cHeF gUnAwAn HaJi JaMiL a.k.a oBiE wAn

Malaysian Food Stylist,Duta Produk Tepung Hairan , Penulis Buku "Cupcake 3D" Pemilik MGJ Consultancy & Services (002098284-T)- Masakan Asia ,Timur Tengah , Barat ,Eurisian , Healthy Food, Pastry, Bakery Kelas Memasak Demonstrasi Memasak TV , Majlis Korporat , Kelab , Persatuan Dan Sebagainya Penasihat Makanan & Pemakanan ,Penasihat Bakal Usahawan juga sebagai Juri Masakan dan Fasilitator

bE mY Heartbeat..!

Sabtu, 20 Oktober 2012

Tempahan 3D Cake / Kek 3D Waterfall , Lipas atau cockroach cake , Kamera Dslr Nikon , Engine Honda Vtect , Angry Bird , You tube , Mini Wedding Cake , Hellboy Cake

Obie suka sangat pada seni dan kreativiti, tidak kira sama ada ianya seni kulinari, seni gula , seni ukiran buah asal sahaja ianya seni . Seni Hiasan dalaman, seni kraftangan,seni muzik, seni figura, mahupun seni lakonan, bukan obie ni pelakon tapi obie suka dengan bakat pelakon sama ada dalam dan luar negara. Berbalik mengenai isu seni dan kreativiti ianya terlalu universal untuk dihurai dan dikomen betul kan? setiap pandangan orang adalah berbeza begitu dengan citarasa seninya. Obie cuma ingin berkongsi dengan apa yang obie suka berkait dengan seni, maklumlah obie suka sangat dengan seni lukis ( sejak dibangku sekolah rendah lagi ), seni lukis ini terbawa sehingga obie dewasa dan walaupun setelah menjadi seorang tukang masak profesional.Obie juga merupakan seorang "Comic Artist" disalah sebuah syarikat comic di Malaysia ,walau sekarang telah berehat seketika, Insyaalah jika diberi peluang dan masa mengizinkan obie pasti lakukannya lagi . Minat dengan seni lukis telah memberi obie ilham untuk menjadikan suatu hasil seni lukis itu kepada sesuatu yang kelihatan 3D, ya.. obie telah mengaplikasikan minat melukis dengan kemahiran obie dalam sugarcraft.Obie telah mengaplikasikan ke atas fondant dan gumpaste . Hasilnya ialah kek 3D. Obie yakin ramai bakat diluar sana yang boleh buat seperti apa yang obie lakukan sekarang,kata orang bakat terpendam, apakata anda yang berbakat diluar sana tunjukkan bakat yang terpendam itu menjadi bakat yang terkeluar.. bakat terkeluar?boleh la walau macam pelik bunyinya. Di Amerika kek 3D seperti obie buat ini sudah lama bertapak dan sudah lama jugalah diterima oleh masyarakat disana, begitu juga di eropah.Apa yang ingin obie inginkan ialah "penerimaan masyarakat diMalaysia terhadap kek-kek 3D ini ( kek, cupcakes dan sebagainya yang telah dijadikan 3D )

"
Contoh daripada obie, semoga ianya dapat memberi gambaran kepada anda mengenai kek 3D.

Obie sedang menggunakan modelling tool untuk membentuk figura,figura ini menggunakan gumpaste manakala kek pula disaluti fondant.


Memerlukan ketelitian dalam membentuk figura daripada gumpaste, pencahayaan juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan garisan dan lekukan halus.


Kek 3D yang telah obie siapkan,ini adalah salah satu hasil 3D yang mudah dan bertemakan pemandangan air terjun dan pasangan ianya tidak terlalu sukar untuk disiapkan, Alhamdulillah ianya boleh diterima oleh masyarakat diMalaysia.


Ini juga tema pemandangan Air terjun, obie telah banyak kali membuat tempahan 3D sama tema.


Tema yang sama masih mendapat sambutan daripada pelanggan tempatan.


Dalam menghasilkan kek 3D, banyak bahan yang obie suka menggunakannya seperti coklat farrerro rocher, marshmallow pelbagai perisa ,coklat m&m , Coklat wafer , Jelly beans , Coklat ganache menggunakan dark coklat coins yang berkualiti ( tiada lemak ) dan royal icing . Kesemua bahan ini didalam kek 3D disaluti dengan fondant handmade yang lembut dan gumpaste untuk membentuk figura.


Apabila sesuatu hasil seni dihasilkan dengan sepenuh jiwa..sepenuh kasih sayang Insyaallah ianya akan memberi impak yang baik kepada yang melihat dan merasa walaupun hasil seni itu kecil dan tidaklah seberapa yang boleh dibanggakan, dengan harapan Kek 3D dapat diterima oleh masyarakat seperti kek-kek yang lain.Obie akan menceritakan apa sebenarnya yang dimaksudkan kek 3D apa itu 3D,semuanya akan obie kongsi bersama dalam blog ini, dilain hari ok.

Terima kasih kerana mengikuti perkembangan obie dan kek 3D Untuk tempahan peribadi dan sebagainya boleh hubungi Hotline : 017 2260719

/// Salam Aidiladha Untuk semua kaum muslimin dan muslimat, Hari raya korban kali ini obie beraya di Telok Panglima Garang, Selangor bersama keluarga tercinta.Doa obie semoga semua jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah haji dengan baik dan mendapat haji yang mabrur. Obie ingin bertanya kepada anda tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, Anda suka kepada Lipas ? Anda geli kepada Lipas ? Anda takut kepada Lipas? Ya pasti ramai yang tidak suka kepada serangga bernama Lipas. Obie pun sama juga.Cerita mengenai lipas ni bukannya apa, obie ingin berkongsi pengalaman obie membuat kek 3D menyerupai seekor lipas diatas permintaan pelanggan yang obie hargai.Jangan terkejut atau berasa geli, ini kerana kek 3D lipas ini amat sedap dan menyelerakan, apabila obie telah mengubahsuai kepada kek " double chocolate cake" disaluti dengan dark chocolate classic coin & whipping cream sebagai chocolate ganache' dan fondant yang lembut dibahagian luar.

Kek Lipas 3D, bahagian hadapan kepala lipas
Kek Lipas 3D obie
Anda suke kek yang pelik? sebagai hadiah kejutan kepada teman-teman? hubungi hotline 017 2260719
Lipas Berperisa Coklat, amat sedap!
Walau apa jua jenis rekabentuk sesuatu kek 3D, Ianya pasti dibuat dengan gabungan pelbagai jenis dan rasa kek, gabungan pelbagai jenis coklat, krim, gula dan sebagainya lagi bahan bagi memberi rasa yang istimewa pada kek 3D.Hotline 017 2260719 30/ 10 / 2012 - Obie hari ini bersama adik beradik yang lain dan ayahanda menemani dan menjaga bonda yang dicintai di hospital Ampuan Rahimah,Klang.Doa kami semua semoga bonda cepat sembuh dan sihat seperti sediakala, tabahkan hatimu bonda. Obie juga ingin berkongsi gambar kek 3D yang telah obie buat mengikut permintaan pelanggan, Pelanggan obie kali ini adalah dari Sarawak, Puan Carollina yang adventure orangnya, beliau sanggup naik belon dari Sarawak ke KLIA, transit ke KL sentral untuk berjumpa obie dan kemudian naik belon lagi terbang ke Kedah kemudian Penang ..Amboi Dasyat.. semata-mata ingin membuat kejutan kepada suami tercinta dengan "KEK KAMERA DSLR NIKON " bertuah sungguh si suami dari jauh si isteri datang membawa kek.so sweet.
Kek 3D Kamera Dslr Nikon
Bahagian belakang kek 3D Kamera dslr Nikon
Walau agak simple sahaja kek ini, tetapi ia mempunyai value kepada pelanggan yang menempahnya. "KEK 3D KAMERA DSLR NIKON daripa obie" terima kasih kerana sudi melihat kek hasil seni obie. 30 / 10 / 2012 Cuaca hari ini amat sejuk, obie diHospital Ampuan Rahimah , Klang menemani bonda tercinta, "semoga bonda cepat sembuh". Kembali dengan minat obie dalam mereka kek 3D, Jangan tidak percaya, obie telah membuat tempahan pelanggan yang ingin obie membuat sebuah Injin kereta Honda baru milik Tunangnya, "KEK 3D ENGINE HONDA VTECT TYPE-R ".
Kek Engine Honda Vtect Type-R ini merupakan kek 3D yang agak mewah dengan kek didalamnya dan disaluti dengan coklat ganache berkualiti.
Kalau sudah terlalu obses dengan injin kereta , pasti sanggup membuat tempahan kek 3D injin kereta juga.
Timbul juga rasa sayang bila injin kereta kesayangan dijadikan kek yang boleh dimakan.
Kek Hari Jadi yang cukup istimewa.
Kepada yang berminat untuk menempah seperti injin kereta diatas atau injin kereta jenis yang lain boleh hubungi obie, obie amat teruja dengan cabaran dalam mereka bentuk kek 3D.
Obie harap gambar yang telah diupload ke blog ini dapat memberi inspirasi kepada anda diluar sana untuk mencuba mereka bentuk pelbagai jenis dan rupa, anggap ianya sebagai satu aktiviti yang boleh menghiburkan diri sendari dan orang lain, jika berminat untuk menempah Kek 3D Hubungi Hotline 017 2260719 Terima Kasih 01 / 11 / 2012 Alhamdulillah, Hari ini bonda obie telah selamat menjalani pembedahan, terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesihatan bonda obie. " ANGRY BIRD 3D KEK " obie yakin karakter daripada game ini sentiasa diminati tidak kira usia, betulkan? Obie sendiri juga suka sangat bermain dengan game angry bird, pelanggan obie juga telah beberapa kali menempah kek 3D bertemakannya. Salah satu obie nak kongsi seperti gambar dibawah ini, semoga anda enjoy!
Kek 3D Angry Bird
Peminat Kek Angry Bird tidak mengira usia sama ada yang tua mahupun yang muda
Obie suke karakter-karakter angry bird ini tidak kira apa jenis sekalipun, sedap dan unik sebab dalam angry bird merah ini ada coklat Farrero rocher !pasti sentap!
Ada banyak lagi contoh rupa bentuk kek angry bird 3D ini di facebook obie, sila ke facebook obie dan sila friends- Facebook ( obie wan kenobie - muhamad gunawan ). Obie masih menyimpan gambar kek 3D You tube yang diminta oleh pelanggan untuk anak kesayangannya yang mempunyai akaun you tube seperti gambar di bawah ini " KEK 3D YOU TUBE "
Lebih simple dan bersahaja...
You Tube satu fenomena...
Kek 3D You Tube obie
Sedang obie upload pic kek 3D You tube ini obie melayan astro warna- sepah tu.. sesekali melayan lawak jenaka... sambil berblogger.Jika anda berminat dengan kek 3D You Tube hubungi Hotline 017 2260719 02 / 11 / 2012 - Obie baru balik dari hospital , cuaca hujan lebat dari petang tadi. Teringat kepada tempahan kek Mini Wedding yang ditempah sebagai hadiah untuk perkahwinan seorang teman. Kek hanya bersaiz 7 inci saahaja. 2 tier ( 2 tingkat ) dengan saiz figurine 1 inci.
Kek 3D Mini wedding
Figurine hanya bersaiz 1 inci
Kek hanya seberat 1kg
Figurine daripada fondant , gumpaste dan coklat
Ianya dijadikan sebagai hadiah, obie sangat teruja juga kerana ianya agak kecil untuk dihasilkan dan obie perlu membuat figurine mengikut permintaan pelanggan ini yang meminta karakter beliau dan teman-teman sekerja berada pada kek mini wedding ini dan inya bersaiz 1 inci untuk setiap figurine.Hotline 017 2260719  10 / 11 / 12 Alhamdulillah, obie hari ini ingin berkongsi kek 3D Hellboy / Hellboy Cake, salah satu karakter dalam komik hellrizer @ hellboy,..kepada yang ingin melihat obie membuat karakter marvel , anime ataupun manga boleh sahaja buat tempahan..obie suka mereka bentuk karakter 3D yang berbeza.
Hellboy Cake 3D
Kepada yang berminat dengan karakter Hellboy- bahagian kepala sahaja
kelihatan handsome atau tidak? atau macho?... hellboy
sires...
Ini sahaja gambar yang dapat obie kongsikan untuk karakter-bahagian kepala, obie teruja juga untuk membuat bahagian kepala karakter superman, wolverine mahupun ironman...semoga dapat memberi sedikit inspirasi.

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. terima kasih la..chef ni biase2 aje..kalau suke dgn creations chef pun ..chef dah gumbire.. twinkle :), boleh lah layan blog chef yg tak seberape ni yea..dgn hati yg enjoy !

      Padam
  2. salam chef..lao sye nak tmpah kek buat suami sye kek 3d motor fz yg sye antar pic nye ley x buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm, boleh aje... juz email ke gunawan.jamil@gmail.com
      atau inbox facebook : obie wan kenobie ( muhamad gunawan )

      Padam
  3. Salam chef,

    Sy brminat dgn bntuk kek kamera dslr nikon tu.igt nk buat kejutan utk suami smpena ulangtahun prkhwinan kami nnti.nk tya,perisa bole pilih x,igt nk red velvet.brapa lama bole d tmpah sblom tarikh collect, brapa lama tempoh masa chef akn siapkn dn hrga kek trsebut.

    Trima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsl, terima kasih bertanya, harga kek 3D kamera atau apa sahaja bermula RM280 berat 1.5-2kg, kek coklata/ butter lemon poppy seed , disaluti coklat ganache cicao, marshmallow dan fondant, tempahan selewatnya 1 minggu sebelum dateline.. digalakkan awal lagi baik untuk membuat tempahan. boleh email ke gunawan.jamil@gmail.com

      Padam
  4. salam chef i berminat dgn kek 3d untuk my wedding ..if i nak tempah kek 2 kilo tp ala2 kek mini wedding yg u buat ni ..brp harganya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, terima kasih kerana berminat utk menyakan harga..chef obie pm msg.tq

      Padam
  5. salam chef kalau saya nak tempah kek bentuk enjin mitsubishi bole x..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm,

      terima kasih melawati blog chef obie,
      Apa sahaja bentuk enjin atau apa sahaja figura
      chef obie merealisasikan pada kek 3D.
      juz booking aje..

      Kepada sesiapa yg berminat pd kek 3D:-

      Pelbagai lagi jenis dan rekabentuk kek 3D yang boleh anda tempah, pelbagai jenis tema yang anda inginkan Chef Obie boleh merealisasikan ke atas kek 3D.

      Harga Bermula RM300- +++ ( untuk 1 dan 2 kg )

      Cara Membuat Tempahan

      Jumlah Kuantiti tempahan : ( xx )
      Jumlah Harga : ( RMxx )
      Bank In ke akaun : MBB Muhamad Gunawan Jamil
      151409098193
      Setelah Pembayaran : P/M atau MSG terus hubungi 017 22607119
      Tetapkan Tarikh Pick up Tempahan : ( xx/0x/13 )
      Lokasi Pick Up Tempahan : Merdeka Villa, Jalan Merdeka, Ampang ( landmark- spectrum mall )

      Padam
  6. Salam chef. Kalau saya nak tempah kek captain amerika 3d boleh tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm,

      terima kasih bertanye..

      apa sahaja bentuk kek chef akan buat..

      Harga Bermula RM300-380 +++ ( untuk 1 dan 2 kg )

      Cara Membuat Tempahan

      Jumlah Kuantiti tempahan : ( xx )
      Jumlah Harga : ( RMxx )
      Bank In ke akaun : MBB Muhamad Gunawan Jamil
      151409098193
      Setelah Pembayaran : P/M atau MSG terus hubungi 017 22607119
      Tetapkan Tarikh Pick up Tempahan : ( xx/0x/13 )
      Lokasi Pick Up Tempahan : Merdeka Villa, Jalan Merdeka, Ampang ( landmark- spectrum mall )

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... https://www.youtube.com/watch?v=CUCR_XgxZyI