasanya anda kena cat balik rumah tersebut seperti yang termaktub dalam agreement. Kalau gagal..maka saman, saman dan saman. Kuat betul orang Jerman ni saman orang.
Susahkan? Maka kita beri mata kemenangan besar kepada Malaysia 10-0.
————————————————————————————————————————–
Jadi cukuplah setakat 10 tu kan? Nanti apa pulak kata orang kan, juara dunia kena belasah 10-0.
Marilah kita sama-sama raikan kemenangan kita ini. Disamping itu saya juga menyeru kepada semua pembaca agar merenung juga di mana kelemahan pihak lawan kita sehingga boleh dibelasah sehingga begitu teruk sekali. Moga kita dapat jadikan iktibar kekalahan mereka tersebut agar kita terus dapat memperkuatkan dan menambah lagi kemenangan di masa yang akan datang.
Adakah anda betul-betul faham apa yang saya cuba sampaikan ini?
ENTAHLAH…I Dont Know. Kalau tak faham sindiran maka jangan bacalah!

Kredit Untuk : khairulabdullah.com


khairul signature


Terima Kasih

Dapatkan Resepi Fondant & Gumpaste , Cupcake Dan Teknik Membuat 3D langkah demi langkah



SHARE & LIKES



BUKU CUPCAKE 3D CHEF OBIE 

Kini dalam Bentuk BUKU EKETRONIK

Cara membuat FONDANT & GUMPASTE yg cantik dan mudah ( from scratch )
Perkongsian teknik-teknik penggunaan MODELLING TOOL ,Cara Penggunaan & Penyimpanan Fondant & Gumpaste dengan betul.
30 bentuk figurine 3D Langkah Demi Langkah ( step by step ) BERGAMBAR
juga Resepi-resepi Cupcake Antarabangsa diKONGSI dalam ebook CUPCAKE 3D CHEF OBIE

Dapatkan SEGERA ! BUKU YG TELAH MENJADI PILIHAN & RUJUKAN SEJAK 2011 best seller new author telah habis dalam masa sebulan diPASARAN ! 
Juga merupakan buku CUPCAKE 3D PERTAMA DI MALAYSIA .

Satu Perkongsian Ilmu Bermanfaat ...

SILA PM CHEF OBIE SEGERA! 


Terima Kasih

Dapatkan Resepi Roti Gerenti Jadi!



Share & LIKES



ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE
+ FOC - ebook TIPS ROTI CHEF OBIE

Perkongsian teknik-teknik asas dalam pembuatan roti .
Pelbagai kategori roti seperti roti oriental classic , roti broadway , roti kontinental , roti mediteranien & roti yg menarik untuk anda cuba praktikkan.. berpandukan 100 resepi-resepi yang digunakan oleh chef profesional & homebaker.

Anda juga diberi ebook PERCUMA iaitu TIPS ROTI CHEF OBIE
ia membantu & menerangkan langkah demi langkah skil dalam membuat doh asas roti dgn MUDAH ( 3 cara bergambar ) serta panduan untuk anda rujuk daripada ebook ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE.

Dapatkan sekarang ebook yg telah menjadi pilihan Netizen sejak 2012 PM LAJU LAJU... PM PM PM...

 0172260719 






Terima Kasih

Resepi Untuk Peminat Kambing Panggang Dan Kambing Golek ! Tempahan Juga dibuka..



Share & LIKES



RESEPI MINT SAUCE UNTUK KAMBING 

PANGGANG / GOLEK

( resepi pebret chef obie )

Bahan

Segenggam / Seikat Daun Pudina Segar ( di cincang halus )
1 cawan Extra Virgin Olive Oil
1 sudu besar Gula
1/2 biji perahan Lemon
2 sudu besar cuka epal
1 sudu kecil garam

Cara Membuat :

1. Cincang daun pudina, letakkan ke dalam mangkuk .

2. Tuangkan extra virgin olive oil ke dalam mangkuk yang berisi daun pudina yang telah dicincang.

3. Masukkan cuka epal , gula dan garam kacau sebentar.

4. Simpan didalam bekas berpenutup. Simpan didalam peti ais sekurangnya 2 jam.sebelum digunakan.

5. Mint Sauce ini boleh tahan sehingga sebulan.Selamat mencuba.. kepada bro yang inginkan resepi mint sauce daripada obie kelmarin..sila take note..boleh try dengan kambing golek istimewa bro tu.., juga kepada anda mint sauce ni juge sesuai untuk lamb chop selain lamb grill dan roast lamb..sesuai ada jika anda planning nak buat bbq party!

IG : chef_obie _official

Kami juga sgt teruja untuk maklumkan bahawa tempahan kambing golek kini dibuka secara rasmi πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š

Kami menggunakan rempah terpilih dgn resepi perap tersendiri bg mengekalkan rasa yg lazat! Masa yg diambil adalah utk memastikan kami benar2 berpuashati dgn produk yg dikeluarksn nanti.

Terima kasih kpd anda yg xputus2 pm kami bertanyakan tentang kambing golek FarmBerry 




Untuk permulaan, kami tawarkan pakej golek FarmBerry πŸ’ dengan harga pengenalan. Boleh hubungi kami di talian 0142234786 atau 0172260719 . Insha allah kami akan melayan anda dgn mesra πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š.

Harga adalah termasuk kos pengangkutan ke lokasπŸ˜šπŸ˜˜πŸ˜™.
 — feeling excited at FarmBerry & Network.


Terima Kasih

Majalah Saji Bulan Oktober - Selera Berinfo !


Selamat hari Malaysia heart emoticon Ini lah cover terbaru majalah Saji keluaran Oktober 2015.

Bertemakan Selera Berinfo...keluaran ini menampilkan aneka seleksi resipi dan info berkaitan makanan khas buat para pembaca setia.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskah Saji terbaru ini di kedai buku dan majalah berhampiran anda.




Terima Kasih

Sultan Berjiwa Rakyat !


Pernah Anda melihat seorang Sultan 
sedang menikmati hidangan bersama Rakyat jelata dengan hanya duduk bersipuh , tiada beralas karpet yang selesa sambil
makan dengan tangan jemari hanya minum air di botol mineral ? 

Daulat Tuanku! Hanya Di Johor



Kredit Untuk : ROYAL JOHOR OFFICIAL 




Terima Kasih

Tak Lulus Tak Naik Kelas !


SISTEM KENAIKAN SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Ada kenangan tak Johorean ?

- dulu sekolah agama, kita panggil 'sogame'
- kalau ustad, kita tak panggil ustad, kita 'panggil cikgu sogame'
- dulu sogame sebelah petang. Skg pagi pun dah ada.
- tak lulus bermakna tak naik kelas
- dulu darjah 3 skolah kebangsan, bru boleh sogame. Skg darjah 1 SK dah boleh masuk sogame
- Pabila dikenang kembali, rasanya mata pelajaran yang dipelajari di darjah Khas sememangnya berat sekali untuk anak-anak dalam usia mentah.
Antaranya; MUNAKAHAT (Nikah Kahwin), MUAMALAT (Perdagangan), TAUHEED, IBADAT, FEQH, TASAWUF, Bahasa ARAB dan sebuah kitab yang dikenali sebagai MUTAAL BADRIN (jangan tanya admin apa maksudnya, admin sudah lupa!). Dengar nama buku sahaja mungkin sudah cukup untuk memberi "tabik spring" pada mereka yang mempelajarinya, (eh.. Admin salah seorangnya!).

Kalau ada lgi sila tambah. Dan kalau ada memori, leh kongsikan....



chef obie - Terkenang..menuntut ilmu di sekolah agama assyakirin masai...bile lihat kitab2 ini.. x lulus x naik darjah...Alhamdulillah berjaya juga selesai sehingga darjah khas bersama teman2 seperjuangan...

Kredit Untuk : 

 Saya orang johor'


Terima Kasih

Resepi Turunkan Kolestrol : Air Barli Lemon



RESEPI TURUNKAN KOLESTROL | Air Barli

 Lemon smile emoticon



Bahan-Bahan:

Barli biji

Madu
Lemon

Methodology:

Basuh barley & rendam seketika.
Masak barli sehingga lembut.
Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.

Siap!

Kebaikan :

- Menurunkan kolestrol
- Menurunkan berat badan
- Mencegah jangkitan saluran kencing
- Mencegah batu karang
- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
- Mengawal gula dalam darah

** Utk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.



chef obie beri kredit kepada : Dr Malinda Health & Beauty Clinic



Terima Kasih

Hidangan Istimewa Signature's By Chef Obie- At FOODJAM Sg Buloh



Share & LIKES

STEAMROLLER LASAGNA CHEF OBIE

Pasti Anda belum pernah nikmati..
Hidangan Istimewa daripada chef obie ini...

Steamroller Lasagna!

Limited edition hanya pada Sabtu di FOODJAM 
BUKIT RAHMAN PUTRA
SG BULOH 

Hidangan Istimewa daripada chef obie yang terhad setiap hujung minggu untuk semua pelanggan-pelanggan yg menggemari hidangan pasta & grill di FOODJAM..

Yang Surprisenye... setiap hujung minggu ( Jumaat & Sabtu ) menu Istimewa yg BERLAINAN.. harga pun SURPRISE...



Terima Kasih

Tausiah " Syed Mokhtar AlBukhary" Khusus Buat Melayu




TAUSIAH SYED MOKHTAR BUAT UMAT 

MELAYU

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

**************************************************

KAMI LEBIH SUKA MENCARI PERSAMAAN DARIPADA MEMPERTIKAI PERBEZAAN. ADA BANYAK PERSAMAAN FALSAFAH DI SEBALIK TAUSIAH INI BAGI RPWP WALAUPUN TERDAPAT SEDIKIT SEBANYAK PERBEZAANNYA. 

JIKA TIDAK MAMPU MEMBANTU, JANGANLAH SUKA MEROBOH APA-APA USAHA YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH ORANG LAIN. 

BANYAKKAN BERMUHASABAH DENGAN MENUDING KE DALAM DIRI DARIPADA BANYAK MENYALAHKAN ORANG LAIN. ITULAH YANG PALING MENYULITKAN USAHA PEMBANGUNAN ORANG MELAYU, IAITU "PERANGAI HASAD DENGKI" (PHD).


Kredit Untuk : Warga Prihatin

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign