CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 22 November 2013

Karipap Pusing


Assalammualaikum,

Pagi ni chef obie nak sharing info mengenai karipap pusing,
pasti ramai yang tau dan pandai membuat ape lagi..pandai memakan heee...
Apa yang obie nak sharing ni bukan resepinye..
tetapi lebih kepada info karipap pusing..
semoga bertambah sedikit lagi ilmu hari ni yea..

Jom layan..

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia,
Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa,
bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.
Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap,
adakalanya inti ubi keledek juga digunakan.
Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut,
yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa.
Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam.
Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok.
Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff,
tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap.
Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap
dan curry puff tidak sama.
Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.
Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.
Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Karipap daging

Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.

Karipap ayam

Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.

Temosa/Karipap ikan

Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang

Karipap sardin

Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.

Karipap pusing

Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.

Karipap mini

Karipap ini bersaiz kecil dari karipap yang ada. Kebanyakkan isi karipap ini diisi dengan serunding ikan.

Kredit : gambar courtesy google

Kelas Masakan GiatMARA Segambut- Karipap Pusing


Terima Kasih Kepada GiatMARA segambut dan Chef Imran kerana menjemput Chef obie menjayakan kelas masakan bersama penduduk Kg Pasir Segambut yang ramah tamah dan sungguh mesra layanannya....Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang turut membantu sepanjang program kelas masakan ni berlangsung...

Jom layan candid daripada amateur ni..


Pelajar yang juga peserta masing-masing mencuba membuat sendiri doh kulit karipap
pusing..chef obie juga mengajar teknik secara tradisional dan sedikit moden mengikut perubahan semasa...


Mase untuk mengelim karipap...waaahhh masing-masing menunjukkan bakat
semulajadi dan ade yang bakat terpendam..jangan terkejut ade yang
muda juga menunjukkan minat...


tibe mase menggoreng karipap pusing yang dihasilkan
oleh peserta..mmmm dah naik bau ni...


Ini dia hasil karipap pusing belajar dari chef obie..Alhamdulillah..
karipap chantek dan yang pasti.. peserta semua boleh mengelim dengan chantek ...
walau ade yang baru pertama kali belajar membuat karipap pusing...
terbaek !

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign