CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 6 April 2020

#StayAtHome : RESEPI BERGEDIL CHEF OBIE ( Sesuai untuk dinikmati bersama menu Soto , Mee Sup ,Bee Hooon Sup mahupun Aneka Nasi Berlauk )

#StayAtHome : RESEPI BERGEDIL CHEF OBIE 
( Sesuai untuk dinikmati bersama menu Soto , Mee Sup ,Bee Hooon Sup mahupun Aneka Nasi Berlauk ) 


Assalammualaikum wbt semua, 

#StayAtHome protect your community agains COVID 19

Syukur Alhamdulillah , pagi ini Chef Obie sukacita ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sedap , kalau tak ada benda alah ini dalam sesetengah hidangan seperti Soto , Mee Sup , Bee Hoon Sup memang tak cukup sifat lah satu-satu hidangan itu. Umpama romeo dan juliet , P.Ramlee dan Saloma , Irama Dan Lagu...begitu lah lebih kurang perumpamaannya. 

Tidak lain tidak bukan iaitu Bergedil , Ya Bergedil Kentang yang mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati.


Jom terus ke resepi ,

Bahan Utama

500 gm Ubi Kentang Dipotong dadu dan digoreng
1 sdb Rempah Sup ( Adabi )
2 inci Lobak Merah Di potong dadu kecil
1 btg Cili Merah Dimayang halus
2 sdb Bawang Goreng
2 btg Daun Sup + Daun Bawang dimayang
1 sdt Serbuk Lada Sulah
1/2 sdt Lada Hitam kisar @ ketuk
1 1/2 sdt Garam
1 sdt Serbuk Stok Ayam
Minyak Masak Secukupnya untuk menggoreng
1 biji Telur ( di pukul dengan secubit garam )

Cara Penyediaan 

1.Satukan ke semua bahan , kecuali telur ke dalam bowl .


2. Lenyekkan Ubi kentang ( boleh guna tangan ramas , guna sudu , sudip , batu lesung atau pemenyet samabl dan ayam penyet - chef gunakan ini ) . Lenyekkna sehingga lumat atau lembut .


3. Uli mesra atau sebatikan ubi kentang yang dilenyek dengan semua bahan diatas.


4. Kepalkan adunan bergedil mengikut citarasa anda , inginkan saiz besar ? saiz sederhana  ? mahupun kecil its up to you okay , just kepalkan sehingga selesai.


5. Panaskan minyak , api sederhana sahaja , standby kan telur sebiji yang telah diletak sedikit garam dan dipukul . Celupkan satu demi satu bergedil ke dalam bancuhan telur , toskan sebelum masukkan ke dalam pan penggoreng. Goreng sehingga kuning keemasan, bolak balik untuk keseragaman masaknya. 



6. Toskan bergedil yang telah digoreng dengan cantik , dan boleh lah dinikmati bersama hidangan menu yang anda suka seperti Soto , Mee Sup , Bee Hoon Sup mahupun aneka nasi berlauk. Semoga perkongsian kecil ini memberi manfaat mahupun memberi keyakinan kepada anda membuat dan memasak sendiri bergedil dengan sedap dan cantik. Dengan rendah hati Chef Obie ingin anda FOLLOW FB PAGE : BAZAAR CHEF OBIE , yang dipenuhi dengan Aneka Resepi , Informasi , Produk , Kelas , Tempahan Makan , Tempahan Hasil Seni lukisan   yang dilukis sendiri oleh chef obie dan File Kit Perniagaan Makanan.







TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT 

Kepada yang menyukai hasil lukisan tangan potrait dan kreativiti pengunaan watercolour eksklusif boleh hubungi Pihak Chef Obie.Lukisan dilukis oleh Chef Obie Sendiri. 

Hubungi MGJ CONSULTANCY











Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign