CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 23 Disember 2013

Bersyukur


kredit : fadlhijauhari.wordpress

Terima Kasih

DIY - Resepi Telur Pindang


Mesti korang pandai makan telur pindang ni kan..
Bie memang suke dengan telur pindang..
jadi tak salah lah kan kalau Bie sharing resepinye...
korang boleh lah mencube sendiri..
boleh dikecilkan resepinye..
ape pun resepi yang bie beri ni
pun dah kire kecik juge...

Resepi Telur Pindang @ telur rebus berempah
( Masakan Johor )


Telur Ayam atau itik 20 biji
Jintan Manis 1 sudu kecil
Biji Ketumbar 1 sudu besar
Cili Kering 10 batang
Bawang merah 8 ulas ( kulit bawang tidak dibuang-dicuci bersih )
Bawang putih 4 ulas ( kulit bawang tidak dibuang-dicuci bersih )
Serai 2 batang
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
Daun Jambu Biawas ( muda ) segenggam atau seikat ( boleh beli dipasar borong )
Asam Jawa 2 sudu besar
Garam 3 sudu besar

Cara Membuat

1.Rebus terlebih dahulu telur .pastikan air biar mendidih dahulu barulah masukkan telur dan biarkan 3/4jam barulah diangkat dan disejukkan.

2.Bahan – bahan seperti jintan manis, biji ketumbar , cili kering, halia, bawang merah dan bawang putih ( berserta kulit sekali )dimasukkan ke dalam blender, kisar hingga kesemua bahan separuh halus.

3.Manakala daun jambu ditumbuk atau diramas sahaja.

4.Panaskan periuk dengan menjerang air separuh periuk terlebih dahulu,pastikan air melebihi paras telur yang ingin direbus.Masukkan kesemua bahan tadi juga perahan asam jawa, masukkan garam dan rebuslah sehingga 4 jam lamanya dengan api yang sederhana, setelah siap bolehlah diangkat.

Info daripada chef- sebelum diangkat telur keluar dari periuk-sebaiknya setelah matikan api biarlah telur itu dalam periuk 15 minit,kemudian barulah diangkat.
Telur pindang sinonim dengan majlis perkahwinan, kenduri, juga boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai lauk tambahan daan boleh juga untuk dijual.


Terima Kasih

DIY - Resepi Nasi Minyak ( Masakan Negeri Johor )


Tercari - cari resepi nasi minyak?
Jom try resepi daripada chef obie...
InsyaAllah korang mesti suke!

Selamat mencuba

Resepi Nasi Minyak ( Masakan Johor )

Bahan

Beras Wangi Siam 900gm
Minyak sapi @ ghee 120 gm
Susu Cair 125ml @ 1/2 cawan
Halia 1 inci ( dicincang )
Bawang Merah 5 ulas ( dimayang )
Bawang Putih 3 ulas( dimayang )
Bunga cengkih 5 biji
Buah pelage 5 biji
Kulit Kayu Manis 1 batang @ 1 inci
Daun Saderi 2 batang
Air Mawar 1 botol kecil ( jika tiada juga tidak mengapa )
Garam secukup rasa
Stok ayam/ perisa ayam 1 kiub sahaja
Pewarna kuning
Daun Pudina ½ ikat pucuk dan daun sahaja
Kismis Hitam dan emas 1 sudu besar
Gajus 1 sudu besar ( digoreng )
Air 900gm/ ml

Cara membuat

1.Panaskan periuk terlebih dahulu, masukkan minyak sapi@ghee sehingga pijar, kemudian masukkan pula halia tumis sebentar, masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang,cengkeh , pelage , kulit kayu manis kacau hingga layu dan naik bau.

2.Kemudian masukkan air- air boleh dikurangkan sedikit jika mahu, sus cair, daun saderi , garam dan perasa ayam.

3.Apabila air telah mendidih , biarkan ia 2 minit. Selepas 2 minit mesukkan beras dan kacau perlahan-lahan.

4.Apabila nasi itu hendak menjadi kering masukkan lah air mawar dan kacau perlahan hingga rata.( jika tiada air mawar tidak mengapa anda perlu gantikan dengan air biasa pun boleh ).

5.Tutup dengan penutup periuk rapat-rapat 10 hingga 12 minit, kacau lagi nasinya perlahan lahan.Setelah itu tutup rapat lagi hingga masak.

6.Apabila telah masak, titiskan pewarna merah diatas permukaan nasi biar kelihatan berselerak,taburkan kismis dan gajus yang telah digoreng, juga daun pudina.Tutup sebentar penutup 3 minit.Kemudian buka penutup kacau perlahan dan mesra. Siap untuk dihidang.


senangkan..., kepada chef-chef , tukang masak , pengusaha katering , blogger masakan,
ibu-ibu, peminat dunia masakan dan sesiapa sahaje korang bolehlah mencuba resepi chef obie ni...

enjoy!

Terima Kasih

DIY : Resepi Rainbow Kek Dan Italian Meringue Buttercream yang sedap dan chantek!


Terima kasih kepada anda yang mengingatkan
kepada chef obie mengenai .. Resepi Rainbow Kek
dan Italian Meringue Buttercream..

Apa yang Bie sharingkan Hari ni, InsyaAllah
anda akan membuat rainbow kek dengan chantek...
sila sukat dengan tepat berpandukan jumlah bahan
yang digunakan dalam resepi Bie ini..
kepada anda yang pernah mengikuti kelas rainbow kek ini..
boleh sharing bersama teman-teman yang lain yea..
yang tak dapat join kelas Bie ni.

kirenye anda DIY r.. ( do it yourself )

Selamat mencuba

Rainbow Kek

Unsulted Butter/ Mentega 220gm
Castor Sugar / Gula Castor 360gm
Egg White / Telur Putih 5nos/biji
Flour / Tepung Gandum 420gm
Baking Powder 1tspn
Vanilla Essence
Salt /Garam secukup rasa
Fresh Milk 350ml


Cara membuat

1.Panaskan Oven 170-175’c ( mengikut oven masing-masing - ada yang perlu 180'c )

2.Sediakan Loyang @ rim kek saiz 7’inci sebanyak 6,lapik kertas minyak atau parchment paper.

3.Tapis tepung, baking powder dan ketepikan.

4.Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna.

5.Masukkan telur putih satu persatu , teruskan pukul sehingga sebati Masukkan Vanilla Essence

6.Akhir sekali masukkan tepung dengan di selang selikan dengan susu.

7.Adunan yang telah siap dibahagikan kepada 6 bhagian dengan berat setiap satu 250gm
Warna yang digunakan kuning,merah,oren,biru, ungu,hijau, ( anda boleh guna 7 warna )

info- kalau anda nak tahu resepi diatas ini merupakan 'Victorian Sponge Cake'
kalau dekat uk sana ia biasa digunakan sebagai asas sponge kek untuk kek rainbow.
sekarang anda dah tahu resepi victorian sponge kek, resepi ini juge boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek lain..kek-kek kontemporari.( ianya agak manis sedikit )


Italian Meringue Buttercream

Air 120ml
Gula Castor 430gm
Egg White / Telur Putih 250gm
Unsulted Butter 680gm
Vanilla Essence

Cara membuat

1.Pukul putih telur sehingga kembang.

2.Panaskan gula dan air selama 7 minit

3.Selepas gula telah mendidih masukkan ke dalam putih telur dengan hala laju pukul yang tinggi.Teruskan pukul hingga dasar mixer sejuk.lebih kurang 10-15 minit.

4.Masukkan mentega, pukul sehingga semua sebati.

5.Siap dan boleh digunakan / disimpan dalam pet ais dan boleh dipukul kembali untuk kembangkan lagi.

info- pastikan gula dan air telah bubbling, berbuih- buih dan agak
kepekatan ( jika ade penyukat suhu gula-juge boleh digunakan pada titik 115-130'c
jangan sampai suhu 160'c-170'c kerana ianya akan menjadi karamel,apabila telah karamel ianya tidak boleh digunakan lagi- pastikan rupanya masih jernih clear dan pekat.



p/s- Sila pastikan keselamatan semasa membuat Italian Meringue Buttercream ini..
"think safety first my friends...."




Terima Kasih

Menara KL : Pertandingan Memasak Masakan Warisan Berasaskan Nanas


Pada minggu lepas, Chef obie telah turut dijemput
menjadi salah seorang juri untuk
"Pertandingan Memasak Masakan Warisan Berasaskan Nanas Menara Kuala Lumpur"
Terima kasih kepada Aroma- Suri Media, PTS Media Group,
Menara Kuala Lumpur , 360' Atmosphere , Komunikasi TM ,
MOA Ministry of Agriculture dan beberape lagi badan dan syarikat yang
turut bekerjasama.

Juri pertandingan diwakili oleh Chef Helieza , Chef Halim dan Chef Obie..

Jom layan pic-pic candid sepanjang pertandingan..


Para juri menjalankan tugas...


Chef Helieza , chef halim ngan chef obie sedang berbincang..
untuk mencari juara pertandingan memasak Masakan Warisan
Berasaskan Nanas... markah telah dikumpul...


orang kuat aroma- suri media...


Para pemenang...

Bie ucapkan tahniah kepada semua yang telah menyertai
pertandingan memasak ini.Kerjasama sepanjang pertandingan
memudahkan untuk para juri mencari sang juara dan pemenang
seterusnye....
Bagi yang tidak berjaya, InsyaAllah cuba lagi tahun hadapan...
anda juga berbakat dan mahir dalam masakan.. apa yang perlu ditambah dan diperbaiki
setelah para juri memberi pandangan dan nasihat dalam menyediakan masakan berasaskan
nanas ini.

Hadiah juga lumayan -tempat pertama RM1000 , piala dan hamper daripada
pihak penaja.
Tempat Kedua RM700 , piala dan hamper daripada penaja , ketiga - RM500 , piala
dan hamper penaja juga saguhati kepada semua peserta sebanyak RM200 dan hamper daripada
penaja.


Jumpa lagi ditahun akan datang.






Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign