CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 17 September 2015

DIY Resepi Laksa Johor Popular



Share & LIKES


RESEPI LAKSA JOHOR CHEF OBIE

Bahan:

1 paket spageti (direbus terlebih dahulu)

Bahan A: 
Direbus dan dikisar (asingkan)
1 kg ikan kembung / selayang@sardine / selar mata besar
120 gm udang basah
1 sudu besar udang kering

Bahan B 
(dikisar):
4 biji bawang besar
10-15 tangkai cili kering 
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai 
2 keping asam gelugur@ keping
1 1/2 cawan santan pekat
1 liter air
1 paket kerisik
3 sudu besar rempah kari

Bahan hiasan:

8 biji limau kasturi
1 biji timun (dihiris halus)bahagian tengah dibuang
segenggam tauge segar
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih

Bahan sambal belacan LAKSA JOHOR:

15 btg Cili kering ( direbus terbih dahulu )
1 inci belacan (dibakar)
Garam secukup rasa
3 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis ( perahan air sahaja )

Cara membuat:

Pertama sekali- Rebus spageti dan tos terlebih dahulu.Rebus ikan, udang, udang kering dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.

Untuk menyediakan kuah , tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wangApabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa minit.

Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.Masukkan santan pekat , kerisik diikuti dengan air dan masukkan asam keping.Perasakan garam dan gula secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat dengan api kecil selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam,lebih lama masak dgn api kecil kuah lebih tahan lama walau tidak simpan dlm peti sejuk..apa pun kuah laksa dah power x simpan dlm peti ais..habis aje! Selamat mencuba di hujung minggu..

FOLLOW IG : chef_obie_official


Terima Kasih

DIY Resepi Dessert- Chilled Honeydew Sago Popular !






Share & LIKES 


RESEPI CHILLED HONEY DEW SAGO 

CHEF OBIE

Tengah hari ni chef obie nak sharing resepi Chilled Honey Dew Sago..Waaaa....segar rasanye...

Bahan

1 Biji Buah Honey Dew ( saiz Sederhana diambil isinya )boleh dipotong kiub atau pun dibentuk bebola.- separuh bahagian diblender

3/4 Sago atau orang putih panggil tapioca pearls

1/2 Cawan Santan
1 Liter Susu Segar @uht
100 ml Whipping Cream
1/2 Cawan Gula
2 Sudu Besar Gula Melaka atau gula merah
2 Helai Saun Pandan

*Ais Batu secukupnya

ebook masakan PERCUMA

Cara Membuat

1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan Sago dan kacau..biar ia 10 - 15 minitsehingga sago kembang dan lembut.

2.Tapis sago dan bilas dengan air sejuk.

3. Menggunakan pot atau periuk, panaskan santan, susu , whipping cream, daunpanda dan gula .Kacau perlahan sehingga mendidih, apabila mendidih bolehmatikan api.

4. Sejukkan diluar dahulu, masukkan honeydew yang telah diblender dan dipotong kiub/ dibentuk bebolajuga masukkan sago.Simpan dalam peti sejuk.

5. Hidangkan dalam keadaan Sejuk...mmmmmmm segaaarrrr rasenye...Selamat Mencuba.

Biase menu ni akan ada dlm set buffet lunch hotel ... terselit antara manisan tempatan seperti pengat pisang , bubur cacar dan sebagainya.....

FOLLOW IG : chef_obie_official


Terima Kasih

DIY Resepi Tum Tib Grob atau Red Ruby Paling sedap !


Share & LIKES


RESEPI TUM TIM GROB @ RED RUBY CHEF OBIE

Kali ni nak berkongsi resepi manisan dari negara thailand...sawadikap...kan khun kaap..mmm betul ke bunyinye???! Pasti anda pernah makan manisan thai ni.. SELAMAT MENCUBA

Bahannya.

500 gm sengkuang cina. 
Hirisan Nangka Madu secukupnya
1 cawan santan 
Garam secukup rasa
Tepung ubi
Pewarna merah
Air gula atau sirap rose

ebook masakan PERCUMA

Cara Membuat

1.sengkuang cina potong dadu , rendam dalam air yang telah dicampursedikit pewarna merah dalam sejam kemudian toskan.

2.sengkuang yang telah diwarnakan itu disalut pula dengan tepung ubi,pastikan sengkuang disaluti penuh dengan tepung ubi tau..sebab kita akan merebus sengkuang ini.

3.Panaskan air-apabila air mendidih masukkan sengkuang yang sudah disalutdengan tepung ubi.biar sengkuang tu timbul dipermukaan baru angkat tau...kemudian apa lagi masukkan dalam mangkuk dan dah boleh dihidangkan bersama santan.masukkan air gula ikut rasa manis masing-masing. selalunya santan tu masukkan sedikit garam dan hirisan nangka wajib ada kalau tidak..jangan panggil tim tim grob!!!.sedap dan nyaman ditekak...tau.. Selamat mencuba ...

IG: chef_obie_official
Whatsapp 0172260719


Terima Kasih

DIY Resepi Kulit Karipap Rangup & Lembut Paling Sedap!


Share & LIKES


RESEPI KULIT KARIPAP RANGUP + LEMBUT CHEF OBIE

Bahan Untuk kulit karipap ( 80 biji )

900gm Tepung Gandum
60gm Tepung Ubi 
40gm Tepung Beras
1/2 cawan minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( marjerin atau boleh gantikan minyak masak )
2 cawan air yang sudah dilarutkan dengan sedikit garam

ebook masakan PERCUMA

Cara buat kulit karipap

1-Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.

2-Masukkan minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dengan spatula sementara minyak masih panas.

3-Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika, sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.

4-Uli sebentar,bentukkan doh menjadi bebola tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Petua bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng
(Optional ) perlu tambahkan 1 senduk lelemak sayuran @ shortening ke dalam minyak masak.Ia juga bagi memastikan kerangupan karipap.Goreng pada api yang sederhana dan perlu dibalik balikkan. Selamat Mencuba! 

*optional- jika ada boleh digunakan ,jika tiada boleh abaikan

FOLLOW IG : chef_obie_official



Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign