CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 30 April 2020

Lew Yun Pau, Dari Anak Cina Yg Mencari Tuhan Kpd Ebit Irawan, Jutawan Beriman Yg Pemurah

Lew Yun Pau, Dari Anak Cina Yg Mencari Tuhan Kpd Ebit Irawan, Jutawan Beriman Yg Pemurah



Comel budak ni. Suka tengok budak-budak pakai gini, stail pondok gitu. Simpan di sini buat pengubat rindu. Heh. Budak ni, bukan sebarang budak. Hidupnya penuh ranj@u. Seorang anak cina yang berkelana mencari Tuhan.

Alhamdulillah, Allah sayang beliau. Allah mendengar suara hati beliau. Beliau sekarang bukan lagi budak hingusan yang sering diherd1k, dih1na dan dihalau dari masjid, tapi beliau sekarang seorang jutawan yang sangat sayangkan agamanya, sangat kasihkan nabinya sangat rindu para sahabat baginda.

Sebagai bukti cintanya kepada baginda, diambil sunnah sebagai pakaiannya. Dihiasi diri dengan akhlak baginda. Diamalkan apa yang diperintahkan nabinya. Berdakwah dan terus berdakwah. Mengajak manusia menuju SyurgaNya.

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.
Biodata Ustaz Ebit Lew
Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun (2020)
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Agama: Islam
Status : Berkahwin

Pendidikan :
SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas
Pencapaian :
Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.
Beliau cukup terkenal dengan keperibadiannya yang suka membantu orang. Ustaz Ebit Lew, jutawan beriman.
Kredit; http://muhaim.in/ & Wardah Abdul Rahman

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign