CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 9 Disember 2013

Fire Chef Challenge Bomba D' Dapur 2013 : KSL Hotel & Resort Part 2


Kembali ke Fire Chef Bomba D' Dapur 2013,
Saringan untuk sesi 2,
bermula pada hari yang sama 24/ 11/ 2013
pada pukul 3 petang.
bertempat di : Ruang legar Shopping Complex KSL Hotel & Resort
Johor Bharu.
untuk melayakkan negeri / wilayah masing-masing ke peringkat
akhir seterusnya dinobatkan sebagai juara " Fire Chef Bomba D'Dapur 2013".

Para peserta diberitahu mengenai-
syarat- syarat pertandingan,
Bagi Saringan hari ini adalah
untuk mencari 8 pasukan yang layak
untuk ke pertandingan akhir fire chef
yang akan diadakan pada 25 / 11 / 2012.
Cabutan untuk pasukan pertama yang
akan memulakan pertandingan memasak dan
undian telah dilakukan oleh setiap
peserta pada petang ini.

Pasukan yang berjaya untuk sesi kedua
ialah :

Perlis ,
Wilayah Persekutuan Putrajaya ,
Perak ,
Terengganu ,
Pahang ,
Kedah ,
Melaka.


Bagi saringan ini,
setiap peserta wakil negeri & wilayah persekutuan
wajib menyediakan Masakan Bertema " Makanan Sihat & Bertenaga "

Saringan 1 ) Peserta akan memasak masakan berasaskan Ikan ( pelbagai jenis )
2 hidangan untuk juri dan 1 untuk display

2 ) Peserta wajib menyediakan pemanis mulut berasaskan buah pisang
2 hidangan untuk juri dan 1 untuk display

Para peserta wajib menggunakan bahan mentah yang ditaja oleh ADABI dalam menu masakan
masing-masing.

Masa yang diberi untuk menyediakan dan menyiapkan masakan ialah 1 Jam

Para peserta juga diberi kebebasan bertanyekan soalan kepada chef selaku juri pertandingan.

Jom kite layan candid pic untuk sesi saringan kedua ni


kelihatan eksekutif chef ADABi Irwan turut sama menjayakan program... setia melayan pelanggan


Dalam pada sibuk menjuri ....
Bie dan chef hadrul take rest jap,
segarkan tekak dengan air tongkat ali adabi...
heeee thanks chef irwan!


Peserta dari Sarawak setia memberi semangat kepada rakan-rakan lain...


Kehangatan dan tekanan terhadap para peserta..betul-betul terasa
apabila masa berjalan dan tinggal lebih kurang 10 minit..sebelum berakhir.
masing-masing kelihatan pantas dan ade yang telah siap menghias,
ade yang masih dalam proses dikuali lagi...
keriuhan dan kata-kata semangat daripada para perwakilan
sedikit sebanyak membantu para peserta menghasilkan masakan yang terbaik..


jom kite layan pic ni.. hidangan yang
telah berjaya para peserta siapkan...


Pahang
menu- Ikan Patin Masak Tempoyak

Pengat Pisang Ala Pahang


Kedah
menu- Masam Manis Ikan Selera Kedah

Pengat Pisang Ala Kedah


Perak
menu- Salmon Grilled With Lemon Butter Sauce

Pengat Pisang Ala Perak


Terengganu
menu- Fire Tom Yam Stim Fish

Caramel Pisang Berendam


Melaka
menu- Ikan Bersos Salsa

Parfait Puding Pisang


Wilayah Persekutuan Putrajaya
menu- Ikan Bawal Masak Merah

Pengat Pisang


Perlis
menu- Kari Asam Pedas D'Kayangan

Puding Pisang D'Kayangan

Jom layan pi-pic extra...


Pengacara majlis juge turut bersama para pegawai merasa masakan peserta..
ape-ape pun selepas juri menilai dan merasa masakan terlebih dahulu...
boleh dibanggakan...masakan yang dimasak peserta
seperti profesional...


Chef Obie dan chef hadrul haq sebagai juri :
amat menitik beratkan- bukan sahaja dari segi RASA, malah dari segi
KREATIVITI HIDANGAN & KESESUAIAN KOMBINASI MENU,
DISIPLIN , KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN,
KERJASAMA DALAM KUMPULAN,
PEMBAZIRAN SIFAR juga AKUR TEMA...
setiap kategori memberi markah yang akan
menentukan siapa yang akan pergi ke fire chef akhir.

Saringan bagi sesi 2 ini juga
berjaya menunjukkan bahawa, walau sibuk mana pun sebagai
seorang pegawai bomba,
masih berkesempatan juga menambah kemahiran lain iaitu
kemahiran memasak, malah tindakan dan cara berfikir juga hampir seperti seorang
tukang masak profesional...

Keputusan telah ada ditangan juri:

Peserta yang layak ke peringkat akhir ialah :

akan Bie beritahu pada info final nanti!

jumpa lagi




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign