Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 Maaf Zahir & Batin
Di kesempatan ini Chef Obie ingin kongsikan satu resepi sedap dan mudah untuk disediakan iaitu
RESEPI PAGI SYAWAL AYAM GORENG KASTURI - Chef Obie
2 ekor Ayam , Seekor Potong 10 ( Goreng Kunyit + Garam )
Bahan Sos Lemon Kasturi Chef Obie
5 biji Lemon ( Jus )
30 biji Limau Kasturi (Jus )
1 sdb Vinegar
2 cawan Air
1 sdt Lada hitam diketuk
1/4 cawan Gula Perang
2 sdb gula pasir
1/2 sdb Garam Kasar
1 sdb Chicken Stok ( option )
2 sdb cornstarch ( dibancuh + air )
Cara Penyediaan
Dalam kuali / wok / periuk
Masukkan ke semua Bahan diatas didihkan dengan API sederhana.
Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung Kacau hingga memekat.
Masukkan Ayam goreng Kunyit gaul mesra Matikan api .
Follow FB Chefobie Untold & Tik Tok @chefobie
http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/.../kelas...
Kelas Masakan Perniagaan Baking Dan Komersial Chef Obie, lebih 300 Pilihan Pakej Sejak 2012 hingga kini " MOBILE COOKING CLASS CHEF OBIE " Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Resepi Kek Marble Chiffon Guna Senduk Nasi - Chef Obie Malaysia Food Consultant
Salam Syawal 1446H / 2025 muslimin muslimat dan kesayangan Chef Obie semua
Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan kemenangan bagi orang Islam.
Dikesempatan ini Chef Obie ingin kongsikan satu resepi kek orang dulu-dulu atau kek raya dulu-dulu yang kalau ada menu ni dalam satu-satu rumah tu memang up to date dan menjafi pilihan orang datang beraya ke rumah tersebut selain kalau budak-budak nak tunggu angpaw duit raya.
Jom Buat..
Bahan Utama
2 cawan Gula Pasir
2 cawan Marjerin Pelangi / Planta / Buttercup / Butter Golden Churn
2 penutup Perisa Vanilla
* Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam bowl, kemudian guna senduk kacau atau pukul perlahan lahan sehingga adunan ringan , adunan bertukar warna cerah masa yang diambil lebih kurang 10 minit.
7 Biji Telur Ayam Kampung atau mat saleh panggil Range Eggs.
Kemudian masukkan telur ayam kampung satu persatu ke dalam adunan sambil kacau pukul perlahan lahan hingga mesra.
3 cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Soda Bicarbonat
1 sudu teh Serbuk Penaik
Selepas adunan dan telur telah mesra , tiba bahan kering seperti tepung gandum , soda bicarbonat dan serbuk penaik di ayak bersama dan tuang sedikit demi sedikit bahan kering ke dalam adunan. Guna senduk plastik atau spatula plastik untuk teknik kaup balik lakukan langkah yang sama hingga selesai.
Sediakan 3 mangkuk
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian , letakkan pewarna pilihan
Pewarna Pink
Pewarna Hijau Epal
Pewarna Kuning Telur kacau adunan menjadi warna pilihan
dan mangkuk ke 4 tiada sebarang pewarna.
Sediakan loyang chiffon dilapik bersama silicon atau partchment paper , Sudukan adunan secara berselerak dan bertindih sehingga selesai.
Kemudian ketuk atau hentak perlahan loyang chiffon beberapa kali. Lorekkan permukaan adunan untuk lebih rata.
panaskan oven 10 minit sebelum digunakan.
bakar pada suhu 160-170 masa 50 minit atau 1 jam ( bergantung kepada oven masing-masing )
Apa kata cubalah jual kek marble chiffon ini kepada rakan sekerja , jiran tetangga terlebih dahulu . Kemudian dah ada yang beli baru lah up dekat socmed ..FB , Tik Tok , Ig atau ape ajelah yang boleh diiklankan percuma sebab kita dah ada pelanggan yang membeli. Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat -
Chef Obie dokan sesiapa yang ikhlas menggunakan resepi ini dan dikongsikan kepada orang lain agar..apabila dia buat kek ini mesti lancar dan cantik kejadiannya selain sentiasa makmuk rezekinya. InshaAllah Aamiin Ya Robbal Alamiin.
Kalau rasa tak bersapa yakin nak buat , boleh rujuk link yang dikongsikan ini sebab resepi in chef Obie ada buat video di Youtube . Jangan lupa subscribe channel youtube Chef Obie iaitu OB TV.
I like KEK MARBLE CHIFFON GUNA SENDUK NASI Chef Obie
Dah boleh jual macam ni..sempoi dan menarik , silicon/ parcthment paper biarkan.
MAJALAH RASA NASI KURMA BERSAMA AYAM MASAK MERAH Chef Obie
Salam Syawal , sukacita Chef Obie kongsikan kembali resepi - resepi di scomed & Majalah-majalah masakan tempatan, resepi kali ini merupakan NASI KURMA BERSAMA AYAM MASAK MERAH yang telah dikongsikan tahun 2016. InshaAllah semoga perkongsian ulangan kecil ini bermanfaat .
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Beras Basmathi | rendam 30 minit
2 sudu sudu makan mentega
½ inci halia | kisar
1 sudu besar rempah Kurma-
1 biji bawang Holland |dicincang halus
2 ulas bawang putih |di halus
1 sudu kecil bunga Lawang
1 batang kulit Kayu Manis
1 sudu kecil buah Pelaga
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun ketumbar
Gula dan garam secukup rasa
3 ½ cawan air rebusan ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega. Tumis bawang Holland, putih, halia,kulit kayu manis, buah Pelaga, bunga lawang hingga wangi.
Masukkan rempah Kurma, kemudian tambah sedikit air, tumis hingga pencah minyak.
Kemudian tuangkan tumisan ini ke dalama periuk nasi yang berisi beras dan air rebusan ayam. Kacau rata.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah nasi separuh masak masukkan daun ketumbar, kemudiaan biarkan nasi masak.
Nasi siap dihidangkan dengan Ayam Masak Merah.
AYAM MASAK MERAH:
BAHAN-BAHAN AYAM GORENG
500gm ayam | bersihkan dan potong lapan
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan garam halus
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN MENUMIS:
2 biji bawang besar |kisar
5 ulas bawang merah |kisar
3 sudu makan pes cili kering
2 biji tomato |kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang kulit Kayu Manis
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan | simpul
2cm belacan | kisar
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Untuk ayam goreng. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar diikuti pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air dan biarkan ia mereneh,
masukkan belacan, garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah secukup rasa, kecilkan api dan masukkan ayam goreng dan gaul rata.
Ayam sedia dihidangkan dengan Nasi Kurma.
INFO CHEF OBIE :
Selain Ayam Masak Merah, nasi ini boleh dipelbagaikan lauknya, termasuk dengan daging atau kambing. Ikut kesukaan keluarga anda.
Saiz Hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Sedap dan berperisa
Cara memasak, tumis dan reneh
Anggaran kos: RM26.00
MAJALAH RASA NASI PILAF AYAM Chef Obie
Salam Jumaat , sukacita Chef Obie kongsikan kembali resepi - resepi di scomed & Majalah-majalah masakan tempatan, resepi kali ini merupakan NASI PILAF AYAM yang telah dikongsikan tahun 2016. InshaAllah semoga perkongsian ulangan kecil ini bermanfaat .
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit
300gm daging ayam + tulang
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan Marjerin
½ cawan susu cair @ susu segar
1 sudu makan serbuk Jintan Manis
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
½ sudu kecil serbuk lada hitam
4 kuntum bunga Cengkeh
2 helai Daun Pandan
Daun Pudina & Selasih secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus,jintan manis,bunga lawang dan kayu manis hingga wangi.
Masukkan susu cair, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tuangkan tumisan dalam periuk nasi yang telah berisi beras dan air secukupnya.
Kacau rata, masukkan daun padan dan masak seperti nasi biasa.
INFO CHEF OBIE :
Nasi Pilaf dan nasi yang popular dinegara-negara Timur Tengah. Lauk pauknya boleh dipelbagaikan. Ikut citarasa anda.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan mudah sajikan
Cara memasak: Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM20.00
MAJALAH RASA NASI BRYIANI AYAM YOGURT Chef Obie
Salam Jumaat , sukacita Chef Obie kongsikan kembali resepi - resepi di scomed & Majalah-majalah masakan tempatan, resepi kali ini merupakan NASI BRIYANI AYAM YOGURT yang telah dikongsikan tahun 2016. InshaAllah semoga perkongsian ulangan kecil ini bermanfaat .
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
400gm daging ayam | potong sederhana
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan Marjerin
1/2 cawan yogurt
1 biji Lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Saffron | direndam dalam 1/2 cawan air panas
Gula & Garam
Air secukupnya
Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak Sapi bersama Marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang,kayu manis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata sehingga masak.
Masukkan tomato puri dan yogurt perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan beras basmathi dalam periuk nasi bersama air secukupnya, tuangkan bahan tumisan tadi kacau mesra masak seperti biasa.
Apabila hampir masak,masukkan air safron,tutup dan biar masak.
Setelah masak percikkan sedikit pewarna kuning dan masukkan daun pudina segar dan tutup 5 minit lagi.
Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF OBIE :
Elakkan rendam beras Basmathi, terlalu lama dan kerap digaul semasa memasak. Ia akan menyebabkan beras patah dan nasi tidak cantik selepas dimasak.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan: Menu utama
Keistimewaan: Mudah dan ringkas disajikan
Anngaran Kos : RM22. 00
2 RESEPI PUDING SEDAP , MUDAH Di Pagi Syawal 1446H / 2025
AGAR AGAR PANDAN KLASIK CHEF OBIE, resepi ini juga telah dikongsikan dalam majalah SAJI hari raya yang lepas...
1) Agar - Agar Pandan Klasik
1 paket agar-agar tali
1000 ml Air
8 helai Daun Pandan kisar+1 cawan air
1/2 cawan gula batu
1 paket Santan+1 cawan air
1 biji telur
Cara Penyediaan :
1.Didihkan air 1000ml+agar-agar tali +air pandan kisar + gula batu.
2.Bancuhkan Santan bersama telur Dan air secawan.
3.Masukkan bancuhan ke dlm air disihan agar-agar,kacau perlahan sehingga mendidiih sekali lagi agaran 2 minit matikan api.
4 .Tuang ke acuan pilihan anda.Biar seketika diluar sebelum simpan dlm peti sejuk.
Yang penting korang kena mencuba dahulu resepi ini..memang mudah dan sempoi..selain kejadian juga syantik...
Yang penting korang kena mencuba dahulu resepi ini..memang mudah dan sempoi..selain kejadian juga syantik...
2)Puding Marble Zebra Chef Obie
Bahan 1
1 paket Serbuk Agar-agar
500ml Susu Uht
30gm Serbuk Koko
1 sdt Kicap Karamel
120gm gula
2 sdb Tepung jagung
Sedikit Vanilla esen
Bahan 2
1 paket Serbuk Agar-agar
500 ml Susu Uht
120 gm gula
sdb Perasa Vanilla
Sedikit Vanilla esen
Cara Penyediaan
1.Sedia kan 2 pot berasingan,Setiap pot mewakili bahan 1 juga bahan 2.
2.Masukkan kesemua bahan dlm pot.Kecuali Tepung Jagung.Masak bahan pada api sederhana Dan kacau perlahan-lahan.
3.Apabila mendidih masukkan bancuhan Tepung jagung( letak sedikit air ) ke Dlm pot 1 Dan pot 2.Kacau memekat sahaja matikan api.
4.Gunakan loyang 8'inci atau 7'inci yg telah dibasahkan, sudukan adunan secara bertindih sehingga selesai,biar seketika diluar kemudiN simpan didalam peti sejuk...mudah kan...yang penting korang kena mencuba dahulu resepi ini..memang mudah dan sempoi..selain kejadian juga syantik...
