CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 18 Disember 2015

Farmberry : Jom Makan Wrap , Gourmet And Sandwiches


Temui Produk Terbaru Farmberry..
WRAP & GOURMET SANDWICHES


Alhamdulillah... kami di peringkat akhir persiapan ‪#‎bazaarlepakvp‬ hujung minggu ini. Kami akan bawakan khas wrap dan gourmet di sana nt ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
Tambah best ..
Chef obie  akan turut serta memeriahkan kiosk kami nanti. Untuk info, pembukaan 2016 nanti kebanyakkan majalah masakan arus perdana seperti Saji, Rasa, Mingguan Wanita akan ada resepi2 special beliau. Terima kasih chef!









Terima Kasih

Jalan-jalan Cari makan : Baazar Lepak

Share & LIKES


Teman- teman Netizen Jom Jenjalan minggu ni...

Temui FARMBERRY CREWS & chef obie di#BaazarLepak 
Di Dewan Raja Muda Musa 
Seksyen 7, Shah Alam
Pada 19 & 20 Disember ini
* Bersama barisan artis popular tanahair .
* Menu Istimewa daripada FARMBERRY & CREWS - Gourmet & Wraps layanan istimewa dari chef obie


Terima Kasih

Info Bakeri Chef Obie : Kaedah Asas Pembakaran Roti


#chefobie #foodjam #smallplate

Kaedah Asas Pembakaran Roti 


Info Penting –



1. “Cara Campuran Bahan Ramuan@ Mixing Ingredients”
Langkah utama, adun kesemua bahan-bahan ramuan dengan
sempurna.Kemudian bancuh air sejuk/susu/telur dan uli
sehingga membentuk doh kasar.
Tambah mentega/marjerin/lelemak sayuran/minyak dan terus
menguli untuk menghasilkan doh yang lembut.Suhu doh yang
paling sempurna ialah 27’c – 28’c

2. “Penaikan Asas@ Basic Proving”
Anda perlu dan mesti menutup doh dengan plastik dan biarkan ia
menaik ditempat yang panas/suam selama 45 minit – 60 minit
atau sehingga doh berganda saiznya.

3. “Pembahagian Dan Pembentukkan@ Dividing & Making ”
Anda perlu bahagikan doh yang telah naik dan bahagikan
mengikut sukatan berat yang diingini.Bentukkan ia menjadi
bebola dan biarkan ia selama 10 minity – 15 minit.

4. “Pembentukkan / Shapping”
Anda perlu meratakan doh dan isikan inti.Kemudian bentukkan
roti ke dalam bentuk-bentuk yang diingini ( sesetengah roti
boleh dibentuk dengan segerakerana tidak mengandungi inti di
dalam )

5. “Acuan / Panning”
Anda perlu meletak doh ke atas acuan yang telah disapu dengan
minyak atau yang dialas dengan kertas pembakar.




6. “Penaikan Terakhir@ Final Proving”

Jika anda membuat doh dirumah, ia boleh diletak didalam
oven@ketuhar.Tidak perlu memasang suis,Cuma letak satu 
mangkuk panas didalam ketuhar untuk membekalkan
pengewapan dan tahap kepanasan.
Cara lain ialah dengan meletak doh ke dalam kotak yang
tebal dan biar ia menaik pada suhu 38’c.
7. “Membakar Roti@ Baking”
Apabila roti sudah naik dan sedia untuk dibakar, sapu atas
doh atau sembur dengan telur/air/susu atau biarkan
sebegitu sahaja.Panaskan oven@ketuhar terdahulu sebelum
memula proses membakar dengan menggunakan haba
permukaan dan dasar sahaja. ( Jangan memasang kipas
ketuhar semasa membakar ).
8. “Glis@ glazing”
Jika anda hendak ban atau roti kelihatan lebih enak dan
berselera, gliskan semasa ban atau roti masih panas dengan
mentega/marjerin/gel aprikot/putih telur/sirap gula( yang
dimasak 1 bahagian gula dengan 2bahagian air didih )
“Insyaallah, semoga perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu
anda bagi memudahkan lagi proses membuat roti.Chef Obie amat sukacita
apabila anda boleh membuat roti sendiri dengan cantik seperti seorang
pakar.jika ada kekurangan info adalah dari chef obie sendiri



PELBAGAI RESEPI - RESEPI ROTI POPULAR KINI DIKONGSIKAN DALAM EBOOK CHEF OBIE PALING POPULAR IAITU EBOOK ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE


ebook ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE

Perkongsian teknik-teknik asas dalam pembuatan roti .
Pelbagai kategori roti seperti roti oriental classic , roti broadway , roti kontinental , roti mediteranien & roti yg menarik untuk anda cuba praktikkan.. berpandukan 100 resepi-resepi yang digunakan oleh chef profesional & homebaker.

Anda juga diberi ebook PERCUMA iaitu TIPS ROTI CHEF OBIE
ia membantu & menerangkan langkah demi langkah skil dalam membuat doh asas roti dgn MUDAH ( 3 cara bergambar ) serta panduan untuk anda rujuk daripada ebook ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE.

Dapatkan sekarang ebook yg telah menjadi pilihan Netizen sejak 2012


Dapatkan Resepi-resepi menarik ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE
telah  menjadi pilihan netizen sebagai 
bahan rujukan ilmiah masakan mereka !


 ebook yang perlu anda miliki ini hanya beharga
RM40.00 sahaja.

PERCUMA EBOOK 


ebook Tips Roti Chef obie yang begitu eksklusif-

info step by step pembuatan roti bergambar serta tips 
penting kepada mereka yang amateur dalam pembuatan roti
juga sesuia kepada mereka yang profesional sebagai rujukan.

Bagaimana untuk milikinya? 

Mudah sahaja-

Cara Pembelian :

Bank In ke Akaun MBB ( Maybank )

151409098193

atas nama Muhamad Gunawan Jamil

Bukti pembayaran sila SMS: 

 Nama ebook  , RM40 , masa , tarikh dan

 email anda , kemudian sila hantar ke 



017 2260719
( whatsapp / sms )

Penghantaran : 24 jam - 48 jam selepas bukti pembayaran diterima 





Resepi akan dikemaskini mengikut keperluan & akan diberi percuma sampai

bila-bila selagi ia dikemaskini.
Salam Mesra dan Sayang... peace ! anda boleh terus berhubung jika ada
persoalan mengenai ebook ini-whatsapp 0172260719
email : gunawan.jamil@gmail.com


Terima Kasih

Salam Jumaat : Kelebihan Hari Jumaat

Assalammualaikum wbt , Salam pagi jumaat semua..
Pagi ini chef obie ingin kongsikan info Mengenai " Kelebihan hari Jumaat " daripada hafizamri.com
Semoga apa yang dapat di kongsikan bersama ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!

1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”


2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.


Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam.

Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign