CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 2 Januari 2019

RESEPI SIHAT CHEF OBIE : MINYAK MASAK KELAPA MEDETOP DAN SANTAN EMMA

Jom Follow FB : chefobie untold


SalamTerima kasih kerana melayari blog chef obie , Anda yang tercari-cari resepi sihat dan sedap disinilah hub nya, Selamat mencuba Resepi-resepi yang dikongsikan ini. Sila gunakan Produk Yang bersih , sihat dan Halal seperti MEDETOP & SANTAN EMMA

1. KUIH BAKAR KELAPA @ DANGAI ðŸŒ´ðŸŒ´ 

Bahan Utama


1 @ 2 biji Kelapa Parut
1 paket Santan Emma
1 cawan Tepung pulut
1 cawan gula pasir
1 sdt Garam

1 rim / loyang pembakar 7 inchi
2 sdb Minyak Kelapa


Cara Penyediaan

1.Satukan ke semua bahan Utama,Gaul mesra sehingga bhn sebati.

2.Sapukan Minyak kelapa🌴 #medetop pada permukaan loyang pbakar.Panaskan oven terlebih dahulu 180' ,





3.Adunan kuih yg telah digaul mesra tadi dituangkan ke dlm loyang,Dan padatkan.






4.Bakar selamat 30 mnt pd suhu 180'



Sedap Dan enak dinikmati..hujung2 Minggu... petang2 layan pulak dgn Kopi panas....mmmmm wallaaaa...



2.AYAM MASAK UNGKEP 
( Javanies Cuisine )



Bahan
1/2 ekor Ayam Daging
1 sdb Lada Hitam kisar
2 sdb Biji Ketumbar kisar
1 sdt Jintan Manis kisar
1 sdt Jintan Putih kisar
2 biji Bawang Merah kisar
1 ulas Bawang Putih kisar
1 inci halia tua kisar
1-2 inci Kunyit Hidup kisar
2 btg Serai diketuk
1 paket Santan EMMA
1 liter Air
Gula , Garam & 1 inci belacan sebagai perasa( jika elergi seafood belacan abaikan )
1-2 keeping asam gelugor( jika and suka asam jawa juga boleh gantikan )
1 sdb Minyak Kelapa Dara medetop
Cara Penyediaan :

1.Satukan je semua bahan kisar ke dalam pot yg dipanaskan.


2.Masukkan air ,Santan Emma Dan ayam serta asam gelugor.Biarkan mereneh.( Jika and suka asam jawa- 1 sdb asam jawa )


3.Apabila mendidih ,masukkan gula Dan Garam, belacan jika and suka.( Masakan jawa and perlu adakan belacan yea..) 

4.Kacau perlahan-lahan ,sehingga ayam empuk Dan aroma klasik Ayam Ungkep berterbangan...ke ruang udara Dan lubang idong anda...Akhir sekali masukkan 1 sdb Minyak Kelapa Dara Medetop utk kesihatan & kecantikan terjaga,


Siap utk dihidang bersama Nasi Putih Dan lauk Pauk yang lain... Chef bile Masak menu in pasti Akan teringat arwah mak..sbb arwah mak kalau Masak ungkep..kesedapannye sampai arini teringat-ingat.

3.AYAM OAT LIME + PLAIN PORRIDGE MEDETOP



Bahan Bubur

1/2 cawan Beras cuci bersih
1 liter Air bersih ( Coway @ Cuckoo )

Cara Penyediaan:
1.Satukan ke semua bhn didihkan sehingga Menjadi bubur ( anda boleh lebihkan air jika suka )


Bahan Ayam Oat Like Medetop
4 sdb Minyak Kelapa MEDETOP
1 keping breast chicken @ bhgn chicken chop ,di potong ikut suka,lebih baik hiris kecil bg memudahkan mereka yg tidak sihat menikmati.
1 biji Bawang besar mayang
7 ulas Bawang Putih mayang
3 sdb oat Segera @ quacker oat Biasa
1sdt Serbuk kunyit
Daun Kari sedikit
Garam secukup rasa
1 sdt thymes (option)
1 sdt basil (option)
1 sdt Serbuk Cayyene ( option)
Sepotong hirisan Limau Nipis
Cara Penyediaan




1.Marinatedkan kepingan daging ayam bersama oat,garam,Kunyit,daun Kari,thymes,basil,cayene ,biar 5 mnt .

2.panaskan Minyak kelapa medetop dlm pan,masukkan kesemua bhn marinated bolak balikkan sehingga again garing.






3.Masukkan bawang besar & Bawang Putih,kacau mesra.


4.Perahkan sepotong hirisan Limau nipis & hidangan bersama porridge atau Nasi Putih

Korang tak tahu mana nak dapatkan minyak kelapa medetop ?
Korang boleh ke farmasi terdekat dan terpilih seperti apex , guardian dan banyak lagi..
atau korang boleh terus klik beli minyak medetop malaysia

4.RESEPI NASI LEMAK PRIMIUM : NASI LEMAK SALMON MEDETOP CHEF OBIE

Chef obie akan kongsikan RESEPI NASI LEMAK SALMON MEDETOP yang mudah , sedap , sihat cantik luar dan dalam ! langkah demi langkah bergambar okay...

Mengapa chef boleh kata dengan menggunakan resepi ini boleh cantikkan luar dan dalam ? Smemstinya dengan penggunaan bahan utama dalam resepi ini MINYAK KELAPA MEDETOP adalah minyak kelapa dara atau lebih dikenali dengan VCO atau Virgin Coconut Oil."

Baiklah chef obie kongsikan info VCO selepas perkongsian RESEPI NASI LEMAK SALMON MEDETOP ini..Selamat Mencuba


Nasi Lemak Salmon Medetop
( 10 orang )

Bahan untuk Nasi 

1 kg Beras ( dicuci bersih )
1 btg Leek / 3 helai daun pandan
1 cawan @ 240ml Sus Rendah lemak 
1/2 cawan Minyak kelapa Medetop
Air secukupnya 
1 sdm garam himalaya @ bukit
1 sdm gula perang

Cara Penyediaan : 




1.Satukan ke semua bahan diatas dlm periuk nasi.


2.Tanak nasi seperti biasa.


Bahan Untuk Sambal Bilis Medetop

150 gm Ikan Bilis 
1/2 cawan Minyak Masak Kelapa Medetop
1 cawan Cili kering kisar ( direbus , buanv biji & cuci bersih )
3 biji bawang besar kisar
3 biji bawang shallot ( kecil ) kisar
1/2 inci halia tua  kisar 
1 ulas bawang putih kisar
1/2 cawan Air Asam Jawa
3 sdm Gula Perang
3 sdm Gula Pasir
1/2 sdm Garam Himalaya @ Bukit
Air secukupnya

Cara Penyediaan 




1.Panaskan minyak kelapa medetop , tumiskan ikan bilis dahulu biar garing seketika masukkan semua bahan kisar, kacau sehingga naik minyak & pastikan menggunakan api yg sederhana.





2.Masukkan air asam jawa , dan air sekiranya perlu.Kemudian perasakn dgn gula perang, gula dan garam himalaya utk maksima rasa sedap dan sihat ! Biar mereneh seketika. Dan siap untuk dihidang bersama nasi lemak medetop.



Bahan Untuk Salmon Grill Medetop

Potongan Ikan Salmon secukupnya
2 sdm Minyak kelapa medetop
1/2 sdm serbuk lada sulah
1/3 sdm lada hitam ketuk
1 sdt garam himalaya @ bukit

Cara Penyediaan



1.Perapkan sebentar 2@3 mnt semua bahan pada ikan salmon.


2.Panaskan pan, panggang ikan salmon dimulai dengan bahagian kulit.guna api panas.

3.Bolak balik kan sisi ikan. Masak dlm masa 3 minit shj.


mmmm....lazatkan..tengok aje dah menyelerakan...korang cuba resepi ini sebagai resepi nasi lemak korang yang sihat !

Dibawah ini chef obie kongsikan info Mengenai VCO

MINYAK KELAPA DARA atau VIRGIN COCONUT OIL VCO

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakansebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57 % , dan capric acid sekitar 6-7 %. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asliTidak  melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.

Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding   jangka       hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.
Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.

Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara selain dari ciri-ciri di atas ialah , ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.

Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk  monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat   antiviral,   antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus,       influenza,

Beberapa   bakteria      pathogen
termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa  bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.


Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat  beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang  dikelaskan sebagai  ‘functional food’, jumlah bahagian  atau jumlah komponennya yang  boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.

5.STIR FRIED SALMON VEGIE MEDETOP



Bahan



1 potong Salmon
1 Sdt Lada hitam ( ketuk)
Secubit Cili flakes
1/2 biji Bawang Holland
1/2 cawan Kobis dihiris
1/2 cawan Kacang buncis mayang/ @french beans
1/2 btg lobak Merah hiris
Garam secukup rasa
Sedikit Soo Hoon Goreng asing
Minyak Kelapa Medetop

Cara Penyediaan :

1.Grill salmon yg dimarinated dgn sedikit Lada hitam Dan Garam.Asingkan



2.Panaskan Minyak kelapa medetop pada api tinggi ,tumis Bawang Holland,kobis,lobak Merah Dan kacang buncis.kacau mesra.



3.Perasakan dgn Garam Dan Lada hitam.lebih kurang 2 mnt matikan api.





4.Dihidang bersama ikan salmon Dan ditabur dgn Cili flakes Dan so Hoon goreng
Enak dinikmati bersama Nasi Putih mahupun bubur (plain porridge)

6.GULAI AYAM BELIMBING BULOH MEDETOP 


Bahan
1 ekor ayam ( potong 14 )
3 sdb Minyak Kelapa MEDETOP
15-20 biji belimbing buloh ( rebus asing dan toskan )
4 sdb Rempah Gulai + Rempah Masak
4 sdb Cili Kering Kisar
1 paket Santan Emma ( mudah larut hanya dengan bancuhan 1 cawan air biasa )
1 cawan air
1/2 cawan yogurt
10 ulas bawang merah kisar
4 ulas bawang putih kisar
1 inci lengkuas kisar
1 inci kunyit hidup kisar
1 inci halia kisar

Garam bukit + gula perang secukup rasa
Hiasan : hirisan daun ketumbar / bawang/sup

Cara Penyediaan :
1.Panaskan minyak kelapa Medetop,Tumiskan bahan kisar bersama rempah dan air
2.Masukkan ayam, belimbing buloh, santan & yogurt .
3.Didihkan dan biarkan sebentar,perasakan dgn garam bukit dan gula perang.

4.Apabila telah masak siap utk dihidang.


7.CHICKEN GARLIC SPICY SALSA MEDETOP





Bahan chicken garlic

1 keping dada ayam
2 ulas bawang putih dicincang
1 sdt cili flakes
Secubit serbuk lada hitam
Secubit serbuk lada sulah
1/2 sdt garam bukit
1 sdb Minyak CCO MEDETOP
1/2 sdt Mixed Herbs
Bahan Spicy Salsa
1 biji Buah tomato potong dadu
1 sdb tomato puree
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji bawang holland potong dadu
2 btg Cili Api merah dihiris
Secubit lada hitam
Secubit lada sulah
1/2 sdt garam bukit
1/2 sdt gula perang
Sedikit daun parsley dicincang
1 sdb Minyak VCO MEDETOP *Sediakan 1 hidangan oatmeal

Cara Penyediaan :

1.Chicken garlic - marinatedkan ke semua bahan pada ayam.Kemudian grill kan sehingga masak.Ketepikan.
2.Spicy Salsa, satukan semua bahan dalam pan atau pot pada api sederhana.( kecuali minyak VCO MEDETOP jgn masukkan ), kacau sehingga sehingga layu.matikan api.
3.Hidangkan bersama oatmeal atau brown rice,basmathi rice atau naai putih biasa.
4.Akhir sekali tuangkan 1 sdb minyak VCO MEDETOP ke atas Spicy Salsa..okay..selamat mencuba.

8.RESEPI CUCUR BADAK MEDETOP
Bahan Serunding Kelapa Medetop
4 biji kelapa Parut
4 sdb Serbuk Kunyit
4 biji Bawang Merah kisar
4 btg serai diketuk
4 sdb Biji ketubar disangai dan kisar
3/4 cawan gula
2 sdb garam
100gm udang kering kisar
1 cawan minyak kelapa #MEDETOP
Cara Penyediaan :

 


1.Satukan ke semua bahan diatas bersama kelapa parut ( kecuali minyak kelapa medetop )


2.Masak adunan serunding ini demgan api perlahan , kacau sehingga mewangi dan adunan menjadi ringan dan berbutir.


3.Masukkan kelapa medetop tuang ke atas adunan , kacau mesra , dlm 4 minit kemudian matikan api , dan biar sejuk diluar. Ketepikan sebelum digunakan sebagai inti kepada cucur badak.

Bahan Doh Cucur Badak

6 kg Keledek merah ( boleh campur sedikit keledek putih tetapi tidak digalakkan kerana penyerapan air yg lebih- sila rebus hingga empuk dan tapiskan sebelum dilenyek )
1900 gm Tepung Gandum
1 cawan Tepung Ubi
2 sdb garam

Cara Penyediaan:



1.Satukan ke semua bahan , uli sehingga menjadi doh ( doh agak lembut jadi buatlah dgn penuh kasih sayang )


2.Sila timbang setiap doh yg dibulatkan kpd 40-45gm , manakal serunding 5gm.



3.Bentukkan menjadi bebola dan dileperkan.Buat sehingga selesai.



4.Panaskan minyak medetop, goreng sehingga warna keemasan.

9.TOM YAM MEDETOP
Bahan PES TOM YAM 

15 btg Cili Kering ( rebus dan kisar )
Segenggam Halia Tua ( kisar )
1/2 cawan Minyak Kelapa Medetop Malaysia
2 sdm Garam Bukit
2 sdm Stok Ayam
1 sdt Gula
Daun Limau Purut
Bahan TOM YAM

1/ 2 ekor Ayam Daging Potong Kecil( option anda boleh gantikan dgn seafood atau campuran )
1.5 liter Air
2 btg Serai diketuk
15 btg Cili Padi diketuk
1/2 btg Lobak merah hiris
1 biji Bawang Holland atau bawang besar di mayang
2 biji Tomato potong wedges
2 biji Jus Limau nipis @ Lemon

Cara Penyediaan PES TOM YAM


 


1.Panaskan Minyak MEDETOP ,Tumiskan ke semua bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan gula garam dan stok ayam , masak hingga menjadi pes yg garing.
Cara Penyediaan TOM YAM

1.Anda boleh semuakan PES TOM YAM @ menggunakan separuh , jika anda inginkan tom yam yg cantik boleh semuakan.Panskan dlm pot.



2.Masuk Air biar mereneh , Masukkan ayam dan serai biarkan api besar dlm 3 minit, masukkan bawang , lobak merah dan cili padi.Biar Mendidih.Sekiranya anda hanya menggunakan pes tom yam tadi separuh anda perlu tambahkan perasa.Jika anda menggunakan semua pes tom yam anda tidak lagi perlu tambah perasa.

3.Akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis atau lemon ke dlm sup tom yam.

4.Siap utk dihidang bersama nasi putih.

10.ROTI GORENG ALA MEDETOP ( 5 orang )

Salam Jumaat netizen , pagi ni chef obie kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan simple , selain sedap dan sihat !



Bahan
1 Buku Roti Putih Gardenia ( potong dadu )
1 biji Bawang besar kisar
3 ulas Bawang putih kisar
3 btg Cili kering kisar
1 sdb Ikan bilis
1 sdb Cili Flakes
2 biji Telur
Gula Garam Stok Ayam
1/2 cawan Minyak Kelapa MEDETOP
Cara Penyediaan :

 


1.Panaskan minyak,gorenf ikan bilis hingga garing.


2.Masukkan bahan kisar,tumis sehingga pecah minyak.


3.Perasakan dgn gula,garam dan stok ayam jika anda suka.


4.Masukkan Roti yg tlh dipotong dadu dan pecahkan telur ke atas roti dan kacau mesra.

 


5.Taburkan cili flakes dan siap utk dihidang.


6.Boleh dinikmati bersama hidangan ringan yang lain , chef memilih keropok ikan terengganu !

11.BEE HOON GORENG MEDETOP


Bahan


400gm @ 1 paket Bee Hoon 
200gm potongan Daging Ayam
3 biji Bawang Merah kisar
3 ulas Bawang putih kisar
3 sdb Lada hitam kisar
5 btg Cili Api Merah
Garam , Gula , stok ayam sebagai perasa
Minyak Kelapa Medetop secukupnya

Cara Penyediaan :



1.Panaskan minyak medetop

2.Gorengkan dahulu potongan ayam bersama lada hitam.Pastikan masak dan garing.


3.Masukan bahan kisar dan cili api.

4.Tumis sehingga naik minyak.

5.Masukkan bee hoon yg telah direndam.

6.Masukkan air 1 cawan.

7.Masak dan kacau bee hoon sehingga lembut.

8.Masukan garam dan gula juga stok ayam sebagai perasa.

9.Kacau sehingga agak kering dan lembut.Siap untuk dihidang.

11.IKAN ASIN MASAK LEMAK CILI API NENAS MEDETOP

 


Bahan

12 Biji Shallot ( kisar )
1 biji Bawang Merah ( kisar )
3 btg Serai ( 2 diketuk 1 kisar )
20 btg Cili Api Merah ( kisar )
7 btg Cili Api (tanpa dikisar )
10 btg Cili Akar ( kisar )
1 sdm Serbuk Kunyit
1 kotak kecil Santan KARA
3 keping Asam Gelugor
2 biji Tomato potong wedges
1 helai Daun Kunyit
Air secukupnya
Gula & Garam sebagai perasa
1 biji Nanas Morris ( potong kiub ikut kesesuaian )
* ikan Asin jenis -Tulang ikan Kurau + Isi kurau dipotong dan digoreng garing menggunakan minyak kelapa medetop

Cara Penyediaan :





1.*Goreng garing ikan asin dengan minyak medetop dan ketepikan.


2.Panaskan Kuali @ Periuk , masukkan semua bahan kisar, serai , serbuk kunyit .Biar mendidih sebentar. Masukkan Nanas , Tomato , air secukupnya dan asam gelugor








3.Mendidih , masukkam ikan asin digoreng dan daun kunyit, kacau sebentar.Masukkan santan KARA kacau perlahan-lahan dgn api sederhana.


5.Perasakan dgn gula dan garam ( jika anda suka boleh gunakan stok ayam atau msg )


6.Jika anda ingin masak lemak cili api ini berkuah pekat biar ia mereneh dgn api kecil.


7.Siap untuk dihidang dgn Nasi Putih panas..layan pula dengan sambal belacan dan ulam ulaman..memang padu! Selamat Mencuba
12.BROCCOLLI SOUP MEDETOP












Bahan
1/2 cawan Minyak Kelapa Medetop
350 gm Broccoli ( dicelur dan kisar )
250 gm US Potato ( dicelur dan kisar )
2 ulas Bawang Putih dicincang
1 helai Daun Bay
600ml Air
1 sdm Garam Himalaya @ Bukit
1 sdm Gula @ gula perang
1 sdt Serbuk Lada Sulah
1 sdt Lada Hitam diketuk

Hiasan : 


Daun Parsley Segar & Garlic Bread

Cara Penyediaan :


1.Panaskan minyak kelapa medetop, tumiskan bawang putih hingga garing , 



 


2.Masukkan broccoli yg telah dicelur dan kisar , Kemudian letak daun bay dan biar mendidih .

 



3.Masukkan kentang lenyek @ dikisar, 


4.Perasakan dengan garam,gula ,lada sulah & lada hitam. Kacau mesra sehingga pekat kemudian matikan api.


4.Siap untuk dihidang dinikmati bersama garlic bread .




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign