CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 25 September 2013

Fakta Coklat !


Gambar : sumber google image

Fakta coklat

Obie Berkongsi sedikit info....
enjoy..

Fakta 1:

Coklat tidak menyebabkan jerawat.Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka

Fakta 2:

Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."

Fakta 3:

Penghidap diabetes boleh makan coklat dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4:
Coklat tidak sebabkan karies gigiApabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5:

Coklat tidak sebabkan sakit jantung dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6:

Coklat kuatkan tenaga batin?Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

kredit juge untuk blogger- ummichocohomemade

Terima Kasih

Info - Jenis-jenis Gula


1. Gula pasir (coarse sugar)

Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.

2. Gula halus (fine granulated sugar)

Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.

3. Gula kastor (castor sugar)

Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.

4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)

Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).

5. Gula perang (brown sugar)

Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.

6. Gula merah/gula melaka/gula kabung

Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.

7. Sirap emas (golden syrup)

Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.

8. Gula hitam (treacle @molasses)

Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.

9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)

Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign