CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 13 Julai 2015

Resepi Nasi Mandy Popular



RESEPI NASI MANDY POPULAR

Bahan ayam:


2 ekor ayam ~  seekor dibelah 4 dan di cuci bersih

1 sudu besar  serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 1/2 sudu kecil serbuk zaafaran atau sekiranya tiada kunyit
1 sudu besar serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) chef kongsikan macam mana nak buat rempah kabsa di bawah resepi ni ok...
4 biji bawang besar ~ dihiris bulat
4 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.



Cara Penyediaan ayam:



1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 20 minit.

2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.

3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, boleh campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.Aroma akan lebih menyengat... sennngaat!



Nasi: 



4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis hitam dan golden Yellow
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.



Cara Penyediaan Nasi:



1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 3 titis pewarna kuning, kacau dan gembar gemburkan nasi dan masak nasi sehingga masak.





Sos:


2 biji tomato ~ hiris
10 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
2 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam dan Gula secukup rasa
Perahan lemon.

Cara penyediaan:


~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Ulam:


~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato dan lettuce

Resepi Rempah Kabsa buat sendiri...


Resepi Rempah Kabsa 



Bahan - bahan: 

1 sudu makan bunga cengkih

**1 sudu makan lada hitam 
**1 sudu makan jintan manis
**1 sudu makan jintan putih
**2 sudu makan biji ketumbar 
**1 sudu makan buah pelaga 
**1 sudu buah pelaga hitam
(black cardamom pods)
**1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit 



Cara penyediaan: 

1. Goreng tanpa minyak

bahan-bahan yg bertanda **
sehingga naik bau dan
angkat.
2. Kemudian kisar semua
bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara. Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan
daging.

Terima kasih juga yang sudi bersama chef berkongsi resepi ini...layan.. semoga anda semua diberkati..Amiin


Terima Kasih

Resepi Ayam Golek Madu , Ayam Golek Percik , Ayam Golek Lada Hitam dan Ayam Golek BBQ



hot!

Peminat ayam golek jangan lepaskan peluang memiliki ebook ini.
Apa yang anda cari ada didalam.Dapatkan sekarang hanya RM30.00

RESEPI AYAM GOLEK MADU POPULAR

RESEPI AYAM GOLEK PERCIK POPULAR

RESEPI AYAM GOLEK LADA HITAM 

RESEPI AYAM GOLEK BBQ..... 

jangan lepaskan Peluang untuk memiliki ebook Yang popular semenjak ia mula dipasarkan pada tahun 2013/14 sehingga sekarang 2015 menjadi pilihan netizen dan anda yang ingin mengetahui rahsia dan resepi Ayam golek popular ini!

Melayakkan anda untuk mendapat 5 ebook PERCUMA seperti


  


Sila Tempah sekarang !  Hanya RM30.00 sahaja seunit




Dapatkan sekarang ebook chef obie! Hanya RM30.00 sahaja melayakkan anda untuk menerima 5 ebook istimewa ini.

Hanya RM30 

seunit


Cara Pembelian :

Bank In ke Akaun MBB ( Maybank )

151409098193

atas nama Muhamad Gunawan Jamil

Bukti pembayaran sila SMS: 

 Nama ebook  , RM30 , masa , tarikh dan

 email anda , kemudian sila hantar ke 

017 2260719
( whatsapp / sms )

Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign