CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 7 Mac 2020

DIY Resepi New York Cheesecake Chef Obie & Petit Four

DIY Resepi New York Cheesecake Chef Obie
( Hidangan 2 biji )





Salam Sabtu semoga Allah berikan nikmat sihat, serta rezeki yang berkat  seluas lautan yang Engkau ciptakan dan Jauhkanlah dari segala musibah.tunjukkan kami ke arah kebaikan, pertingkatkan keimanan kami dan permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Berlapangkanlah dada....tarik nafas panjang dan hembuuuuuuussss....buat ulang tarik nafas hembus sekali lagi dengan mata terpejam..tenangkan diri sebentar , buka mata perlahan-lahan..dan cubalah ukirkan senyuman. Positif akan sentiasa ada pada diri anda.

Di kesempatan hari ini , Setelah selesai Meeting bersama #chefobiecrew #mgjconsultancy Chef terus paksakan diri untuk menyiapkan "DIY Resepi New York Cheesecake Chef Obie" yang menunggu gilirannya untuk dikongsikan kepada netizen .

Peralatan yang diperlukan :

2 Springfoam Rim Cake Saiz 8@9
Partchment Paper 
Fondant Smoother
Aluminium foil secukupnya
Tray untuk water bath 



Bahan Base :

1 paket Biskut Marie ( Cap Ping pong )
1/2 buku Unsulted Butter ( dicairkan )
2 sudu besar Shortening @ lelemak Sayuran
2 sudu besar Gula pasir
1/4 sudu kecil Garam

Cara Penyediaan :



1.Ramaskan biskut marie atau kisar sebentar .
2.Masukkan butter yang telah dicairkan bersama gula, garam dan lelemak sayuran.
3.Uli atau ramas-ramas sehingga adunan mesra.



4.Bahagikan kepada 2 bahagian , gunakan hujung jari dahulu untuk memadatkan adunan base ke dalam springfoam yang telah dilapik dengan partchment paper .
5.Gunakan fondant smoother untuk memandatkan dan mengemaskan permukaan base.




6.Pastikan keliling springfoam telah disaluti aluminium foil terlebih dahulu.
7.Panaskan oven pada suhu 170'c bakar 7-8 minit sahaja.

Bahan Adunan :

1 kg Cream Cheese ( bega / tartura / kraft Philedilphia / anchor )
1 cawan Brown Sugar ( Rendah Glisemik csr )
2 ml @1/2 sudu kecil Garam
8 biji Telur Saiz A atau B
1 tub @ 210 gm Sour Cream ( sunglo )
250 ml @ 1 kotak kecil  Whipping Cream ( anchor )
1 sudu besar Vanilla Essen @ Vanilla Flavor
3/4  cawan Tepung Jagung

Cara Penyediaan :

1.Satukan cream cheese , gula perang , garam dan Vanilla essen.

 

2.Dalam stainless steel bowl pukul sehingga adunan mengembang , masukkan telur satu demi satu  , pukul sehingga adunan lembut dan sedikit ringan.



3.Masukkan pula sour cream , pukul sebentar dan giliran whipping cream , pukul sehingga adunan sederhana kental. 



4.Tapiskan Tepung Jagung ke dalam adunan , pukul perlahan sekadar mesra.


5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian ( sama rata ) , tuangkan adunan ke dalam springfoam yang telah mempunyai base yang telah dibakar sebentar tadi. 


6.Isikan air panas atau suam suku hingga setengah paras springform , 
Baked pada suhu 165' sehingga 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing sila pastikan jangan terbakar di bahagian permukaan.


7.New York Cheesecake sesuai dimakan ketika sejuk mahupun panas , boleh digantingkan dengan pelnagai compot atau sauce buah-buahan yang masam . Juga boleh digandingkan dengan ais krim. Dalam kategori " rich ingredients ". Dulu zaman Chef Obie berguru dengan " Golden Hand " Eksekutif Pastry Chef Mahmood & Eksekutif Chef William H Hewitt pada tahun 2004 - 2007 di KLIA , New York Cheesecake ini antara kek yang wajib ada dalam senarai customer VVIP & VIP , malah ia diolah menjadi " PETIT" saiz dan ketinggian selain tekstur yang berbeza. Apabila sebut " PETIT"  atau PETIT FOUR pasti ramai yang tidak tahu dan faham , its ok Anda boleh baca informasi dibawah . 

Keep intouch dengan Chef Obie untuk tidak terlepas informasi baik punye & jangan lupa Follow di Facebook CHEF OBIE 


The Petit Four Of Barvarian Pistachio Gateau
..one of CHEF OBIE'S Choice of Premium Cake Year 2020 

A sponge is quite simple. You weigh ingredients, mix, and put it in the oven. With pastry, you manhandle it, shape it, fold it. You have to be involved with it; there is more jeopardy, more risk. But it's like making a casserole. There's a flurry of activity to begin with; then it's about leaving it to rest...


Bile #chefobie kembali setuju Untuk memanaskan kembali Tangan dgn Permainan Utama yg Paling diminati sejak dlm industry ini...pastry & Confectionery 😍😍😍



I genuinely enjoy the process of making colourful, delicious food. But I do allow myself an occasional piece of petits - today I had a pastry. If I fancy something, I'll have it.. Thank You my daddy cool , all my fellow friends , my legend cooking friends..my assistant & my world 

  " PETIT " or A petit four (plural: petits fours, also known as mignardises) is a small bite-sized confectionery or savoury appetizer. The name is French, petit four (French pronunciation: ​[pə. ti. fur]), meaning "small oven".




Petit dari kiri : Barvarian Pistachio Gateau , Tengah : Elizabeth Slice , Kanan : Chocolate Pear Tart. Dalam Shooter Square : Puding Delima

Pihak kami telah menerimaTempahan Syarikat Korporat atau Sesiapa sahaja yang memerlukan Specialty Western Cakes / Europh Cakes -
Kepakaran Chef Obie anak didik " Golden Hands " yang berpengalaman menyediakan Cakes , Pastry & Confectionary kepada VVIP Seperti King Fadh ( Arab Saudi ) , Sultan Brunei Hasanal Bolkiah , Mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi , DSN dan banyak lagi VVIP & VIP tempatan mahupun luar negara , Selain berpengalaman menyediakan hidangan sebanyak 20 ,000 pax .

Untuk Membuat Tempahan Petits atau Anda Pemilik Cafe , Restauren , Casual Dining , Tenaga Pengajar , Influencer Yang ingin mempelajari cara pembuatan PETIT FOUR  
Hubungi MGJ CONSULTANCY 





Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign