CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 8 Oktober 2014

Resepi Ban Kentang Raspbery Jam dan Berkrim Popular


Resepi Ban Kentang Raspbery Jam dan Berkrim

chef obie nak sharing resepi ban manis istimewa yang diberi nama - Ban kentang Raspbery Jam dan Berkrim, pasti anda suke... selamat mencuba!

Bahan Doh ban Kentang :

240 gm Tepung Berprotin tinggi
60 gm Tepung Kentang
10 gm Tepung Susu
40 gm Gula
5 gm Garam
1 sudu besar Yeast segera
1 biji telur
150 ml air sejuk
30 gm Mentega atau marjerin
Jam Raspbery secukupnya

Cara Membuat

1.Satukan ke semua bahan kering dalam mangkuk, masukkan telur dan air sejuk uli sehingga menghasikan doh.Campur mentega dan uli lagi dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.Tutup doh dengan plastic atau kain lembap.Biar kan ia selama 50 minit atau berganda saiznya.

2.Tips chef-Untuk pastikan doh sedia untk dijadikan ban, tekan bahagian tengah doh, dan doh tidak menurun dan hanya menunjukkan tanda jari yang ditekan sahaja.Ia menandakan doh telah sedia untuk dijadikan ban.

3.Bahagikan doh kepada 60-70 gm sebahagian.bentukkan bebola, simpan dalam peti sejuk sebentar 10 minit.

4.Canai doh membentuk segiempat bujur , gulungkan sehingga menjadi seakan bola rugby.Alaskan atas Loyang pembakar yang telah digris, biar ia selama 45 minit atau berganda saiznya.

5.Hiaskan dengan sapukan dahulu jam raspbery , kemudian paipkan kastard atas permukaan ban.Bakar pada suhu 190’c selama 15 minit.Apabila sejuk belah bahagian tengah dan hiaskan dengan inti krim .

sambil tu layan video music dari one direction - what makes you beautiful..


Terima Kasih

Resepi Ayam Kentang Siew Pow Halal Popular ( Masakan Cina )



Resepi Ayam Kentang Siew Pow ( Masakan Cina )

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada anda semua yang melayan blog chef obie pagi-pagi ni..., siapa pernah makan kuih siew pow? kuih @ roti tradisional mereka yang berbangsa cina , ia amat istimewa, biasa berintikan kxxxr selain daripada ayam, hari ni chef obie sharingkan resepi yang Halal... daripada ayam dan kentang!
boleh lah cuba dan nikmati Siew Pow petang nanti!


Bahan Doh Minyak :

220 gmTepung Gandum
100 gm Shortening/lelemak sayuran
Bahan Doh Lembap :
220 gm Tepung Gandum
40 gm Shortening / lelemak sayuran
40 gm Gula aising
100 ml Air
Bahan sapuan- 1 biji telur + bijan
Bahan Inti-
100 gm Daging ayam ( potong dadu)
100 gm Ubi Kentang ( potong Dadu)
100 gm Sengkuang ( potong dadu )
1 sudu kecil lada sulah
Secubit lada hitam
Garam secukup rasa Dan sedikit air.

Cara membuat Doh Minyak :

1.Satukan kesemua bahan , uli sehingga menjadi doh yang lembut, rehatkan 30 minit.

Cara membuat doh lembap :

1.Satuka ke semua bahan , uli sehingga menjadi doh lembut , rehatkan 30 minit.

Cara membuat kulit Siew Pow :

1.Bahagikan kedua –dua jenis doh kepada 20 biji bebola.Masukkan doh minyak ke dalam doh lembap ( seperti membuat kulit karipap pusing).

2.Canaikan doh memanjang, kemudian gulung seperti membuat swiss roll.dirikan doh canai lagi dari arah atas dan akan menjadi doh yang dicanai bulat ( jangan terlalu nipis biar sederhana sahaja) masukkan inti secukupnya, bentukkan siew pow.

3.Lakukan sehingga selesai doh minyak dan lembap, sapukan dengan telur dan taburkan bijan atas permukaan siew pow.

4.Bakar pada suhu 180’c 20=25 minit.

Cara membuat inti-Rebus sekali kesemua bahan sehingga empuk, kemudian sejukkan...mmm okaylah chef obie kongsikan video music dari shila amzah dgn lagu cina bertajuk Zheng Fu... nak sesuaikan dengan resepi hari ini lah katakan...heee layan!



Terima Kasih

SAJI : Sentuhan Chef Obie Masakan Berasaskan Tauhu Dan Kentang



SAJI- sebuah majalah masakan popular yang diterbitkan 

semenjak tahun 1995. SAJI membawa pembaca 

menjelajahi dunia gastronomi yang menyelerakan setiap 

bulan


Kepada anda yang sentiasa mengikuti perkembangan cef 

obie, bolehlah juga dapatkan majalah SAJI keluaran Bulan

Oktober ini, chef ada berkongsi 15 resepi berasaskan 

' Tauhu Dan Kentang  ' boleh dapatkan sekarang di kedai-

kedai majalah berhampiran anda!





Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign