CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 8 September 2016

18SX Episode Pengsan Dalam Bilik Mandi

*```PENGSAN
DALAM BILIK MANDI```*

*```kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.```*

```1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.```

```3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.```

👉```Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.```

✅```Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡!!!

🚿Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita``` ```cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.```

🚿```Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.```

🚿```Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
In shaa Allah..```

🚫```Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama....```


Terima Kasih

MENU HOT KOPITIAM

#kopitiam
#menukopitiam
#prawnmee

Wow sekali pekena kopi o kaw kopitiam..sampai mati tak boleh lupa..
Pekena Roti Banggali Kopitiam..
Congee telur setengah masak..
Ipoh Kue Teaw Sup..Steam Bun Kaya..
Prawn Mee, Ipoh Mee Kari ,Kulit Ayam Crispy, Laksa  Penang mali..Hainan chicken rice ,Hainan chicken chop & banyak lagi "MENU HOT KOPITIAM"
Dikongsikan DALAM ebook "MENU HOT KOPITIAM"

Untuk dapatkan " MENU HOT KOPITIAM"

Sila WHATSAPP "KOPITIAM "

ke 0172260719

Terima Kasih

chefgunawanmalaysia.blogspot.com


Terima Kasih

RESEPI SALATAH ATAU SALAD MANDY YEMEN UNTUK NASI MANDY AYAM & NASI MANDY LAMB

Share & Likes

RESEPI SALAD MANDY YEMEN
( Nasi Mandy Ayam & Kambing Condiments )

Bahan

1 btg Timun tempatan potong dadu ( buang isi )
1 btg Timun Jepun potong dadu
4 biji Tomato potong dadu
1 biji Bawang Merah potong dadu
1 btg Cili Merah Dimayang halus
1 btg Cili Hijau Dimayang halus
5 btg Cili Padi Dimayang halus
1 biji Perahan Lemon
Sedikit Daun ketumbar dan daun pudina dimayang
Minyak Zaitun Extra Virgin secukupnya
Gula dan garam sebagai perasa.

Cara Penyediaan :

1.Dalam mangkuk satukan ke semua bahan dan gaul mesra.

2.Simpan dalam peti sejuk sekurangnya 1 jam sebelum dihidang bersama Nasi Mandy, sos hararah,sup mandy, ayam mandy dan kambing mandi.. Selamat mancuba.

Chef obie pakar menyediakan Hidangan Nasi ARAB... terutama Nasi Mandy..
Jika Anda memerlukan perkhidmatan katering...
Juz whatsapp : 0172260719

Follow my ig
chef_obie_official
FB: chefobie untold
FB Page : smallplate by chef obie

Whatsapp 0172260719


Terima Kasih

18SX CERITA DISEBALIK SITUASI

*CERITA DIBALIK SITUASI*

```Situasi 1
Suatu hari orang kampung berniat  untuk melakukan sholat hajat memohon turunnya hujan.
Waktu mau sholat banyak orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang anak yang membawa payung. Karena dia yakin doanya akan dikabulkan Allah

Itulah yang dinamakan KEYAKINAN.

Situasi 2
Bila Anda melambungkan  bayi ke udara, dia tertawa sebab dia tahu Anda akan dapat menangkapnya.

Itulah yang dinamakan KEPERCAYAAN.

Situasi 3
Setiap malam ketika kita tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set alarm untuk kita bangun pada esok hari.

Itulah yang dinamakan
HARAPAN.

Teruslah memasang “KEYAKINAN, KEPERCAYAAN, dan HARAPAN” kepada Allah Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu Segalanya.

Situasi 4
Bila Anda bertemu seorang wanita cantik dan dari keluarga baik2, Anda ingin menikahinya, tetapi wajah isteri Anda selalu muncul di pikiran.

Itulah yang dinamakan
KETAKUTAN....
😃😃😃

Situasi 5
Anda di situasi 4 tapi tetap melamar wanita tersebut

Itulah yang dinamakan
KEBERANIAN...
😄😄😄

Situasi ke-6
Saat melamar wanita nan cantik itu, tiba2 istri Anda muncul

Itulah yang dinamakan
KETAHUAN
😀😀😀😀😀

Situasi ke-7
Ketika Anda pada situasi 6 istri datang dengan anak,  serta keluarga besar mengizinkan acara tersebut tetap berjalan demi menjaga nama baik Anda.
Itulah yang dinamakan
KEAJAIBAN

Situasi ke-8
Setelah Anda pulang dan tampak segalanya berjalan dengan baik, aman, dan tentram istri Anda tersenyum sambil menyuguhkan kopi kesukaan Anda lalu tiba-tiba Anda tak sadarkan diri

Itulah yang dinamakan
KERACUNAN```
😃😃😃


Terima Kasih

18SX episode 1

Ambil masa baca sekejap ye...

Kisah Pertama : Seorang saudara lelaki bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah saudara perempuannya itu melahirkan seorang bayi yang comel.

"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Saudara lelakinya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, terlihat isterinya sedang merajuk di rumah. Mereka berdua telah mengalami pertengkaran kecil. Selang beberapa bebulan kemudian, antara suami dan isteri ini terjadinya perceraian antara mereka.

Dari manakah punya masalah rumahtangga mereka? Dari ucapan dan pertanyaan kecil yang diucapkan oleh saudara lelaki kepada isterinya.

Kisah kedua : Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya.

"Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”

Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut menghilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga : Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak saat itu dirinya membenci pekerjaannya. Lalu meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat : Seseorang bertanya kepada makcik tua.

"Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah keterlaluan sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi."

Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan tadinya dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah diri kita dari mencampuri kehidupan orang lain.
Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperilaku seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini.
Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Nauzubillahi min zhalik

#hidupsementara #tiadayangsempurna #copypaste #chefobie #18sx


Terima Kasih

18SX

Zaman dahulu bila duduk aja kat restoran kita akan tanya,teh ais ada?
Zaman sekarang kita akan tanya "mamu, password wifi apa"...

Zaman dahulu, imam akan remind, "luruskan saf, rapatkan antara tumit"..
Zaman sekarang imam akan remind, "matikan henpon..."..

Zaman dahulu kita terima khabar mengejut dengan telegram,
Zaman sekarang kita sembang dengan Telegram...

Zaman dahulu banyak accident kereta sebab terlelap,
Zaman sekarang banyak accident sebab sibuk whatsapp.

Zaman dulu kita berjual beli pakai timbang kati,
Zaman sekarang kita jual beli pakai GST

Zaman dulu org bangun pagi dok mikir nak makan ape,zaman skrg org bangun pagi dok mikir nak makan sapa......

Semoga bahagia

Assalamualaikum...
Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat riyak dan sombong dgn apa yg kita miliki .. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah..
Bt renungan bersama..💙

Sekiranya anda ingin copypaste .Silakan
Terima Kasih kepada penulis yang tidak diketahui.
Chef obie ucapkan Terima Kasih..


Terima Kasih

Motivasi Hari Ini

Motivasi hari ini 😊😊😊😊

Ada orang malu nak bagitau dia berniaga. Malu nak bagitau dia jual online, malu nak bagitau dia jadi dropshipper, malu nak letak iklan kat wall, malu nak bagitau kawan kawan yang sabtu ahad dia bukak meja jual nasi lemak, segan nak canang dia jual kuih petang petang.

Kenapa mesti malu ye? Aku ada kawan yang weekday dia kerja as banker dan weekend dia bukak meja jual air mangga. Sedikit pun takde rasa takut untuk di kecam.

"Eh kau jual air mangga. Keje banker tak cukup duit ke"

Kalau kau dengar ada suara suara sumbang macam ni, kau jangan pegi maki dia. Kau tapau satu cawan kasi dia minum free. Lepas tu kau cakap kat dia, kalau sedap lepas ni singgit satu cup.

Sama ada kau berniaga atas dasar nak carik duit lebih memandangkan kita semua ada hutang nak hadap setiap bulan. Atau berniaga sekadar suka suka. Tak usah malu. Semua rezeki Allah dah tentukan. Semuanya kerana gerak dari Dia. Kita bukan buat kerja haram. Kita berniaga je gais. Bukan pegi mencurik. Jangan malu dalam mencari rezeki. Jangan rasa takut standard kita jatuh. Malulah jika kamu malas dan hanya mengharap belas ikhsan dari orang.

Dan bagi kamu yang suke mengata kawan kawan yang berniaga kecik kecik ni, nasihat aku satu je. Kau belum diduga Tuhan lagi. Dunia ini roda. Ada masa kita diatas. One day kita pasti dibawah. Jangan menghina.

Mungkin mereka itu tidurnya lebih lena dari kita.

SAYA TAK MALU.. SEBAB KALAU SAYA MALU, DUIT PUN MALU MAU DATANG.. MALU BIAR BERTEMPAT..

Kredit : copypaste


Terima Kasih

APA YANG KAU PERLU IALAH KEPERLUAN BUKAN KEHENDAK

#salamjumaat
#malamjumaat
#khamismalamjumaat

Assalammualaikum 😁
Cuaca agak dingin ,Hujan lebat dari
Petang tadi..Alhamdulillah..
Rezeki, Perancangan & Rahmat Allah swt Dlm pelbagai rupa..& yg terbaik
Untuk setiap hambaNYA.

Termenung sebentar dari luar jendela..
Tersenyum sorang-sorang..muhasabah diri 😊

I Like

"APA YANG KITA PERLUKAN IALAH
KEPERLUAN , BUKAN KEHENDAK.
KERANA KEHENDAK TIDAK PERNAH PUAS"

Renungan bersama...

Ig: chef_obie_official


Terima Kasih

RESEPI KUIH KERIA POPULAR

#kuihkeria

Petang-petang ni apa kata hakak-hakak yg ada masa boleh ke dapur buat kuih keria...sempoi punye..makan kuih keria panas-panas bersama dengan kopi O sambil menikmati pemandangan Jerebu diluar...😄😄😄😄
Cancel program nak jogging petang ni..udara x sihat kt luar tu..konon !

Resepi Kuih Keria Sempoi chef obie

Bahan-bahan
500 gm Ubi keledek 
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara Membuat

1.Rebus keledek keledek hingga empuk 
kemudian  lenyek .

2. Masukkan garam,tepung gandum, uli hingga  sempurna dan tidak lekat di tangan, senagkata menjadi doh yang cantik,jika doh agal lembik jangan risau,chef tidak galakkan anda menambah tepung terlalu banyak, kerana ia akan menjadikan kuih keria kurang sedap...( optional - jika anda ingin mudah membuat doh keria tambah lagi tepung gandum sehingga ia tidak melekit di tangan )

3.Apabila telah siap menguli doh keria, bahagikan doh dengan menimbang doh seberat 35-45  gm setiap satu-atau mengikut suka dan kreativiti anda,kemudian
bulatkan ,leperkan dan bentukkan lubang bulat di tengah-tengah doh keria anda.

4.Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan minyaknya . Biarkan sejuk

Untuk Gula Kuih  Keria

150 gm gula pasir
5 sudu besar air

1.Gunakan kuali, masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat

2.Kemudian Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali

Segera tutupkan api.

3.Teruskan mengacau sehingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.Siap untuk hidangkan segera

Boleh follow my ig : chef_obie_official
chefgunawanmalaysia.blogspot.com


Terima Kasih

RESEPI DAGING MASAK KURMA BERKENTANG

Share & LIKES

#dagingmasakkurmaberkentang

Resepi Daging Masak Kurma Berkentang

Bahan

1 kg Daging ( dipotong kiub & direbus )
1 cwn Cili Kisar
1/2 cwn Bawang merah kisar
3 biji Bawang merah ( belah 4 )
1 inci Halia kisar
4 sekawan bukan musuh 😜
6 sudu besar Rempah Kurma ( adabi/faiza/babas)
4 btg cili hijau @ cili api
1/2 inci Belacan
4 biji Ubi Kentang ( potong wedges )
1 1/2 cawan Santan
1 sudu kecil kerisik
1 keping Asam Gelugor
2 biji tomato ( potong wedges )
Gula & garam sebagai perasa
Air jika perlu
Minyak masak

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak, tumis 4 sekawan,bawang kisar,halia dan cili kisar sehingga pecah minyak.

2.Masukkan rempah kurma , kacau mesra masukkan daging dan sedikit air.

3.Apabila mendidih masukkan asam gelugor , belacan , cili hijau dan ubi kentang serta santan.

4.Kacau perlahan secara konsisten,api kecil tau..baru masuk buah tomato

5.Letak kerisik ,Akhir sekali perasakan dgn gula dan garam.

Selamat mencuba 😊😊😊 i like

Follow my ig : chef_obie_official
#skychefcatering
#khuzrasakatering


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign