Assalammualaikum wbt,
terima kasih kerana melayari blog chef obie hari ini,
ada berita hangat dan menarik kepada anda diluar sana yang dahagakan ilmu
masakan secara percuma dan yang paling penting keberkatan!Ya ilmu perniagaan makanan katering dan candy buffet.. akan diajar secara percuma termasuk ilmu masakan , menu , costing untuk katering , marketing , pembelian dan penyimpanan bahan mentah , jangka hayat masakan dan banyak lagi...
Kursus yang diadakan ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada baka-bakal usahanita , melahirkan usahanita katering on line dan offline berjaya juga menjana pendapatan kepada usahanita yang gigih berusaha...
Ianya Percuma sahaja - Kursus diadakan selama 5 Hari di Hotel Citrus Kuala Lumpur bermula pada 27 / 10 / 2014 ( Isnin ) sehingga 31 / 10 / 2014 ( Jumaat ) , segala kos peserta di kursus masakan katering dan candy buffet ini ditanggung, jadi anda tidak perlu keluarkan duit untuk mengikuti kursus terhangat ni!Makan minum dengan menu istimewa di hotel Citrus serta intipati program kursus yang menarik dan tunjuk ajar oleh chef profesional dan berpengalaman.
Candy Buffet
Katering Buffet
Peserta bukan sahaja dapat menghadiri kursus selama 5 hari secara percuma, setiap peserta juga akan dipantau selama 6 bulan oleh pihak pengendali program dan Jabatan Pembangunan Wanita... best kan?
Ianya Terbuka kepada semua kaum hawa , muda , pertengahan...perempuan , wanita , ibu tunggal , balu ,surirumah sepenuh masa , berniaga online secara kecil-kecilan , yang paling penting amat berminat dengan perniagaan makanan - katering... kak long -kak long yang suke buat kek dan berniaga macam-macam jenis makanan kat fb tu silalah take noted!
Apa yang perlu anda buat ialah , menghadiri temuduga Kursus Makanan Katering Dan Candy Buffet di ;
Lokasi : Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Tingkat 10,
Grand Season Avanue ( Hotel Grand Season )
Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Tarikh : 23 / 10 / 2014 ( Khamis )
Masa : 9 pagi hingga 4 petang
Pihak Jabatan Pembangunan Wanita Dan Chef Obie & team akan menilai anda untuk menyertai program menarik ini!Jumpe anda disana khamis ni....